Cari kreatifiti kita

Satu sebab saya menghuraikan mengenai kreatifiti dan juga tujuan koleksi litar terdapat dalam web site myenik kerana terpanggil oleh beberapa persoalan mengenai teknik menghasilkan satu rekaan litar projek baru mengikut idea yang telah difikirkan. memang agak sukar bagi mereka yang pertama kalinya mencuba untuk menghasilkan satu rekaan litar projek sendiri. Bagitu juga pada saya, untuk permulaannya memang sukar. Tambahan pula tiada guru yang boleh mengajar rekacipta dengan terperinci sekali. malinkan saya perlu belajar sendiri, cuba sendiri, merasainya sendiri dan menghadapi kegagalan berulang kali.

Jika kita litar pada beberapa senarai litar projek yang saya tunjukkan dalam web site MyEnik, hanya beberapa sahaja diagram litar yang saya tunjukkan. Walaupun saya mempunyai beratus-ratus diagram litar projek dalam sismpanan saya. Jadi kenapa hanya sedikit sahaja diagram litar projek yang ditunjukkan? Sebenarnya terdapat banyak sekali diagram litar projek boleh dicari dalam internet dan terpulang kepada kita untuk menerimanya dan mencubanya. Ini kerana semua litar projek yang terdapat dalam internet memang benar-benar boleh jadi. Tetapi tidak pada semua orang. Saya pernah mengunjungi satu forum elektronik luar negara dalam internet, berbincang mengenai beberapa projek yang ditunjukkan dalam forum tersebut. Saya mengambil litar tersebut dan kaji. Ramai yang memberi komen, litar tersebut tidak menjadi apabila dibuat. Ramai juga yang memberi komen yang negatif dan sinis kepada pemberi litar projek itu. Giliran saya pula untuk buat dan uji litar tersebut. Memang betul, litar tersebut tidak menjadi. Tapi saya tidak berhenti disitu, kemudian saya buat research dan buat perubahan komponen dan memahami kendalian litar. Akhirnya litar tersebut berfungsi dengan baik. Saya memberi komen yang positif mengenai litar tersebut dalam forum tersebut. Jadi fikirlah sendiri apa yang berlaku dalam forum tersebut.

Pada ruangan litar dalam web site myenik terdapat beberapa contoh diagram litar projek. Gunakan litar yang terdapat dalam ruangan tersebut untuk membina apa saja projek yang anda fikirkan. Ya. Memang boleh. Sebab itu saya tunjukkan hanya beberapa litar sahaja kerana ianya sudah lengkap untuk menghasilkan apa-apa projek yang anda mahukan. Yang penting anda perlu kreatif dan bijak mengatur dan menggabungkan litar-litar tersebut. Jadi apa pandangan anda? Adakah senang, susah, leceh, tak faham atau fikiran bercelaru? Mahukan saya ajarkan cara untuk merekacipta litar projek sendiri? Adakah perlu?

Rekaan terkini setiap masa

Pada kali ini saya banyak luangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang banyak sangat diajukan di dalam e-mail baru MyEnik. Masa yang diperuntukkan juga terpaksa dilebihkan demi membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Namun begitu terdapat juga rakan-rakan lama yang pernah berurusan dengan MyEnik sebelum MyEnik pernah mengalami zaman kejatuhan yang sangat teruk sekali. Selepas MyEnik naik kembali dan merangka semula pengurusan buat beberapa kali ini, banyak tugasan yang diperolehi. Jadi masa juga perlu bijak dibahagikan dengan sempurna. Apa pun saya hanya mampu merancang.

Penyusunan semula produk Myenik dan juga penghantaran produk yang lepas-lepas juga sedang dijalankan seperti biasa dan proses ini baru bermula hampir seminggu sehinggalah tiada outstanding lagi. Pada masa yang sama juga saya menjalankan R&D sekali lagi setelah meninggalkannya disebabkan projek-projek tertentu yang perlu dilakukan. Baru-baru ini saya menemui seorang rakan baru yang mempunyai idea rekacipta yang sangat inovatif. Namanya Fareed. Panggil Abg Fareed je. Abg Fareed mempunyai kelebihan dari penghasilan idea yang sangat baik dan cantik sekali. Apa pun saya telah bekerjasama dengan Abg Fareed menghasilkan satu idea produk untuk dipasarkan. Sebelum itu, seperti biasa saya perlu buat R&D berpandukan idea yang telah dicanangkan sebelum ini.

Idea tetap idea dan idea boleh menular menjadi pelbagai rupa dan keadaan. Berkonsepkan kepada teknik penghasilan idea dan juga ujian dilakukan tanpa rasa jemu, maka ianya menjadi seperti yang dirancangkan. Namun begitu disebalik kejayaan R&D, sebenarnya ianya sangat memeritkan terutama jika gagal, gagal dan gagal. Walaupun gagal, saya ambil kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk memperbaiki lagi sehingga berjaya. Jika dilihat pada gambar seperti projek LED running light saja. Sebenarnya tidak. Ia adalah ujian untuk litar distance meter yang mana LED digunakan sebagi meter. Untuk proses terakhir, LED khas digunakan sebagai meter dan komponen lain dikemaskan di atas PCB.

Projek ini telah diubah suai untuk idea yang difikirkan. Banyak kali mencuba tetapi tidak menjadi kerana pelabagi faktor seperti penggunaan komponen yang tidak sesuai dan juga setting. Seperti yang pernah saya katakan dahulu, setting sangat penting sekali. Jika salah atau tidak betul, pasti kita anggap litar tersebut salah pasang.

Lepas ini akan muncul banyak lagi hasil R&D yang saya lakukan. Namun begitu amat sayang sekali kerana saya memang susah untuk menunjukkan hasil R&D kepada umum walaupun sudah berpuluh-puluh hasil kerja yang berjaya dihasilkan. Kalau nak tunjuk pun setakat gambar dan cerita sahaja. Bak kata rakan-rakan yang lain, jika saya jual semua hasil research, pasti saya menjadi seorang jutawan sekarang ini. Tapi bukan itu yang saya fikirkan.

p/s: Dari cerita Abg Fareed yang diceritakan kepada saya, saya sangat berjaga-jaga dan yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang ini.