
Yang bestnya dia ni cepat belajar dan mudah faham. Sekejap je dia boleh catch-up apa yang saya terangkan. Projek dia pun dah hampir nak siap.

Litar projek ini memang special sikit dan fungsinya telah diubah suai menjadi satu projek yang lebih menarik. Satu lagi yang menjadikan ia lebih menarik sebab harga salah satu ic yang digunakan harganya RM45. Itu pun beli kat RScomponent di Shah Alam. Kedai di jln pasar/pudu dah takde stok.

Paling susah sekali nak buat tempat isi makanan ikan tu. Setelah berfikir panjang, baru la dapat idea. Munira pun sama pening kepala sampai jadi berasap.
Tapi walaubagaimana pun, tahniah sebab projek berjaya.
Gambar seterusnya adalah gambar Nazrul sedang menyurih litar di atas PCB sambil diperhatikan oleh Shahrul yang specialist tentang pemancar fm. Nazrul nak buat projek sendiri iaitu pemancar fm. Pemancar fm kali ini lebih powerfull. Tapi tak tau lagi berjaya atau tidak. Harap-harap berjaya.
Nazrul yang paling kerap datang lab MyEnik untuk mendapat bimbingan membina projek final dan projek peribadinya.
Banyak lagi peristiwa yang berlaku dan yang tak sempat dirakamkan oleh jurugambar. Tidak lupa kepada Marina dan Y
