Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Sudah mula sikit-sikit

Pada masa akan datang Shahrul akan ambil alih pengurusan MyEnik melebihi 50% dari saya. Tiba masa saya akan memberi dan menyerah tugasan dan kebanyakannya adalah pengurusan MyEnik. Saya masih di MyEnik dan masih menguruskan lagi cuma tidak seperti sebelum ini. Ini kerana saya agak sibuk dengan projek-projek luaran dan memerlukan masa yang betul untuk menghadapinya. Hampir keseluruhan MyEnik akan dirombak semula dan segalanya berlaku sedikit demi sedikit. Insyaallah selepas ini banyak perkara akan tertunai dan diharap pentadbiran baru ini akan lebih baik berbanding sebelum ini. Sebarang perkara yang terbengkalai akan ditunaikan dengan segera dan jika ada kekurangan akan diperbaiki. Selain blog, web site juga kan diubah sedikit demi sedikit. Dan diharap segalanya akan selesai seperti yang dirancangkan.

Rombakan MyEnik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama saya tak update blog ini dan juga web site sekali. Maaf la ye. Saya menghilangkan diri bukan sebab lari pergi mana-mana. Saya menghabiskan masa berada dalam tahanan. Tahanan apa tu? Maaf takleh bagitau. Nanti kena tahan lagi... Apa pun saya akan buat rombakan untuk MyEnik pada web site dan juga blognya sekali. Bukan nak tutup, tapi buat perubahan. Tidak mungkin MyEnik tutup selagi saya masih ada. Kalau saya takde mungkin anak saya akan ambil alih pula. Jadi apakah rombakan besar tu? Banyak yang akan saya buat perubahan nanti. Apa pun saya akan stop untuk menerima tempahan projek secara terbuka sebab saya sudah kena banned dengan syarikat lain. So akan datang saya hanya akan berikan informasi pada web site dan juga blog. Apa pun hasrat untuk keluarkan produk baru seperti yang dirancang sebelum ini juga mengalami rombakan besar. Hanya beberapa produk tertentu sahaja yang dibenarkan. Untuk mereka yang belum dapat produk dari MyEnik, maaf sebab la

Banyak nak kena buat prototaip

Buat masa ini selain dari menjalankan tugasan menyiapkan beberapa projek tempahan, pada masa yang sama juga saya sudah mula sikit-sikit memikirkan persiapan untuk projek sete rusnya. Pada hal asal perancangan saya perlu siapkan beberapa kerja yang tertangguh sebelum ini. Tapi saya susah nak tidur malam memikirkan projek yang akan datang ini. Untuk elak dari masalah tersebut saya mulakan sikit sikit dulu sebagai pemanas badan. Nampak gayanya kali ini saya memerlukan pandangan dari anda semua mengenai pelbagai perkara. Semuanya berkaitan dengan pandangan aktiviti dan produk baru. Saya perlukan survey yang boleh menguatkan lagi permintaan terhadap produk tersebut. Cadangan untuk buat kelas online juga mungkin saya akan pertimbangkan dan minta pandangan dari anda juga. Jika ianya baik dan banyak baik dari keburukan, saya akan laksanakannya. Jika tidak, saya akan lupakan hasrat tersebut. Apa pun saya perlu bantu anda juga. Bagi yang ingin bekerjasama saya terima dengan tangan terbuka. Masak

Saya pun ada final project juga

Kalau student IPT ada final projectnya sendiri, saya pun ada juga. Tapi untuk saya punya lagi susah la berbanding projek kat IPT. Yang menilainya pun bukan calang orang. Semuanya terdiri dari golongan profesional. Apa pun semua itu lambat lagi. Sebab saya perlu banyak perkara yang mesti disiapkan sebagai persediaan. Kalau tak bersedia takut-takut tak tak jadi pula. Apa yang saya nak present kan tu? Ada la. Tapi benda tu tak la hebat mana pun cuma ianya boleh diketengahkan je. Tapi mungkin bagi orang lain mereka kata hebat. Tak tahu la nak kata. Benda-benda ni semua sudah lama saya fikirkan dan ada juga yang lambat sehinggakan orang lain sudah dapat dulu. Tapi tak mengapa. Rezeki masing-masing. Apa yang saya ada itulah yang akan saya tunjukkan. Jika dah dapat pada orang lain, tak mengapalah. Mungkin itu idea mereka dan kebetulan pula sama dengan idea saya. Mungkin juga idea saja yang sama tapi kaedahnya pula berbeza. Pada masa kini banyak individu dan organisasi sibuk memikirkan kaedah

MyENik kembali dari bercuti

Assalamualaikum. Salam selamat hari raya. Dan maaf zahir batin. Kini saya kembali bertugas setelah seminggu bercuti raya di kampung halaman. Alhamdulillah selamat rasanya raya tahun ni. Walaupun agak penat dan badan dah mula rasa tak berapa sihat. Agak-agaknya macam mana raya anda? Seronok atau pun tak? Harap-harap seronok la ye. Yang dapat duit raya tu, tahniah la saya ucapkan. Yang banyak bagi duit raya tu pun doa saya semoga anda akan memperolehi keberkatan hidup dan memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Amin. Raya tahun ni saya agak sibuk dengan pelbagai persiapan raya. Maklumlah banyak kampung nak kena balik. Itu pun masih ada lagi tempat yang belum sampai. Insyaallah kalau ada masa akan sampai lah juga. Perancangan saya cuti raya ni nak buat beberapa kerja dan persiapan untuk MyEnik. Selain dari kain baju dibawa balik ke kampung, tidak ketinggal juga beberapa peralatan dan barang kerja MyEnik. Rancangan saya sebenarnya nak menyiapkan beberapa kerja yang banyak tidak selesai lagi

MyEnik ada produk baru

Hai. Apa khabar? Sihat? Saya separuh sihat dan separuh tak sihat. Sebabnya saya batuk dan baru lepas demam yang tak berapa serius. Minggu ni banyak aktiviti dan MyEnik kini ada produk baru. Banyak juga tapi tak diwarwarkan dalam web site MyEnik sendiri. Beberapa produk tersebut akan menembusi pasaran dunia nyata. Bukan di internet buat masa ini. Saya sebelum ini sibuk dengan mereka cipta beberapa barangan elektronik yang boleh dipasarkan di dalam Malaysia. Sambutan agak baik dan Insayaallah Produk MyEnik akan berada di pasaran dan mempunyai one stop center sendiri. Tempatnya di mana? Itu saya belum boleh bagitau lagi, baru dalam perbincangan dengan beberapa pihak. Jadi pada masa akan datang, anda ada pilihan untuk membeli produk MyEnik melalui internet atau pun pergi terus ke kedai tersenarai menjual barangan MyEnik. Barangannya ada pelbagai tetapi saya lebih mementingkan kepada produk pembelajaran dan untuk hobi. Tempahan projek juga akan dibuat. Tetapi untuk projek tertentu sahaja. S

Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri

Tak terlambat jika saya ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan muslim dan juga selamat hari raya jika tidak terlalu awal. Bulan puasa ni pada julanya redup dan hujan. Selepas beberapa hari berpuasa, panas pun mula memuncak setiap hari. Dengan keadaan tersebut, segala-galanya cepat kering termasuk juga dengan tubuh badan kita. Tekak kering, bibir kering dan segala-galanya kering. Harap poket tak kering. Sempena puasa ni dan hampir nak raya ni, saya bercadang untuk membuat satu tawaran. Pakej e-book Koleksi Projek Akhir menawarkan harga RM30 sekali lagi dan selepas itu tawaran akan tamat dan penjual e-book tersebut akan tamat juga. Tarikh tamat tawaran dan penjual adalah pada 27 haribulan ini. Harap anda boleh rebut peluang ini. Selepas itu saya tidak lagi menjual e-book tersebut. Mungkin akan muncul e-book lain pula. Tapi tidak tahu pula e-book apa.

Promosi dah tamat

Sekarang ini promosi yang diwarwarkan sebelum ini telah tamat. Jadi tiada lagi promosi e-book tersebut. Namun begitu ramai yang telah bertanya kepada saya melalui e-mail supaya promosi tersebut sambung lagi kerana ramai yang baru kethui mengenai promosi tersebut. Insyaallah saya akan cuba pertimbangkan. Dan jika promosi disambung, kemungkinan selepas promosi tersebut, ebook tersebut tidak akan dijual lagi. Ini kerana saya tidak mahu e-book tersebut akan menjadi e-book sampah kerana terlalu banyak dan mudah dipasarkan. Saya sangat risau dengan idea yang saya sendiri keluarkan. Namu begitu, kesemua ebook tersebut diberikan peringkat demi peringkat atas tujuan tertentu. Kepada mereka yang sudah membeli, terima kasih saya ucapkan. Kepada mereka yang sudah membeli dan belum dapat keseluruhan e-book, saya ucapkan harap bersabar. Ada sebab saya buat begitu dan anda akan tahu sebabnya pada e-mail pemberian e-book yang terakhir sekali. p/s: saya sangat suka timbulkan suasana huru hara atas se

e-book Koleksi Projek Akhir

e-book kompilasi koleksi projek akhir akan dilancarkan. Namun e-book ini akan dijual untuk masa terhad sahaja. Selepas itu kemungkinan harga dinaikan atau penjualan e-book koleksi ini ditamatkan. e-book ini mengandungi beberapa koleksi projek akhir yang myenik kumpulkan dari tahun-tahun yang lepas hingga ke baru-baru ini. Namun hanya beberapa koleksi yang ditunjukkan setelah dibuat penilaian setiap satu projek. Sesuai untuk anda yang memang nak cari idea untuk buat projek. Tidak kisahlah untuk buat projek apa pun asalkan ianya boleh menghasilkan idea-idea bernas untuk menghasilkan projek yang lebih bermutu. Bukan itu saja, dengan pembelian koleksi ini, pembeli akan menerima update e-book tersebut sehingga akhir tahun ini. Maknanya jika terdapat penambahan koleksi projek, myenik akan berikan secara percuma melalui e-mail pembeli. Harga yang ditawarkan juga adalah terhad iaitu RM30 untuk bulan Ramadhan ini. Selepas itu harga akan kembali seperti asal iaitu RM60. Perkembangan untuk e-book

Semua borang di myenik adalah masalah.

Hai semua. Untuk kali ini saya nak bagitau bahawa semua borang yang terdapat dalam myenik mengalami masalah. Harap semua memberi perhatian ya. Ini kerana saya menerima banyak sekali borang-borang seperti borang tempahan, borang pertanyaan dan borang pengesahan bayaran. Itu bukan menjadi satu masalah. Masalah sebenarnya adalah semua borang tersebut kosong. Tiada sebarang maklumat yang diisi. Pada mulanya saya buat tak kisah saja dengan perkara ini sebab ianya biasa terjadi dalam sekali sekala. Tapi setelah saya terfikir bahawa semua borang tersebut dilengkapi dengan script yang boleh lindungi dari orang yang main-main hantar, barulah saya sedar bahawa semua borang tersebut ada masalah. Sebenarnya sudah banyak kali saya menukar dan edit borang di dalam myenik. Tetapi masalah yang sama juga berlaku. Baru-baru ini myenik kena hacked. Huru-har myenik jadinya. Tapi lepas tu ok bali setelah En. Suhaimi dari SempoiHosting.com dapat atasinya dengan begitu cekap. Jadi sekarang bila dah jadi maca

Gunanya diod dan transformer

Di sini saya ingin huraikan serba sedikit mengenai diod dan kegunaannya. Seperti yang kita tahu diod fungsinya sebagai penerus voltan. Diod hanya membenarkan arus terus melaluinya. Maknanya ia boleh menukar arus ulang alik (ac) kepada arus terus (dc). Kalau kita tengok pada gelombang arus ulang alik (ac) adalah berbentuk sinus (macam gelombang turun naik). Kalau arus terus pula ianya satu garisan lurus. Fungsi diod boleh menghasilkan gelombang garisan lurus ini, tetapi ada pelbagai peringkat. Jika guna satu diod sahaja sebagai penerus, ia belum boleh menghasilkan gelombang garisan lurus. Hanya satu bahagian sahaja (sama ada atas atau bawah) yang terhasil garisan lurus (kalau lihat pada osiloskop). Sebahagian lagi masih gelombang sinus. Untuk itu, penggunaan diod kedua diperlukan untuk menghasilkan satu garisan lurus atau mendapatkan arus voltan terus (dc) yang sebenarnya. Atau kalau nak lagi bagus, guna empat diod yang dikenali penerus jenis tetimbang. Pada keadaan ini voltan adalah be

Aktiviti mencabar dan tercabar

Agak lama saya tidak update blog myenik setelah sekian lama saya sibuk dengan pelbagai urusan yang melibatkan projek myenik dan projek peribadi. Saya tidak lah banyak buat projek luar. Cuma banyak tertumpu kepada projek myenik saja. Pada waktu sekarang ini ramai rakan-rakan saya tergolong dari kalangan student inginkan khidmat nasihat untuk membuat projek. Itu sudah menjadi aktiviti setiap tahun. Bermula dari tubuhnya MyEnik ini, dari situlah ramai yang meminta khidmat nasihat untuk pelbagai masalah dan pandangan berkaitan dengan projek elektronik. Semua ini terjadi tanpa dirancang. Apa pun saya terpaksa memasukkan agenda tersebut sabagai salah satu aktiviti myenik. Akibat sibuk dengan projek student, banyak urusan projek saya tergendala. Banyak juga projek dalam senarai saya. Itu tidak dicampur dengan myenik. Jika dicampur adukkan takut-takut saya tidak mampu untuk menguruskannya. Untuk permulaan ini agak kelam kabut sedikit kerana jadual yang fleksibel tanpa diduga. Pernah juga ada b

MyEnik Berwajah Baru

Dah lama sangat saya tak update blog myenik ini. Ini gara-gara saya terlalu sibuk dengan banyak perkara dicampur dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu. Bila dah ada peluang ini barulah dapat saya update blog ini. Itu pun masih terkejar-kejar. Masa tu terlalu singkat rasanya. Pada kali ini saya baru saja membuat pembaharuan pada web site myenik. Jadi bolehlah lawat sekarang. Ingat alamat web myenik? www.myenik.com . Tapi masih ada lagi yang belum dibereskan seperti beberapa ruangan penting yang masih dalam pembinaan. Sepatutnya saya perlu siapkan semua sekali dan baru boleh upload ke dalam internet. Tapi sebab rasa tak sabar, tu yang upload juga. Saya tinggalkan beberapa ruangan yang masih dalam pembinaan lagi. Barulah ada supprise sikit. Buat masa ni ramai pula pelanggan yang minta bantuan dan khidmat nasihat untuk membuat projek elektronik. Pada masa yang sama juga saya sedang bertungkus lumus untuk siapkan beberapa projek kit. Tapi biasalah... sebelum boleh dijual, semua projek

Tawaran e-book sudah pun tamat

Kini tawaran e-book MyEnik sudah pun tamat dan dua-dua pakej e-book tersebut sudah tiada lagi. Kini hanya menunggu masanya untuk produk terbaru akan muncul. Nak tahu apa dia? Tunggu la ye. Jika tak nak tunggu pun boleh juga. Tapi untuk yang suka menunggu, inilah masanya kerana produk terbaru ini akan dijual dengan harga yang istimewa. Untuk jangka masa tertentu sahaja, tawaran harga tersebut akan tamat dan harganya akan naik. Biasalah semua ini untuk tujuan promosi produk baru.

Peluang tawaran tamat makin hampir

Tawaran produk e-book semakin hampir tamat. Selepas ini tiada lagi e-book tersebut dijual. E-book tersebut akan diganti dengan produk lain seperti buku litar lain yang terbaru. Produk terbaru yang akan keluar nanti akan ditawarkan dengan harga pengenalan dahulu disamping ada diskaun lagi kepada anda yang telah membeli e-book tawaran ini. Untuk anda yang pernah membeli e-book ini sebelum tawaran juga akan mendapat diskaun, asalkan anda masih menggunakan e-mail semasa membeli e-book dahulu. Tawaran ini menyebabkan ramai yang ambil peluang. Tidak sangka sambutan amat menggalakkan. Kemungkinan juga saya akan keluarkan juga produk projek kit buat saya sendiri. Tak tiru mana-mana projek kit di pasaran. Original punya. Jika mendapat sambutan memberangsangkan, saya akan tambah jenis-jenis projek kit terutama projek kit yang tiada di pasaran. Jika dibenarkan (selepas perbincangan dengan partner) myenik akan offer program affiliate untuk semua produk MyEnik. Anda akan mendapat komisyen jika berj

Tawaran untuk produk MyEnik

Sekarang ni saya buka tawaran untuk dua pakej e-book dengan harga yang jatuh menjunam. Sebabnya kedua-dua pakej ini akan ditamatkan penjualannya kerana digantikan dengan produk baru iaitu buku litar dan koleksi litar projek dalam bentuk buku. Selepas ini hanya satu e-book sahaja akan dijual iaitu e-book koleksi litar projek yang baru. Jangka masa yang diberikan adalah 20 hari dari tarikh yang telah saya tetapkan. Selepas itu kedua-pakej ebook akan diganti dengan produk baru. Jadi apa lagi? Rebut peluang ini sebab sejak dari tawaran ini dibuka, terlalu ramai yang mengambil peluang ini. Walau pun begitu kedua-dua pakej tersebut tidak disertakan dengan bonus e-book percuma kerana kesemua e-book bonus tersebut boleh diperolehi di web site myenik. Masuk web site myenik dan klik pada e-book litar percuma. Agaknya apa tujuan saya buat semua ini? Sebabnya kerana MyEnik telah menyambut ulang tahun yang ke 4nya bulan ini. Dengan umur yang meningkat naik ini, banyak perubahan yang akan dibuat. Pa

Sudah lama bercuti

Saya sudah lama bercuti kerana hal peribadi dan kini saya kembali semula setelah lama tidak online. Apa pun pada waktu bercuti saya ada membuat sedikit persediaan untuk pelancaran beberapa produk baru nanti. Sepanjang tempoh bercuti itu saya banyak menerima panggilan dan e-mail berhubung dengan MyEnik. Namun begitu saya tidak dapat melayani kesemua kehendak pelanggan MyEnik dan saya berjanji akan melaksanakannya pada hari yang lain pula. Pada masa akan datang ini myenik akan ditambah informasi baru dan labih banyak lagi akan dimasukkan. Ini bertujuan untuk peminat elektronik di Malaysia ini mempelajari rekacipta elektronik dengan lebih mudah lagi. Terima kasih kepada anda yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sumbangan bagi memajukan MyEnik untuk masyarakat Malaysia umumnya. Terima tidak terhingga.

Litar Sensor Keluar Masuk

Jangan fikir litar projek ini tidak memberikan apa-apa makna. Jangan bulat-bulat terima litar ini untuk dibuat projek satu fungsi saje. Cuba fikirkan kaedah yang lain untuk litar ini. Agak susah untuk saya nyatakan direct to the point. Sebab agak tulus jika saya ceritakan semuanya. Anda fikirkan sendiri dan cuba rasa susah sikit untuk memikirkannya. Fungsi litar ini adalah mengesan aktiviti keluar dan masuk dengan sistem pengiraan automatik pada IC 40193. Target atau output litar ini adalah relay yang merupakan peranti yang sesuai. Selain relay anda boleh guna komponen lain seperti SCR, Triac atau Diac. Ikut kesesuaian. Namun relay menjadi pilihan mudah. Sensor utama litar ini adalah LDR. Terdapat 2 LDR iaitu LDR1 dan LDR2. Sistem pengesan adalah bergantung kepada kedua-dua LDR ini. Ia mengesan mengikut turutan. Sama ada LDR1 atau LDR2 yang kesan dahulu dikuti dengan LDR berikutnya, memberikan keadaan keluar atau masuk. Sebagai contoh logik bagi litar ini seperti yang saya tunjukkan in

Upgrade Litar SPTA

Antara beberapa litar projek yang mendapat sambutan paling tinggi adalah Sistem Pembasuh tangan Automatik. Bilangan mereka yang memesan litar projek ini paling ramai berbanding dengan beberapa litar projek lain. Mungkin kerana fungsinya yang sangat unik. Tetapi apa pun jangan terlalu gembira dengan litar projek tersebut kerana ianya adalah idea lama. Ianya adalah rekaan saya yang mengalami pelbagai tahap ujikaji secara berperingkat peringkat. Pada kali ini saya akan mewarwarkan litar projek tersebut telah dikemaskini dengan susunan komponen litar dan juga nilai komponen yang ditukar kepada nilai yang lebih bagus. Lebih bagus di sini bermaksud bahawa setelah menjalani beberapa ujian terhadap litar lama ia mengalami banyak masalah yang sama. Iaitu transistor yang senang rosak. Pada asalnya saya meletakkan nilai transistor C945 dan kemudian ditukar kepada 9013. Kedua-dua transistor tersebut mengalami masalah ketika dipasang. C945 mempunyai susunan kaki yang berbeza dengan transistor lain.

Litar sensor keluar masuk

Seperti juga litar projek sistem pembasuh tangan automatik atau pun litar pengesan infrared, litar projek yang saya terangkan ini juga sukar untuk berfungsi dengan betul. Seperti yang pernah saya terangkan dahulu, kesilapan utama adalah penggunaan komponen yang tidak mengikut kehendak diagram litar. Selain itu juga pelarasan (setting) litar yang telah siap juga perlu diutamakan. Pelarasan ini termasuklah kepada calibration kefungsian litar dan juga beberapa faktor luaran perlu diambil kira juga. Litar yang saya maksudkan adalah litar projek sensor keluar masuk. Terdapat dua versi litar ini. Versi pertama jumlah komponennya banyak dan saya kuatiri peratusan projek gagal adalah tinggi. Versi kedua jumlah komponen sedikit tetapi fungsi litar lebih bagus dari versi pertama. Namun begitu, kali pertama saya bina litar ini banyak kali mengundang kedukaan. Bagi saya itu bermakna projek saya gagal. Tapi kegagalan tersebut memerlukan sebab. Jadi saya cari sebab mengapa gagal. Akhirnya baru tahu

SPTA

Kali ini saya ingin membuat penerangan mengenai litar sistem pembasuh tangan automatik. Litar ini sudah berusia 3 tahun dari mula saya reka. Pada mulanya saya design secara teori je. Kemudian saya buat ujian terhadap litar tersebut. Hasilnya ok. Selepas itu ramai yang minta litar ini dan mencubanya. Dan ramai juga yang gagal berfungsi. Tetapi ada yang berjaya. Apakah faktor yang menyebabkan ia tidak berfungsi. Antaranya adalah sensor yang digunakan dan juga setting litar yang tidak betul. Buktinya, jika anda pernah buat litar ini tidak menjadi, anda boleh bawa jumpa saya. Insyaallah saya akan tunjukkan bahagian mana yang tidak betul.

Litar peka bunyi

Atas permintaan. Saya sertakan satu litar pengesan bunyi. Maksudnya litar peka bunyi. Litar ini boleh beroperasi dengan hanya tepuk tangan atau ketip jari dengan kuat. Terdapat banyak litar seperti ini. Ianya mempunyai fungsi yang sama dan juga hampir sama. Medium utama litar ini adalah mikrofon kecil jenis pemuat. Mikrofon ini berkutub positif dan negatif. Jika sambungan polariti ini terbalik, boleh menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik. Satu cerita masa zaman sekolah dulu, saya pernah buat litar ini dan menyambungkan kepada lampu mentol berkuasa bateri. Saya tinggal di asrama pada masa tu. Jadi saya pun buat la litar projek ini sampai jadi dan sambungkan pula kepada mentol lampu yang telah saya pasang dengan cover yang nampak kemas. Bila siap, saya tunjukkan kepada member satu dorm. Member suka. Tiba satu hari satu spot check diadakan oleh warden asrama. Warden hanya memeriksa locker setiap student. Manalah tau jumpa benda yang bukan-bukan pulak. Sampai di locker saya, saya j

Membuat PCB dengan mudah

Dengan adanya teknologi canggih seperti komputer dan printer, kerja untuk membina PCB agak mudah dan cepat. Itu pun bergantung kepada skill masing-masing dan juga kemampuan. Saya berminat sangat dengan membina PCB sendiri dan hampir setiap minggu pasti ada 1 atau lebih projek PCB yang telah saya buat. Namun begitu walaupun adanya teknologi terkini, saya lebih suka dengan kaedah manual. iaitu denga menggunakan kerja tangan tanpa perlu guna peralatan komputer, software dan printer. Bagi saya ianya mudah (mungkin sebab saya sudah biasa dengan kaedah tersebut). Sebagai contoh saya mengambil masa kurang 6 jam untuk menyiapkan 3 PCB litar Sistem Pembasuh Tangan Automatik. Manakala kurang dari 2 jam untuk 1 PCB litar projek sistem sensor. Semua tempoh berkenaan termasuk dengan kerja pemasangan dan pematerian komponen. Lihat seperti gambar di bawah ini. Teknik yang saya gunakan adalah teknik penampalan lettering dan teknik maker. Semua cara ini mesti melalui proses penyurihan diagram litar di

Membuat Penyambungan Litar

Untuk membuat penyambungan litar lain kepada litar projek yang asal memang agak susah dan pening. Itu pun kalau tak biasa buat memang susah sikit. Untuk memudahkan kerja, buat lakaran di atas kertas dahulu dan fahamkan lakaran tersebut. Contoh seperti membuat penyambungan motor pam air kepada relay pada litar projek. Perkara sebegini memang banyak sekali saya terima pertanyaan. Konsep relay adalah sama seperti sebuah suis. Guna konsep tersebut untuk membuat penyambungan kepada alatan lain. Lihat contoh seperti litar atas ni. Untuk litar tersebut relay dibuat penyambungan kepada mentol lampu. Konsep yang sama juga dilakukan untuk alatan yang lain. Cuma bezanya adalah penggunaan voltan bagi alatan yang hendak disambungkan. Litar di atas mentol menggunakan punca voltan yang sama dengan litar. B agi mengawal alatan elektrik, punca voltan adalah 220VAC. Jadi buat penyambungan kepada punca voltan tersebut dan bukan terus ke voltan litar. Kebanyakan dari anda semua sangat susah untuk membuat

Masalah lagi

Sekarang ni laman MyEnik mengalami masalah tak leh nak buka. Bila buka je keluar wording yang bukan-bukan. Saya kurang pasti apa puncanya. Member saya kata masalah server dan ada yang kata sebab masalah coding web site tu. Saya buat semula dengan scrip baru dan cuba cari masalah yang telah berlaku. Akhirnya saya berjaya menyelesaikannya juga. Tapi banyak kerja la. Apa pun semua dah ok dan boleh buka macam biasa. Puncanya apabila saya dapat tahu dari pelawat MyEnik sendiri yang menghantar e-mail menyatakan masalah tak boleh masuk web site MyEnik. Paling ketara jika buka web site dengan Mozilla Firefox. Kalau Internet Explorer ok je. Patutlah sejak kebelakangan ini suasana sepi je kat MyEnik. Rupa-rupanya tak boleh nak masuk. Kepada pelawat-pelawat, jika ada masalah untuk masuk MyEnik, tolong bagitau kami yek.

Rancangan seterusnya

MyEnik agak slow sikit pada waktu ini kerana ada banyak faktor. Antaranya adalah kami agak sibuk dengan tugasan baru dengan perancangan myenik pada masa depan. Pada masa sama juga, myenik akan mengeluarkan Buku Koleksi Sensor + komponen yang mana ianya dihasilkan dari permintaan pelawat myenik. Insyaallah pada masa terdekat ini akan keluar. Selain itu juga myenik dengan melangkah setapak lagi dengan menghasilkan produk projek kit. Agak lambat sedikit kerana banyak projek kit yang kami uji ini memerlukan masa. Buat masa sekarang sudah lebih dari 10 projek kit sudah berjaya diuji dan mungkin akan dijual pada masa terdekat. Agak menarik projek kit ini lain dari yang lain dan ia menggunakan veroboard dan bukan PCB seperti yang terdapat di pasaran sekarang ini. Sebarang perkembangan terkini akan kami beritahu.

Produk Baru

Dari pemerhatian saya menerusi undian yang terdapat dalam blog ini, projek untuk sensor adalah pilihan yang tertinggi sekali. Tujuan saya membuka pengundian tersebut adalah untuk mengetahui apakah pilihan utama anda. Oleh itu saya akan mengeluarkan produk terbaru MyEnik iaitu Buku Koleksi Sensor. Produk tersebut sama seperti Produk Buku Koleksi LED yang mengandungi buku, cd dan komponen elektronik. Jumlah litar projek belum dipastikan lagi tetapi senarai litar sensor sudah dihimpunkan untuk dibukukan. Jadi bagi mereka yang minat dengan litar sensor anda boleh dapatkan buku ini pada masa terdekat.

Mencari idea

Untuk mencari idea yang bernas dan menepati apa yang dikehendaki mungkin agak sukar jika tidak tahu tekniknya. Bagi sesetengah orang ianya mungkin senang dan idea tersebut muncul dengan mudahnya. Manakala ada juga yang susah sangat untuk memerah idea yang benar-benar baik. Jadi bagaimana untuk menjana idea yang baik. Idea atau ilham datangnya dari Allah. Tidak kiralah sapa pun diri kita, Allah akan memberi ilham jika Dia menghendakiNya. Oleh itu sentiasa berasa tenang dan insyaallah idea akan datang. Banyak kaedah yang boleh dipelajari untuk menghasilkan idea yang bernas dan bermutu yang mana ianya boleh dipelajari di mana-mana. Bagi umat Islam cara terbaik adalah meminta keampunan (istigfar) dan berdoa supaya diberikan idea yang kreatif. Sentiasa tenang dan melakukan teknik pemikiran secara tersusun dan berperingkat satu persatu. Dengan cara tersebut Insyaallah idea akan muncul atas bantuan Allah. Cubalah.

Video Komersial Produk Koleksi LED

MyEnik ada buat satu video komersial untuk produk buku koleksi LED. Tujuannya tak lain adalah nak tunjukkan litar projek yang boleh dibina hanya pada satu kumpulan komponen yang diberikan.Berpandukan kepada buku yang diberi beserta juga dengan CD yang mengandungi maklumat berkaitan dengan semua projek. Maknanya anda kena ada komputer untuk buka CD tersebut. Jangan masuk dalam VCD atau DVD player sudahlah. Sebab Cd yang diberikan tu untuk kegunaan komputer sahaja dan bukanya fail video. Jadi lepas ni akan keluar pula produk buku koleksi Sensor. Sama macam koleksi LED yang mengandungi 13 litar terpilih, koleksi sensor juga pun begitu juga cuma jumlah litar yang boleh dibina kurang dari 10 litar sahaja. Jadi bila buku tu akan keluar? Anda tengok dalam minggu ni. OK

Selamat Tahunbaru 2008

Assalamualaikum. Hai semua. Pertamanya saya nak ucap selamat tahun baru 2008. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat memberikat semangat baru kepada kita untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan MyEnik yang kini berusia 3 tahun. Harapan kami di MyEnik dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu dengan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Pada awal tahun baru 2008 ini juga MyEnik akan memperkenalkan produk baru secara berperingkat-peringkat. Diharap nanti dengan adanya produk baru tidak lama lagi segala permintaan dan keinginan peminat litar elektronik dapat memberi kepuasan yang maksima. Insyaallah. Selamat tahun baru.