Aktiviti Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa. Pada bulan Ramadhan ini aktiviti MyEnik agak slow tetapi masih lagi kerja dilakukan. Sebelum bulan Ramadhan aktiviti di lab boleh dikatakan selalu setiap malam hingga lewat malam (biasa pukul 2 pagi baru balik). Pada siang hari pula saya dan Shahrul sibuk dengan kerja masing masing.

Bulan Ramadhan ini agak penat dari hari-hari biasa. Kalau sampai rumah letak kepala atas bantal terus je lelap. Tapi solat terawih dan tadarus buat juga. Mana boleh dilepaskan. Rugi rasanya kalau tak buat. Disebabkan masa yang ketat dengan pelbagai aktiviti dan keletihan, aktiviti di lab pada belah malam agak slow sikit.

Kalau ada projek tu agak lewat sikit la nak siapkan. Cuma baru-baru ni saya bersengkang mata cuba menyiapkan kerja MyEnik selepas saje solat terawih. Banyak kerja saya buat di rumah disebabkan lab dengan rumah agak jauh. Tidur sekejap dan terus bangun untuk sahur. Selepas sahur sambung balik kerja sehingga masuk waktu subuh baru stop untuk solat subuh dan bersiap untuk pergi kerja pula.

Letih tetap letih termasuk mengantuk sekali. Tapi sebabkan tanggungjawab dan seronok, terus tak rasa apa. Harap-harap tak jatuh sakit macam sebelum ni. Nak tau, sebelum ni beberapa hari sebelum puasa saya jatuh sakit teruk. Saya kena serang maigrain dan tekan darah tinggi selama seminggu. Doktor nasihat untuk saya stop semua aktiviti di lab untuk merehatkan diri. Tapi dalam tempoh seminggu rehat tu pun saya masih buat kerja (kalau doktor yang periksa tu tau saya langgar pantang, mesti kena marah he he he).

Baru-baru ni Shahrul pula tak sihat. Tapi kerja masih diteruskan juga. Saya dan Shahrul banyak mengejar masa dan sibuk dengan pelbagai kerja dan tanggungjawab. Ada kalanya banyak kali juga kami tidak dapat menyiapkan kerja mengikut due date yang ditetapkan serta banyak urusan tertangguh. Apa yang boleh saya dan Shahrul lakukan itu adalah yang terbaik dan termampu bagi kami. Minggu ni kerja agak slow dan tambahan pula stok komponen kami banyak yang dah habis digunakan. Kebanyakan komponen habis diberikan kepada student termasuklah stok untuk ujikaji dan penyelidikan kami juga.