Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Projek Paparan Teks Melalui Telefon Pintar

 Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak terangkan sedikit mengenai satu projek yang pernah dibina untuk memaparkan teks melalui kawalan telefon pintar atau smart phone. Ianya melalui sistem Android. Seperti menghantar sms melalui telefon dan teks tersebut dipaparkan melalui paparan LED Dot Matrix yang disusun memanjang.   Banyak kebaikan pada projek ini. Anda boleh fikirkan maksud saya. Manakala paparan teks pula boleh dipaparkan mengikut apa perkataan yang kita mahu. Ianya seperti SELAMAT DATANG atau TERIMA KASIH atau SEMOGA ANDA CERIA dan TAWARAN HEBAT HARI INI!  Anda mungkin lebih mengetahui dari saya apakah yang boleh dibuat atau dipasang di mana tempat yang sesuai. Mungkin di lobi-lobi atau di foyer atau di laluan masuk atau di premis perniagaan. Anda mungkin lebih tahu. Proses untuk membina projek ini memerlukan langkah demi langkah yang teratur. Objektif projek ini adalah memaparkan teks pada paparan LED Matrix dengan kawalan dan kemasukan teks d

Belajar Bina Projek Arduino

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak maklumkan mengenai kit terbaru yang baru saja saya hasilkan setelah lamanya membuat pengujian terhadapat kit tersebut. ianya adalah kit pembelajaran untuk yang nak baru mula mempelajari sistem Arduino. Kini nak bina projek bukan lagi satu kepayahan. Dahulunya saya merasakan kesukaran untuk menghasilkan dan membina satu projek yang kita suka. Susah nak cari bahan dan susah untuk membinanya. Tambahan pula perlu ada beberapa tool untuk membina projek. Dengan adanya teknologi Arduino ini, semua projek mudah untuk dibina. Hanya buat pemasangan dengan penyambungan wayar sahaja kepada slot atau papan projek dan kemudian memasukkan programming sahaja. Dan projek sudah boleh berfungsi. Dengan adanya kaedah programming, kerja untuk modify yang yang kita mahukan menjadi senang. itu pun kalau kita tahu dan faham. Ada sesetengah orang tak sukakan programming yang memeningkan kepala sebab ada banyak kod-kod yang perlu dilihat. Tapi seb

Projek Terkini 2018

Assalamualaikum. Salam ceria. Bertemu kembali. Berita gembiranya saya kembali semula dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada idea elektronik. Buat masa kini saya tidak banyak menghasilkan projek elektronik untuk apa-apa aplikasi. Ini kerana saya banyak tertumpu kepada projek lain. Pada waktu sebelum ini saya banyak menghasikan idea projek untuk kegunaan pengguna masa kini. Pendek kata saya banyak membuat RnD untuk produk-produk tersebut. Setelah selesai semua tugasan tersebut, saya berhasrat untuk memberi tumpuan sepenuhnya di blog ini seperti sebelum-sebelumnya. Kini saya telah menghasilkan beberapa produk baru untuk MyEnique seperti ebook, buku pembelajaran dan produk Kit Projek. Saya akan cuba update sekerap mungkin maklumat di dalam blog ini. Ini akan memberi manfaat kepada semua dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk idea-idea elektronik. Jika anda berminat untuk menghasilkan projek elektronik tetapi tidak mempunyai idea yang mantap, anda boleh hubu