Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 19, 2011

Projek suka-suka

Assalamualaikum dan salam ceria. Kali ini untuk dua hari berturut turut saya tunjukkan satu lagi projek mudah yang boleh dibuat dalam masa 5 minit. Ia adalah litar projek pengesan objek infrared. Seperti projek lama pembasuh tangan automatik yang pernah saya buat dulu, litar ini lebih mudah dan senang untuk dibuat di atas project board . Range atau jarak pengesanan objek seperti dinding, tangan atau sebagainya boleh dilaraskan pada VR 10K. Sebagai info tambahan, pastikan LED ir RX kakinya perlu diterbalikkan. Maknanya positif untuk kaki yang pendek dan negatif untuk kaki yang panjang. Pastikan juga ianya jenis yang berwarna clear (jernih) kerana yang jenis gelap ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Pada pin 3 IC, ia adalah masukan denyut clock. Denyutan ini boleh dihasilkan dengan litar pemasa 555. Tapi anda tidak perlukannya hanya untuk menguji litar ini sahaja. Jika dilihat pada video, terdapat beberapa komponen tambahan seperti IC pengatur voltan dan kapasitor.