Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 12, 2010

IC 4017

Ramai tahu dan ada segelintir sahaja yang tidak mengetahui fungsi kegunaan IC CD4017 atau MC4017 atau 4017 sahaja. Jika ingin beli ic ini terutama di kedai elektronik seperti di Jalan Pasar Pudu, hanya sebut ic 4017 sahaja, tidak perlu sebut CD atau MC. Namun ada sesetengah kedai-kedai di kawasan yang kurang popular, perlu disebut sepenuhnya. Ada beberapa kedai (hampir semua) di Jalan Pasar Pudu jika kita meminta ic seperti MC4017, kita akan dapat ic CD4017. Jadi janganlah marah atau panic. Ianya sama sahaja melainkan anda benar-benar cerewet sangat dalam pemilihan barang. Jika anda ingin membina litar projek LED running light, ic ini adalah komponen utamanya selain beberapa komponen lain seperti ic pemasa 555 dan komponen pasif yang lain. IC 4017 ini merupakan ic counter atau divider yang mempunyai 10 keluaran (output). Pada litar projek running light, 10 LED disambung kepada terminal output ic. Oleh itu kerlipan secara berturutan akan kelihatan. Oleh itu secara maksimum keluaran