Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Buku baru upgrade

Antara produk MyEnique yang baru saja dibuat kemaskini adalah Buku Koleksi Litar Projek LED. Ianya mengambil masa yang agak lama disebabkan kekangan masa yang melambatkan proses penambah baikan ini. Berbanding dengan versi lama, versi baru ini lebih nampak mudah. Mudah dibuat pemasangan pada atas papan litar projek. Saya telah menambah diagram litar pemasangan untuk papan projek. Versi awal memang tiada diagram papan projek. Hanya diberikan diagram skematik saja. Oleh itu memang sukar sedikit untuk pemasangan komponen dibuat kepada mereka yang baru mula belajar. Dengan adanya pemanbah baikan versi terbaru ini, kerja pemasangan adalah mudah. Hanya berpandukan kepada diagram litar yang diberi. Untuk itu, harga masih lagi seperti dahulu. Dan kepada pelanggan lama yang pernah membeli, anda dialu-alukan untuk menghantar emel kepada saya dengan menyatakan untuk memohon salinan diagram litar versi terbaru. Kepada pelanggan yang belum dapat lagi Koleksi Projek LED ini, seminggu lagi produk

Sambutan...

Selepas sahaja diumumkan pra-pendaftaran dibuka untuk kursus yang ditawarkan, admin menerima banyak sekali borang pendaftaran melalui emel. Alhamdulillah, ternyata sambutan amat menggalakkan. Insyaallah selepas selesai menerima penyertaan peserta, admin akan menyenaraikan tarikh dan aturcara kursus/bengkel tersebut. Pra-pendaftaran masih dibuka lagi. Terima kasih

Survey untuk program kursus

Assalamualaikum. Salam ceria. Ok! Jom join kursus pendek yang terbaru. Boleh masuk link ini untuk pra daftar kursus apa yang anda suka. nak join semua pun boleh.  http://www.myenique.com/kursus.html Antara kursus atau bengkel yang ditawarkan adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini. Kursus Asas Elektronik Rekacipta Produk DIY Kursus ini mengajar cara-cara mudah merekacipta litar projek DIY yang boleh dijadikan sebagai hobi atau untuk diniagakan. Asas-asas elektronik diajar secara teori dan amali dengan teknik berlainan yang mudah difahami seterusnya boleh dipraktikkan di rumah. Antara projek DIY yang ditunjukkan merupakan projek yang popular untuk kegnaan harian dan boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan jika diniagakan. Antara yang terkandung di dalam kursus ini adalah: - Asas Elektronik - Asas Mengenal Komponen Elektronik - Asas Alatan Kerja - Asas Pembuatan Litar Elektronik - Kerja Amali Membina Litar Projek DIY - Asas Pembinaan Produk Rekacipta Kursus ini

Link blog lain

Blog MyEnik ini akan di link kan kepada beberapa blog yang berinformasi. Antara blog yang akan sering di link adalah blog rnd sempoi. Namun, pada masa yang sama juga blog myenik akan menambah info terkini berkaitan dengan elektronik dan projek. Salam ceria.

Selamat hari raya

Assalamualaikum. Selamat hari raya. maaf zahir batin kepada semua. Sempena cuti hari raya ini, MyEnique akan bercuti dan akan mula beroperasi semua pada 27/07/15 iaitu pada hari Isnin. Semua urusniaga akan bermula kembali pada hari dan tarikh tersebut. Harap maklum. Pada tarikh tersebut juga, tuan-tuan boleh datang melawat ke premis saya di alamat yang tertera di bawah. Tuan-tuan dialu-alukan untuk hadir bagi pelbagai urusan seperti membeli atau menempah litar projek, perbincangan projek dan permasalahan litar projek, workshop dan kursus pendek atau sekadar untuk melawat berjumpa dengan saya dan staft. Alamat: Lot 35-AC, Persiaran MPAJ, Jln Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur. Terima kasih p/s:  Mulai tarikh tersebut, semua urusniaga produk boleh diambil terus ke alamat ini. Kecuali pembelian secara pos atas sebab lokasi pelanggan yang berjauhan. Kursus-kursus dan workshop akan disusuli kehadirannya selepas bermula dari tarikh tersebut.

Saya di Instagram

I’m on Instagram as @myenique. Install the app to follow my photos and videos. http://instagram.com/download

Manual kits projek Metal Detector BFO

Untuk mereka yang telah membeli kits projek metal detector, di sini disertakan manual pemasangan ringkas. Hanya perlu ikut turutan komponen di atas papan dan buat kerja pematerian. Sila klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.

Menara Kuasa Tesla mini

Pada kali ini saya nak tunjukkan satu projek yang boleh dibuat sendiri. Proses pembuatan mengikut langkah demi langkah sehingga projek berfungsi dengan baik. Rakan rakan juga boleh cuba projek ini sehingga berjaya. Diagram litar seperti yang ditunjukkan. Ikut senarai komponen yang terdapat di dalam litar. Buat penyambungan mengikut kaki komponen dengan betul. Kemudian sediakan wayar magnet dan lilitkan pada paip pvc sepanjang 8 cm. Hujung lilitan hendaklah dilebihkan dalam 4cm terkeluar seperti satu antena kecil. Penyambungan komponen blh dibuat di atas vero board atau pematerian terus antara wayar ke wayar. Kemajuan dian sediakan juga lilitan 3 pusingan pada tiang lilitan pertama tadi. Buat penyambungan pada semua wayar lilitan tadi pada komponen yang mula mula tadi. Pastikan penyambungan adalah betul. Setelah siap dipasang, cari tapak yg sesuai untuk meletak projek ini. Rakan rakan boleh letak di atas papan kecil, kotak, bekas penutup CD dan sebagainya. Masukkan bateri

Penerangan Kursus Inovasi

Assalamualaikum. Salam ceria. Setelah lama saya begitu sibuk dengan urusan urusan kerja seperti penghasilan produk dan membuat kerja R&D produk produk baru, kini dengan ada masa sedikit saya dapat luangkan untuk membuat kursus pendek. Pendekatan ini dibuat setelah saya kini memulakan tugas di di Lab MyEnik di Taman Seribu Bunga dengan kerja dan projek baru. Bagi saya, sudah alang-alang saya di situ dan memang hasrat dari dulu lagi nak sambung semula mengajar, oleh yang demikian saya memulakan pengajaran pertama untuk tahun 2015 ini. Dahulunya saya mengajar dan memberi kursus sebelum saya berhenti seketika kerana tugasan yang lain. Kini saya cuba membahagikan masa antara kursus dan tugasan yang sedia ada menjadikan kedua-duanya berjalan dengan teratur, Insyaallah. Untuk permulaan ini, bagi sessi pengenalan pemanas badan, saya cuba memulakan kursus inovasi elektronik ini dengan kos yang murah berbanding harga asal RM150 untuk seorang peserta. Insyaallah selepas bermulanya kursu

Jadual kursus dan silibus

Berikut adalah jadual aktiviti untuk seharian kursus. Setiap slot mengandungi teori dan amali yang akan diselang selikan atau secara serentak. Ini bagi mengelak rasa bosan dan mengantuk semasa kursus. Kursus ini tidak sama seperti di dalam kelas. Yang penting buka minda dan happy. JADUAL WAKTU Kursus 8.00am – 9.00am Pendaftaran kehadiran peserta kursus 9.00am – 10.00am Kursus bermula. Pengenalan Inovasi Elektronik (teori dan visual demo) 10.00am 10.15am Rehat. Jamuan ringan 10.15am – 1.15pm Asas tatakerja dalam pembuatan elektronik (teori dan amali)        - asas komponen yang kerap digunakan      - asas alatan kerja yang selalu dan perlu digunakan         - asas alatan elektrik dan elektronik  - keperluan penting di dalam kerja         - teknik mencari litar elektronik  - teknik menggunakan litar yang sesuai         - penerangan jenis jenis litar yang sangat popular 1.15pm – 2.10pm Rehat. Makan tengah hari. Solat Zohor 2.10pm – 4.00pm Penerangan Litar projek, kendal

Kursus Inovasi Elektronik

Assalamualaikum. Salam ceria. Sukacita dimaklumkan kursus Inovasi Elektronik akan diadakan pada 21 dan 22 hb Mac 2015. Kursus berlangsung selama sehari sahaja. Jika anda berminat, pilih hari yang anda rasa sesuai atau masih kekosongan. Maklumat lanjut akan dinyatakan kemudian.