Komponen yang boleh meletup

Terdapat beberapa komponen elektronik yang boleh meletup disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut mungkin kita sedari atau pun tidak. Jadi berhati-hati dengan pemasangan komponen elektronik agar biarlah betul dan selamat. Namun begitu tidak semua komponen elektronik boleh meletup.

Meletup bukanlah gambaran seperti satu letupan yang kuat seperti mercun atau pun bom. Letupan pada komponen tidak kuat dan tidak membahayakan. Itu pun tengok pada keadaan. Bunyi letupan seperti satu tepukan tangan yang sederhana kuatnya. Dan bukan seperti bunyi letupan bom dan seumpamanya. Jika sebegitu, saya juga tidak berani meneruskan bidang elektronik ini.

Pengalaman saya pada komponen meletup ini sudah banyak kali dan adakalanya sampai kena renjatan elektrik. Sampai sekarang fobia. Antara komponen elektronik yang paling banyak meletup adalah kapasitor, kemudian transistor dan perintang yang melebihi 2Watt. Komponen yang lain juga ada meletup juga tapi terlalu sedikit kesnya.

Jika pemasangan kapasitor terbalik (kapasitor elektrolitik) boleh jadi meletup mengikut penggunaan bekalan kuasa atau pun litar. Begitu juga pada transistor, sambung terbalik boleh jadi meletup terutama pada litar bekalan kuasa. Oleh itu setiap kali ujikaji dijalankan, saya akan memakai alat pelindung untuk mata. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku letupan komponen.

Selain dari komponen elektronik, wayar juga boleh meletup jika dipintaskan sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Paling kuat meletup adalah wayar yang bervoltan AC. Itu bukan setakat meletup, tapi boleh trip satu tempat. Oleh itu berwaspadalah dengan semua kemungkinan ini. Berhati-hati dan jangan lakukan sesuatu perkara tanpa pengawasan orang yang mahir.