Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Projek Suka-suki

Operasi "Selamatkan TV": Kisah Di Sebalik Skrin Hitam (Bahagian 1)

 Pernah tak korang tengah syok layan Netflix atau main game , tiba-tiba... ZAP! Skrin TV terus gelap gelita. Masa tu, perasaan gelisah dia lain macam. Nak beli baru, bajet pula tengah ketat. Nak hantar kedai, takut kena sembelih harga. Jadi, apa lagi? Kita keluarkanlah "jiwa mekanik" yang dah lama terpendam ni. Jom ikut saya dalam misi membaiki TV sendiri di rumah! Langkah Pertama: Persediaan Mental dan Alatan Sebelum kita nak bedah TV ni, perkara paling penting bukan setakat ilmu, tapi alatan . Dalam video ni, saya dah siapkan segala screwdriver dan power drill kesayangan saya. Kenapa guna power drill ? Sebab skru TV ni banyak betul, weh! Kalau pusing manual, mahu lenguh tangan sebelum sempat nampak board dalam tu. Proses "Bedah Siasat" Bermula Langkah pertama saya mulakan dengan meletakkan TV ni secara meniarap. Tip Pro: Pastikan korang letak alas yang lembut (macam kain atau foam ) kat bawah skrin tu. Jangan main letak atas meja keras macam tu je, nanti skri...

Projek "Operasi Selamatkan Extension": DIY Gaya Pro!

Hai korang! Hari ini saya nak kongsi sikit aktiviti 'menukang' kat rumah. Biasalah, barang elektrik ni kalau dah lama pakai, ada saja yang longgar atau tak kena. Daripada terus buang dan beli baru, apa kata kita cuba repair dulu, kan? Lebih jimat dan puas hati! 🔍 Bedah Siasat Mula-mula, kita kena buka dulu casing extension ni. Masa buka tu, memang kena hati-hati sebab banyak komponen kecil kat dalam. Kalau hilang satu skru atau spring, memang menangis bucu katil nak mencarinya! 🔧 Proses "Restorasi" Bila dah buka, baru nampak 'jeroan' dia. Antara langkah yang saya buat: Susun Balik Komponen: Pastikan semua terminal kuprum duduk elok pada tempatnya. Sapu Gam Ajaib: Ada bahagian plastik yang dah retak atau patah, jadi kita bagi 'bantuan kecemasan' dengan gam kuat. Biar dia melekat padu macam asal. Kemaskan Wayar: Pastikan sambungan wayar tak berselirat dan setiap suis berfungsi dengan lancar bila ditekan. 🏠 Pasang Semula Selepas semua dah nampak k...

Menara Kuasa Tesla mini

Imej
Pada kali ini saya nak tunjukkan satu projek yang boleh dibuat sendiri. Proses pembuatan mengikut langkah demi langkah sehingga projek berfungsi dengan baik. Rakan rakan juga boleh cuba projek ini sehingga berjaya. Diagram litar seperti yang ditunjukkan. Ikut senarai komponen yang terdapat di dalam litar. Buat penyambungan mengikut kaki komponen dengan betul. Kemudian sediakan wayar magnet dan lilitkan pada paip pvc sepanjang 8 cm. Hujung lilitan hendaklah dilebihkan dalam 4cm terkeluar seperti satu antena kecil. Penyambungan komponen blh dibuat di atas vero board atau pematerian terus antara wayar ke wayar. Kemajuan dian sediakan juga lilitan 3 pusingan pada tiang lilitan pertama tadi. Buat penyambungan pada semua wayar lilitan tadi pada komponen yang mula mula tadi. Pastikan penyambungan adalah betul. Setelah siap dipasang, cari tapak yg sesuai untuk meletak projek ini. Rakan rakan boleh letak di atas papan kecil, kotak, bekas penutup CD dan sebagainya. Masukkan bateri...

Projek suka-suka

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Kali ini untuk dua hari berturut turut saya tunjukkan satu lagi projek mudah yang boleh dibuat dalam masa 5 minit. Ia adalah litar projek pengesan objek infrared. Seperti projek lama pembasuh tangan automatik yang pernah saya buat dulu, litar ini lebih mudah dan senang untuk dibuat di atas project board . Range atau jarak pengesanan objek seperti dinding, tangan atau sebagainya boleh dilaraskan pada VR 10K. Sebagai info tambahan, pastikan LED ir RX kakinya perlu diterbalikkan. Maknanya positif untuk kaki yang pendek dan negatif untuk kaki yang panjang. Pastikan juga ianya jenis yang berwarna clear (jernih) kerana yang jenis gelap ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Pada pin 3 IC, ia adalah masukan denyut clock. Denyutan ini boleh dihasilkan dengan litar pemasa 555. Tapi anda tidak perlukannya hanya untuk menguji litar ini sahaja. Jika dilihat pada video, terdapat beberapa komponen tambahan seperti IC pengatur voltan dan kapasitor. ...

Projek suka-suka

Imej
Assalamualikum dan salam ceria. Kali ini saya nak tunjukkan satu projek mudah untuk dibuat dalam masa 5 minit. Saya buat projek ini ketika ada masa menunggu sebelum student datang ke lab saya. Masa yang ada saya buat projek mudah ini untuk memenuhi ruang masa. Oleh itu saya kongsikan kepada semua litar ini bersama dengan videonya sekali. Jika anda ada masa, (tak lama, 5 hingga 10 minit je) bolehlah cuba litar mudah ini. Bentuk kerlipan berbeza dengan kerlipan litar yang hampir serupa dengan litar ini. Perbezaan adalah kepada penambahan diod dan kapasitor 100 mikro Farad. Guna LED ultra bright sahaja yang berwarna biru atau putih. Jangan guna LED biasa kerana hasil kerlipan yang tidak seperti yang diharapkan. Hanya guna bateri 3 volt sahaja dan ianya tahan lama jika dibiarkan on (sudah seminggu saya biarkan on, masih lagi ok). Selamat mencuba! Nak lagi macam ni? Bagitau saya litar projek mudah yang ingin anda saya buatkan seperti ini.

Ujian bekalan kuasa tanpa wayar

Imej
Ini merupakan salah satu ujian prototaip bagaimana satu tenaga elektrik boleh disebarkan melalui ruang udara. Kira anda mengetahui dan mengenali ujikaji seperti Tesla dan beberapa yang lain, ini merupakan contoh kecil yang menyerupai contoh projek mereka. Walaupun kecil dan sekadar untuk melihat dan memerhati fungsi dan aplikasi selanjutnya yang boleh dimanfaatkan dari prototaip ini. Jika dilihat pada diagram litar ia terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah pemancar dan kedua adalah penerima. Pada bahagian penerima hanya dapat LED sahaja digunakan untuk menunjukkan voltan yang dipancar diterima. Seperti yang kita ketahui, untuk menghidupkan satu LED perlulah tidak kurang dari 2.5 volt atau bergantung kepada jenis LED seperti ultra bright LED atau LED biasa-biasa. Pada bahagian pemancar, komponen utama adalah gegelung. Gegelung akanmemancarkan gelombang berfrekuensi tertentu yang ditentukan oleh nilai kapasitor. Voltan yang dikenakan tidak boleh melebihi 6 ...

Sensor pengukur tahap air

Imej
Saya ada menerima beberapa permintaan untuk membuat projek pengukur paras air sejak dari dua tahun dahulu sehingga sekarang. Litar yang digunakan adalah satu sahaja dan ianya dihasilkan dengan beberapa versi mengikut kegunaan. Seperti litar-litar yang biasa digunakan ia memerlukan sensor yang boleh mengukur dan menentukan paras air yang hendak diukur. Sensor yang paling mudah adalah dua batang mengalir yang di masukkan ke dalam air yang hendak diukur. Kedudukan batang pengalir tersebut perlu disusun dengan ukuran tertentu bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada proses pengukuran tersebut. Manakala litar yang digunakan adalah ringkas dan mudah sekali dibina. Ianya semudah menggunakan satu transistor sahaja. Manakala litar yang agak rumit pula menggunakan satu IC 14 kaki dan beberpaa kompnen lain yang menampakan litar tersebut kompleks. Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur m...