Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Simbol elektronik

Nilaian unit kapasitor

Untuk mengetahui nilai kapasitor pada komponen kepasitor adalah dengan membaca tulisan pada komponen tersebut. Tidak seperti perintang yang mewakili warna kod tertentu untuk nilai rintangan tertentu. Bagi kod transistor ia tertera pada badan transistor tersebut. Begitu juga dengan IC. Membaca nilai kapasitor adalah mudah jika kita tahu teknik membacanya. Sama juga dengan kod warna perintang. Pada senarai di bawah ini anda boleh cuba lihat nilai- nilai seperti mikro Farad, nano Farad dan piko Farad. Ketiga-tiga nilai ini sebenarnya sama jika dilihat pada perbezaan titik permuluhannya. Pada penghujungnya adalah kod yang tertera pada komponen. Contohnya seperti 1µF, kod yang tertera pada komponen adalah 104. Jika anda sukar memahami pengiraan untuk membaca nilai kapasitor, anda hanya perlu ingat ini di dalam kepala. Di bawah ini adalah senarai yang biasa digunakan. Untuk nilai yang lain jika tiada terdapat di dalam contoh di bawah ini, anda hanya cari bilangan digit yang sama. Contohnya...

Simbol asas elektronik

Imej
Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka. Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya. Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang i...