Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

Projek Banyak Masuk

Bulan Ogos ni saya rasa paling banyak projek masuk. Paling banyak adalah dari student-student seluruh Malaysia. Semua orang dah tahu terutama student, masanya sudah hampir hari presentation final project mereka. Saya dan team MyEnik agak sibuk sikit dengan projek student ni. Sampaikan susah nak bahagi masa antara kerja-kerja yang saya dan Shahrul. Apa pun kami pilih waktu malam untuk beroperasi di lab MyEnik. Tambahan pula projek MyEnik sendiri pun masih bertangguh. Terlalu banyak rasanya. Bila waktu malam terpaksa turun ke lab. Waktu siang pula saya dan Shahrul ada kerja masing-masing. Nampak gayanya MyEnik akan kelam kabut macam dulu juga rasanya. Tapi mungkin tidak. Pengalaman yang dulu menjadi pengajaran. Insyaallah perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Saya Kembali Lagi!

Assalamualaikum. Salam sejahtera terutama sekali kepada perekacipta elektronik yang baru mahupun yang veteren. Selamat datang ke blog baru MyEnik. Ia nampak baru sebab baru beroperasi. Saya harap blog ini nanti akan menjadi satu blog yang paling bagus dan bermanfaat kepada anda semua terutama kepada mereka yang betul-betul minat mengenai rekacipta elektronik. Sebelum ini pun saya agak sibuk dengan kerja-kerja dalam MyEnik. Tambahan pula student agak ramai yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan mengenai final project mereka. Harapan saya agar mereka akan berjaya menempuhi hari presentation final project mereka nanti. Jangan gementar dan yakin dengan apa yang anda lakukan. Yakin boleh!