Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

Knight Rider

Ini adalah litar running light yang telah diubah menjadi litar LED Knight Rider. Kalau anda pernah tengok siri rancang tv yang popular masa tahun 80an dulu iaitu Knigt Rider, pasti anda akan teringatkan kereta yang bernama Kit yang dipandu oleh Mic. Di hadapan bumper kereta tu ada lampu warna merah yang disusun seperti litar di atas. Kerlipannya hampir sama tetapi sebenarnya ia menggunakan litar lain tidak seperti litar yang ditunjukkan dalam video atas. Contoh litar di atas adalah salah satu litar yang boleh digunakan sebagai lampu hiasan pada kereta, motor atau basikal. Litar projek ini terdapat dalam Buku Koleksi Litar LED yang disertakan dengan komponen sekali.

Simple Power Supply

Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini. Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu leb

Penghujung tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sudah hampir ke penghujung tahun 2007. Hanya tinggal bulan 12 saja lagi untuk melangkah ke tahun 2008. MyEnik sedang mengorak langkah maju setapak ke hadapan dengan perancangan yang telah disusun rapi untuk pembukaan tahun baru 2008 pada masa akan datang. Saya dan Shahrul kita sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan beberapa produk baru dan buku panduan terbaru. Mungkin agak lama sikit untuk menyiapkannya walaupun masa atau target untuk menyiapkannya sudah semakin hampir. Apa pun begitu kami tetap akan siapkan secepat mungkin. Pada waktu sekarang ini aktiviti dengan student agak perlahan dan hampir tiada urusan. Ini berlaku kerana student dah ramai yang bercuti dan sessi pengajian semester sudah habis. Dengan peluang ini kami melakukan kerja-kerja yang sepatutnya perlu disiapkan untuk perancangan tahun hadapan pula.

Akan ada produk terbaru

Sudah lama saya ber'uzlah mengurung diri semata-mata ingin menyiapkan beberapa projek dan produk terbaru MyEnik. Tapi bagi saya ia masih belum sempurna lagi walaupun senarai produk baru seperti e-book sudah boleh diumumkan. Bukan mudah untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Pada kali ini saya berharap produk terbaru ini akan lebih berkualiti dan teratur. Mungkin sebabkan produk terdahulu nampak tidak tersusun, untuk produk akan datang saya mahukan kesempurnaan. Apakah produk yang akan saya keluarkan? Produk terdiri daripada produk digital seperti e-book, buku bersama dengan cd dan produk lengkap seperti alatan. Apa yang pasti semua produk ini akan benar-benar beroperasi pada januari 2008. Beberapa produk akan muncul tidak serentak. Satu persatu sehingga semua produk semuanya muncul. Tunggu kemunculannya.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri. Setelah lama bercuti raya, kini saya kembali menjalankan aktiviti yang sudah lama direhatkan. Blog ini pun masih belum banyak lagi di-update. Lagi pun pc saya dan Shahrul telah direhatkan agak lama juga walaupun cuti raya sudah habis. PC kami ada masalah. Jadi banyak kerja tergendala. Baru-baru ini kerja membina projek banyak kali terganggu. Saya banyak menggunakan pc untuk membuat kerja-kerja di lab. Bila pc dah takde, kenalah guna manual dan sumber rujukan pula dari buku-buku dan fail simpanan. Kerja agak rumit sikit berbanding sebelum ini. Namun begitu perancangan selepas cuti raya masih diteruskan walaupun banyak halangan ditempuhi. Produk baru MyEnik sudah tidak sabar untuk diumumkan. Masih menanti waktu yang sesuai. Mungkin produk sebelum ini akan mengalami perubahan-perubahan tertentu. Buat beberapa kali, strategi MyEnik akan mengalami perubahan baru yang agak drastik dan boombastik demi menaik taraf perjalanan dan pencapaian MyEnik. Insyaallah sele

Perihal LED dan seumpamanya

Apabila sebut mengenai LED, saya terkenangkan satu peristiwa. Seseorang pernah menghubungi saya mengenai cara pengujian LED. Tujuan dia bertanya pada saya kerana dia mempunyai beberapa LED miliknya dan katanya hampir kesemua LED yang dia beli itu ada yang rosak dan ada juga yang berubah warna. Berubah warna??? Saya fikir mungkin LED yang dia beli tu special agaknya. Sebab tu warna LED tu boleh berubah warna. Tapi jangkaan saya salah rupanya. Pada mulanya dia memberitahu bahawa warna LED merahnya berubah warna oren terang dan kemudian warnanya kelam. Dia tanya sekali lagi 'memang macam ni ke warna LED ni? '. Saya berfikir sejenak. Saya pula bertanya 'dengan cara apa awak uji LED tu? ' 'Dengan menggunakan bateri 9 volt yang kotak tu la' jawab dia selamba. Nak nangis saya mendengar penjelasannya. Apa yang boleh saya katakan adalah, semua LED yang bertukar warna itu adalah rosak belaka. Tiada cara untuk menyelamatkan LED itu lagi. Apa yang buat saya terkejut adalah

Aktiviti Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa. Pada bulan Ramadhan ini aktiviti MyEnik agak slow tetapi masih lagi kerja dilakukan. Sebelum bulan Ramadhan aktiviti di lab boleh dikatakan selalu setiap malam hingga lewat malam (biasa pukul 2 pagi baru balik). Pada siang hari pula saya dan Shahrul sibuk dengan kerja masing masing. Bulan Ramadhan ini agak penat dari hari-hari biasa. Kalau sampai rumah letak kepala atas bantal terus je lelap. Tapi solat terawih dan tadarus buat juga. Mana boleh dilepaskan. Rugi rasanya kalau tak buat. Disebabkan masa yang ketat dengan pelbagai aktiviti dan keletihan, aktiviti di lab pada belah malam agak slow sikit. Kalau ada projek tu agak lewat sikit la nak siapkan. Cuma baru-baru ni saya bersengkang mata cuba menyiapkan kerja MyEnik selepas saje solat terawih. Banyak kerja saya buat di rumah disebabkan lab dengan rumah agak jauh. Tidur sekejap dan terus bangun untuk sahur. Selepas sahur sambung balik kerja sehingga masuk waktu subuh baru stop untuk solat subuh dan bersiap untuk per

Geganti itu adalah Relay

Kali ini saya ingin memberi penjelasan mengenai relay atau pun geganti. Kita biasa menyebut relay. Tapi sebutan bahasa kita adalah geganti. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksudnya. Jadi jangan risau mengenai istilah relay atau geganti. Relay adalah sejenis peranti separa mekanikal dan separa elektronik. Ia adalah sejenis suis. Relay tidak menjana sebarang voltan apatah lagi sebarang arus. Seperti juga satu suis biasa, relay juga bertindak seperti suis. Suis yang boleh disamakan dengan relay adalah suis dua hala. Relay terdapat 5 kaki tidak seperti suis dua hala biasa yang ada 3 kaki dan manusia normal ada 2 kaki. 3 kaki untuk binaan suisnya dan 2 kaki lagi adalah sambungan ke punca voltan. 2 kaki yang disambung pada punca voltan adalah coil atau gegelung yang terdapat di dalam relay. Ia bertindak sebagai magnet menarik plat besi. Jika dilihat pada suis biasa, kita menggunakan tangan untuk menggerakkan butang atau slide suis tersebut. Bagi relay, gegelung atau coil yang menggerakkan

Bulan Ramadhan Menajam Minda

Bulan Ramadhan sudah menjelma. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sesungguhnya berpuasa di bulan Ramadhan ganjaran pahala akan digandakan begitu juga amalan yang kita lakukan setiap hari. Apabila kita berpuasa, sistem di dalam perut kita akan berehat di siang hari. Apabila waktu berbuka tiba, sistem perut akan mula bekerja. Jadi apakah aktiviti yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan? Banyakkan kerja yang boleh mendapatkan ganjaran pahala seperti membaca quran, membuat perkara yang baik, tidak tinggal solat, berzikir dan sebagainya. Selain dari itu? Selain dari itu kita boleh lakukan aktiviti rekacipta elektronik. Tapi jangan terlalu asyik sehingga lalai dari mengerjakan solat pulak. Elok-elok boleh dapat pahala, tak pasal-pasal pulak boleh dapat dosa. Oleh itu teruskan usaha murni anda menjalankan aktiviti rekacipta dengan jayanya. Saya dan Shahrul juga masih teruskan kerja ini walaupun di Bulan Ramadhan. Tiada sebab untuk saya berhe

Hala Tuju MyEnik Bukan Nak Kaya- Mohd Azrai

Salam bertemu lagi. Kali ini saya nak relax sikit bercerita serba sedikit mengenai hala tuju MyEnik. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mungkin ada yang tidak berapa faham dengan konsep sebenar MyEnik. Saya dan Shahrul merupakan penggerak utama MyEnik. Kami mempunyai hobi dan kegemaran yang hampir sama iaitu rekacipta litar elektronik. Inilah hobi kami. Serba sedikit kami menggunakan kepakaran yang ada dengan menjana pendapatan sampingan melalui hobi ini. Jadi tidak terlintas lagi untuk kami menjadi kaya raya atau jutawan segera hasil dari aktiviti yang telah kami jalankan ini. Walaupun ianya boleh dilaksanakan seperti yang ada kini. Yang penting bagi kami adalah melakukan aktiviti rekacipta bagi tujuan kepuasan sendiri dan membantu sesiapa sahaja yang mengharapkan bantuan untuk merealisasikan keingini yang sama seperti kami juga. Ada juga yang ingin belajar terus dari kami dengan datang ke lab kami di Jenderam, Dengkil. Kami sangat puas jika dapat menggembirakan dan menjayakan projek

Membina litar projek

Pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai teknik membina litar projek di atas PCB. Untuk membina litar projek di atas PCB memerlukan pelbagai langkah demi langkah bagi menyempurnakan dengan sempurna keseluruhannya. Tidak seperti penggunaan veroboard atau stripboard kerana ianya lebih mudah. Penggunaan stripboard tidak memerlukan teknik asid eching. Hanya kepada kerja pemotongan track sahaja. Untuk menghasilkan PCB, kerja penyurihan terlebih dahulu dilakukan. Terdapat pelbagai cara penyurihan, samada menggunakan teknik UV, atau pun teknik tonner transfer, atau juga dengan teknik lettering. Salah satu kaedah paling cepat tetapi sangat leceh adalah dengan menggunakan PCB marker. Bagi saya, pilihan yang paling saya suka adalah dengan kaedah campuran lettering dengan PCB marker. Lihat contoh seperti gambar di sebelah ini. Teknik yang paling saya minati adalah teknik lettering dengan PCB marker. Ianya lebih cepat. Walaupun begitu, ada juga teknik yang lebih cepat dari itu seperti teknik U

Perjalanan MyEnik- Mohd Azrai

Assalamualaikum, Kembali lagi ketika ini saya ingin sentuh sedikit mengenai perjalanan myenik dan pengurusan masa. Saya dan Shahrul ketika ini banyak tertumpu kepada memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada student yang ingin membuat final projek mereka. Pada ketika ini student sedang bertungkus lumus cuba mencari idea dan ada juga yang sudah mula menyiapkan projek masing masing. Pada masa yang sama juga saya dan Shahrul mempunyai projek kami sendiri. Projek agak menarik dan besar juga. Tapi disebabkan masa yang amat ketat dengan pelbagai kerja dan tugasan harian, projek kami agak slow. Tambahan pula dengan pengurusan produk MyEnik yang mungkin akan edarkan ke utara melalui agen terbaru MyEnik di Penang. Insyaallah jika sudah terlaksana, saya akan umumkan. Bermakna orang utara boleh mendapatkan produk MyEnik melalui agen kami di Penang. Mengenai hal produk, pengeluaran produk baru agak slow. Saya dan Shahrul sedang mencari sentuhan magik untuk menguruskan semua tugasan yang ada di My

Litar Projek Pengesan Infrared

Salam bertemu kembali, Kali ini saya ingin bercerita mengenai litar infrared. Majoriti student yang minta litar dari saya adalah litar sistem infrared. Pelbagai aplikasi yang boleh dibuat hanya dengan litar projek infrared. Maksud litar infrared adalah sistem pemancaran gelombang/cahaya infrared dan sistem penerima gelombang/isyarat/cahaya infrared. Contoh aplikasi seperti remote control tv atau dvd player. Alat seperti ini menggunakan rekaan litar elektronik yang agak rumit. Rekaan saya pula agak simple tetapi masih berfungsi dengan baik. Hanya dengan menggunakan dua litar iaitu litar pemancar infrared dan litar penerima infrared. Kemudian dengan prinsip pantulan saya jadikan satu litar pengesan objek atau pengesan tangan. Dengan itu saya dapat hasilkan satu projek pengesan objek dengan hanya guna dua litar penerima dan pengesan infrared. Cuba lihat video clip prototaip litar pengesan objek yang telah saya pasang dan uji di atas breadboard. Litar ini saya guna untuk menghidupkan lampu

Projek, projek, projek

Sekarang ni mungkin masa yang paling genting sekali untuk mencari idea untuk final projek. Sampaikan ada yang terasa tekanan yang amat dasyat sekali. Kena pula lecturer tolak idea yang kita fikirkan terlalu lama dan kita rasakan itu yang terbaik. Apa pun bawa berbincang dengan lecturer mengenai idea asal dan minta pendapat jika ada perubahan. Masa saya dulu pun begitu juga. Bila terfikirkan satu idea yang canggih lalu ditunjuk kepada lecturer, serta-merta lecturer terima tanpa banyak soal. Persoalannya idea tersebut terlalu berat untuk dilaksanakan. Apa bermain difikiran adalah 'boleh ke?'. Sebenarnya imaginasi kita yang mempengaruhi segala tindakan. Saya berfikir seolah-olah ianya telah berlaku dan mudah untuk dilaksanakan. Pada masa itu saya yakin boleh lakukan walaupun member satu group dah mula mempersoalkan kebolehan idea yang saya cadangkan. Tapi saya bukan seperti hentam keromo. Buat dengan melulu tanpa mengetahui perjalanan yang sebenarnya. Yang penting sekali adalah pe

Aktiviti bulan Ogos- oleh Azrai

Di sini saya tunjukkan beberapa gambar yang telah saya ambil dalam bulan Ogos lalu. Banyak aktiviti berlaku di lab MyEnik. Gambar sebelah ketika seorang student bernama Zainab belajar bina projek di atas breadboard diperhatikan oleh saya. Yang bestnya dia ni cepat belajar dan mudah faham. Sekejap je dia boleh catch-up apa yang saya terangkan. Projek dia pun dah hampir nak siap. Hasilnya seperti ini. Memang best la. Sekali buat terus jadi. Tapi ada juga silap sikit sikit. Itu biasa la. Saya pun ada masa tu selalu juga buat silap. Litar projek ini memang special sikit dan fungsinya telah diubah suai menjadi satu projek yang lebih menarik. Satu lagi yang menjadikan ia lebih menarik sebab harga salah satu ic yang digunakan harganya RM45. Itu pun beli kat RScomponent di Shah Alam. Kedai di jln pasar/pudu dah takde stok. Gambar sebelah ni adalah projek makanan ikan automatik oleh Munira dari PoliKB. Projek ini menggunakan sistem timer yang sentiasa berterusan mengikut setiap beberapa tempo

Projek Banyak Masuk

Bulan Ogos ni saya rasa paling banyak projek masuk. Paling banyak adalah dari student-student seluruh Malaysia. Semua orang dah tahu terutama student, masanya sudah hampir hari presentation final project mereka. Saya dan team MyEnik agak sibuk sikit dengan projek student ni. Sampaikan susah nak bahagi masa antara kerja-kerja yang saya dan Shahrul. Apa pun kami pilih waktu malam untuk beroperasi di lab MyEnik. Tambahan pula projek MyEnik sendiri pun masih bertangguh. Terlalu banyak rasanya. Bila waktu malam terpaksa turun ke lab. Waktu siang pula saya dan Shahrul ada kerja masing-masing. Nampak gayanya MyEnik akan kelam kabut macam dulu juga rasanya. Tapi mungkin tidak. Pengalaman yang dulu menjadi pengajaran. Insyaallah perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Saya Kembali Lagi!

Assalamualaikum. Salam sejahtera terutama sekali kepada perekacipta elektronik yang baru mahupun yang veteren. Selamat datang ke blog baru MyEnik. Ia nampak baru sebab baru beroperasi. Saya harap blog ini nanti akan menjadi satu blog yang paling bagus dan bermanfaat kepada anda semua terutama kepada mereka yang betul-betul minat mengenai rekacipta elektronik. Sebelum ini pun saya agak sibuk dengan kerja-kerja dalam MyEnik. Tambahan pula student agak ramai yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan mengenai final project mereka. Harapan saya agar mereka akan berjaya menempuhi hari presentation final project mereka nanti. Jangan gementar dan yakin dengan apa yang anda lakukan. Yakin boleh!