Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 20, 2017

Solar Panel

Assalamualaikum. Salam ceria. Pada kali ini saya cuba untuk menyentuh serba sedikit mengenai komponen yang penting untuk menjana tenaga elektrik pada waktu siang iaitu solar panel. Solar panel bentuk asasnya adalah seperti sekeping papan. Lapisan permukaan yang licin seperti cermin atau plastik. Ianya berwarna gelap, hitam atau kebiru-biruan. Solar panel apabila diletak di bawah cahaya matahari ianya akan menghasilkan tenaga elektrik melalui dua terminal keluaran positif dan negatif. Elektrik yang terhasil merupakan voltan DC dan tidak merbahaya apabila disentuh. Solar panel berfungsi menghasilkan tenaga elektrik daripada penerimaan cahaya matahari. Cahaya matahari adalah sumber yang paling utama dan yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak menyimpan cas elektrik. Apakah kegunaan solar panel? Kebanyakan solar panel digunakan untuk mengecas bateri. Bateri yang dicas oleh solar panel digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik. Jarang sekali alatan elektrik