Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Ajak berbincang

Untuk minggu ini dan masa yang terhad ini sahaja saya offer kepada sesiapa yang inginkan perbincangan mengenai permasalahan elektronik atau yang berkaitan. Caranya, sila ke laman web MyEnik di www.myenik.com dan klik pada bahagian pertanyaan atau hubungi. Guna borang pertanyaan yang disediakan. Masukan maklumat yang dinyatakan dan masukkan masalah yang ingin dibincangkan. Hantarkan borang tersebut dengan klik pada butang hantar. Borang yang saya terima kemudian saya akan balas dengan disertakan maklumat selanjutnya seperti waktu dan bagaimana perbincangan dibuat. Guna peluang ini kerana ianya terhad sementara akan sampai waktu kemuncak saya. Terima kasih.

Sensor keluar masuk

Sekali lagi saya menerangkan mengenai sensor keluar masuk dua arah yang menjadi litar paling hangat dalam permintaan. Litar projek ini sangat mudah untuk dibini hanya dengan berpandukan kepada diagram litar sahaja. Perlu diingat kepada penyambungan kaki kaki komponen yang dilihat pada diagram litar adakalanya boleh jadi lupa atau tidak perasan penyambungannya. Ini adalah pun yang menjadikan litar projek tidak menjadi disebabkan alasan-alasan tersebut. Diagram litar boleh dilihat pada web site MyEnik pada ruangan litar. Ianya litar lama yang mana sebelum ini saya ada menyiarkannya. Tapi sebelum litar tersebut disiarkan, ada satu lagi litar yang sama fungsinya tetapi mengandungi bilangan komponen yang banyak dan merumitkan. Apabila keadaan semakin rumit, fungsi litar boleh menjadi 50-50. Adakalanya tidak berfungsi dengan baik. Untuk litar sensor keluar masuk ini, ia adalah litar yang terbaik dan fungsinya sangat menarik. Itu pun jika cara penyambungan komponen pada litar adalah tepat. Sa

PROKIT diperkenalkan

Satu lagi produk baru MyEnik diperkenalkan. Sila ke SINI untuk lihat produk projek kit tersebut. Ia diberikan nama PROKIT. Buat masa ini hanya 18 jenis PROKIT diperkenalkan dan ada menanti beberapa PROKIT baru yang akan dikeluarkan. Sila ke link ini untuk lihat kesemua PROKIT dan sila berikan cadangan dan pendapat mengenai kesemua produk tersebut. Penghasilkan PROKIT ini adalah dari idea anda yang tidak putus memberi pendapat dan cadangan kepada MyEnik. Buat makluman semua, PROKIT adalah projek kit elektronik yang menggunakan veroboard sahaja. Anda tahu apa itu veroboard kan? Veroboard dan stripboard sama je.  Untuk projek kit yang guna PCB, MyEnik tidak bercadang untuk menghasilkannya. Ini kerana dengan menggunakan veroboard, pada masa yang sama kita boleh mempelajari cara pemasangan projek bermula dari awal. Apabila sudah mahir menggunakan veroboard, beralih kepada PCB sudah tidak menjadi masalah lagi. Sila ke sini atau pergi terus ke web site MyEnik.

Antara EMF detector dan MtD

Jika ada masa terluang saya akan sambung ujikaji saya terhadap satu lagi litar yang berkaitan dengan frekuensi. Frekuensi yang terpilih adalah seperti elektromagnet dan frekuensi gelombang mikro. Saya membuat sedikit ujian terhadap kehadiran gelombang frekuensi telefon dan juga mikrowave yang mana lebih kuat tahap pembebasannya melalui satu alat yang saya rekakan. Alat tersebut pada mulanya menggunakan satu coil kecil yang siap dan boleh dibeli di kedai komponen. Tetapi apa pun tahap kepekaan penerimaanya tidak kuat seperti yang saya harapkan. Oleh itu saya guna coil yang lebih besar dan dibina sendiri. Kos pembinaan agak besar sedikit kerana menggunakan lilitan wayar tembaga bersalut. Tambahan pula diameter dan bilangan lilitan juga perlu dijaga dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang dikehendaki. Jelas terbukti hasilnya sangat memuaskan kerana beberapa alat elektrik boleh dikesan melalui kaedah ini seperti mikrowave, laptop dan handphone. Namun tidak semua alatan elektrik menghasilka

Pengujian semula

Baru-baru ini saya menghabiskan masa dengan menguji berkali-kali litar pengukur jarak dengan membuat perbandingan antara diodfoto dengan transistor foto. Pengujian dilakukan mengikut jenis-jenis sensor dan pemerhatian dibuat dengan membanding tahap sensitiviti sensor. Ternyata sekali memang ada perbezaan ketara dan setiap sensor mempunyai tahap kepekaannya tersendiri. Jadi selepas ini jika ada diagram litar yang menunjukkan penggunaan fotodiod atau sensor infrared, berhati-hati dengan sensor tersebut kerana tahap kepekaan yang berbeza. Ini terbukti setelah ujian dilakukan pada beberapa litar projek baru-baru ini dan juga beberapa tahun sebelum ini. Memang ada bezanya kerana terdapat satu litar yang sesuai dengan sensor tertentu dan tidak pada sensor lain. Jika ditukar sensornya litar tidak berfungsi dengan baik walaupun litar amplifier ditambah atau pun pelarasan kepekaan dibuat ke tahap maksimum. Namun disebalik semua proses yang dilakukan, sensor-sensor yang ada mempunyai kelemahan p

Veroboard bukan untuk semua

Penggunaan verboard bukan untuk semua litar projek dan bukan semua sesuai litar projek boleh dipasang di atas veroboard atau stripboard. Litar projek seperti running light, siren, sensor infrared, power supply kecil dan seumpanya. Tapi litar projek seperti pemancar fm, projek radio frekuensi, metal detector, pengesan gelombang dan seumpanya tidak boleh menggunakan veroboard. Kenapa yek? Susah nak terangkan tapi ikut logik semua boleh faham. Jika dilihat pada bawah veroboard terdapat barisan laluan litar yang tersusun rapi dan rapat-rapat. Jadi jika mengikut hukum arus elektrik, setiap pengaliran arus elektrik terdapatnya kesah aruhan pengaliran. jadi gangguan pasti berlaku pada komponen-komponen elektronik. Tanpa disedari gangguan tersebut tidak terjadi pada litar projek yang tidak melibatkan penghasilan gelombang frekuensi seperti running light atau seumpamanya. Litar pemancar fm menggunakan gegelung (coil). Jika dipasang pada veroboard gangguan akan berlaku pada laluan litar. Tapi ji