Ramai yang mengetahui projek sistem pembasuh tangan automatik mengguna 3 litar projek yang sama. Litar tersebut adalah litar projek pengesan objek infrared. Litar tersebut saya rekakan khas untuk student dari... ala.. lupa pulak. Sebab dah lama dah litar tersebut dibuat dan ianya menjadi litar pilihan setiap tahun kecuali tahun lepas dan tahun ini. Sebabnya saya dah tak siarkan kepada umum. Bukan sebab tak ok tapi sebab saya sudah rekakan versi terbaru yang lebih mantap.
Jika dilihat pada gambar, itu adalah prototaip sahaja, sebagai projek ujian dan R&D saya beberapa minggu. Tujuan saya upgrade projek ni sebab ianya sebahagian dari produk terbaru saya (boleh lihat di blog produkreatif) pada masa akan datang. Selain itu juga saya bercadang untuk buka peluang kepada student yang berminat untuk menyambung kembali tradisi membina litar projek ini. Ia akan jadi sistem pembasuh tangan versi 2009.
Jika dilihat pada video, itu adalah sebahagian dari kerja R&D saya untuk litar ini. Jadi mungkin ada yang bertanya apakah kelebihan versi terbaru ini? Litar terbaru ini mempunyai bahagian pelarasan tambahan untuk kepekaan. Komponen juga banyak bertukar dan lebih efektif. Manakala gangguan kepada persekitaran juga dikurangkan seperti gangguan cahaya matahari. Satu lagi, kekuatan pancaran infrared juga lebih kuat berbanding versi lama.
Apa pun saya akan hasilkan projek kit untuk litar ini dan saya lebih yakin versi terbaru ini berbanding versi lama yang ianya sangat susah untuk membinanya mahupun yang mencubanya adalah cikgu elektronik. Sebabnya, adalah setting. Setting yang salah menyebabkan litar tidak berfungsi dengan betul. So kena jaga-jaga pada perkara yang remeh-temeh boleh menjadikan projek tidak berfungsi.
Versi lama selalu menjadi kontroversi kepada orang yang pernah cuba membuat sendiri. Ada yang kata diagram litar tak betul, komponen salah, laluan salah sambung dan ada yang kata litar ini ciplak dari luar tanpa diuji. Disebabkan setting tak betul sebenarnya, jadi pelbagai isu yang timbul. Biasa la... saya juga yang jadi mangsa. Setelah berjumpa dengan saya, projek menjadi dengan sempurna kerana setting dan faktor lain seperti sambungan kaki sensor yang salah.
Oleh itu, versi terbaru direka semula. Untuk mereka satu-satu litar projek, ianya sangat mudah sekali, itu pun kita tahu teknik yang betul dan yang penting sekali adalah membuat ujikaji. Projek board adalah modul paling penting untuk membuat ujikaji sebelum pemasangan di atas PCB atau veroboard. Dengan litar satu ini, kita boleh fikirkan apakah kegunaan yang berguna untuk diri dan sekeliling kita. Selain itu juga litar projek ini boleh dijadikan sistem remote control infrared seperti saya temui dalam proses R&D yang saya lakukan. Kalau difikirkan sudah tentu pelbagai benda yang saya imaginasikan sehinggakan ianya sukar nak kawal. Akhirnya idea asal menjadi idea yang terlalu kompleks sehinggakan sukar untuk dilaksanakan.