Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Komponen

Fungsi Transistor: Komponen Utama dalam Dunia Elektronik

Imej
Transistor adalah salah satu komponen elektronik yang paling penting dan banyak digunakan dalam pelbagai litar elektronik moden. Sejak penemuannya pada tahun 1947, transistor telah merevolusikan cara kita membina peranti elektronik, daripada radio sehinggalah komputer. Fungsi utama transistor adalah sebagai penguat isyarat dan suis elektronik , dan komponen kecil ini menjadi asas kepada hampir semua peranti elektronik yang kita gunakan hari ini. Jenis-Jenis Transistor Terdapat dua jenis utama transistor iaitu Bipolar Junction Transistor (BJT) dan Field Effect Transistor (FET) . Kedua-duanya mempunyai fungsi asas yang sama tetapi berbeza dari segi reka bentuk dan cara operasi. Bipolar Junction Transistor (BJT) : Transistor jenis ini mengawal aliran arus melalui dua jenis bahan semikonduktor iaitu N-type dan P-type . Terdapat dua konfigurasi BJT, iaitu NPN dan PNP . Fungsi utama BJT adalah untuk menguatkan arus , menjadikannya sangat berguna dalam aplikasi seperti penguat audio. Fie...

Solar Panel

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Pada kali ini saya cuba untuk menyentuh serba sedikit mengenai komponen yang penting untuk menjana tenaga elektrik pada waktu siang iaitu solar panel. Solar panel bentuk asasnya adalah seperti sekeping papan. Lapisan permukaan yang licin seperti cermin atau plastik. Ianya berwarna gelap, hitam atau kebiru-biruan. Solar panel apabila diletak di bawah cahaya matahari ianya akan menghasilkan tenaga elektrik melalui dua terminal keluaran positif dan negatif. Elektrik yang terhasil merupakan voltan DC dan tidak merbahaya apabila disentuh. Solar panel berfungsi menghasilkan tenaga elektrik daripada penerimaan cahaya matahari. Cahaya matahari adalah sumber yang paling utama dan yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak menyimpan cas elektrik. Apakah kegunaan solar panel? Kebanyakan solar panel digunakan untuk mengecas bateri. Bateri yang dicas oleh solar panel digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik. Jarang sekali alatan elektrik...

IC 4017

Imej
Ramai tahu dan ada segelintir sahaja yang tidak mengetahui fungsi kegunaan IC CD4017 atau MC4017 atau 4017 sahaja. Jika ingin beli ic ini terutama di kedai elektronik seperti di Jalan Pasar Pudu, hanya sebut ic 4017 sahaja, tidak perlu sebut CD atau MC. Namun ada sesetengah kedai-kedai di kawasan yang kurang popular, perlu disebut sepenuhnya. Ada beberapa kedai (hampir semua) di Jalan Pasar Pudu jika kita meminta ic seperti MC4017, kita akan dapat ic CD4017. Jadi janganlah marah atau panic. Ianya sama sahaja melainkan anda benar-benar cerewet sangat dalam pemilihan barang. Jika anda ingin membina litar projek LED running light, ic ini adalah komponen utamanya selain beberapa komponen lain seperti ic pemasa 555 dan komponen pasif yang lain. IC 4017 ini merupakan ic counter atau divider yang mempunyai 10 keluaran (output). Pada litar projek running light, 10 LED disambung kepada terminal output ic. Oleh itu kerlipan secara berturutan akan kelihatan. Oleh itu secara maksimum keluaran...

Nilaian unit kapasitor

Untuk mengetahui nilai kapasitor pada komponen kepasitor adalah dengan membaca tulisan pada komponen tersebut. Tidak seperti perintang yang mewakili warna kod tertentu untuk nilai rintangan tertentu. Bagi kod transistor ia tertera pada badan transistor tersebut. Begitu juga dengan IC. Membaca nilai kapasitor adalah mudah jika kita tahu teknik membacanya. Sama juga dengan kod warna perintang. Pada senarai di bawah ini anda boleh cuba lihat nilai- nilai seperti mikro Farad, nano Farad dan piko Farad. Ketiga-tiga nilai ini sebenarnya sama jika dilihat pada perbezaan titik permuluhannya. Pada penghujungnya adalah kod yang tertera pada komponen. Contohnya seperti 1µF, kod yang tertera pada komponen adalah 104. Jika anda sukar memahami pengiraan untuk membaca nilai kapasitor, anda hanya perlu ingat ini di dalam kepala. Di bawah ini adalah senarai yang biasa digunakan. Untuk nilai yang lain jika tiada terdapat di dalam contoh di bawah ini, anda hanya cari bilangan digit yang sama. Contohnya...

Transformer

Imej
Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja. Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti: power transformer output transformer driver transformer IF transformer Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan...

Kegunaan transistor sebagai suis

Imej
Kebanyakan litar elektronik yang simple menggunakan relay sebagai suis perantaraan kepada litar luaran yang lain seperti menghidupkan metol 240VAC atau menghidupkan peralatan elektrik. Relay jugalah yang menjadi komponen paling sesuai untuk tugasan tersebut. Manakala komponen lain yang berkaitan seperti SCR atau Triac dan seumpamanya kurang mendapat sambut dari segi penggunaanya kecuali untuk kes-kes tertentu seperti menjimatkan ruang dan mengurangkan berat. Namum begitu relay perlukan komponen lain untuk menghidupkannya. komponen yang sesuai untuk digandingkan adalah transistor. Ya... transistorlah jawapannya. Jika satu-satu litar elektronik atau pun litar projek kit mempunyai keluarannya sekadar nyalaan LED atau bunyi pada speaker, ianya boleh ditukar kepada penggunaan relay sebagai suis. Seperti litar aktif gelap atau litar penggera air dan seumpamanya yang menggunakan komponen selain relay seperti LED atau speaker, dengan menggunakan litar tambahan, relay boleh digunakan.  Ianya be...

Perihal LED dan seumpamanya

Imej
Apabila sebut mengenai LED, saya terkenangkan satu peristiwa. Seseorang pernah menghubungi saya mengenai cara pengujian LED. Tujuan dia bertanya pada saya kerana dia mempunyai beberapa LED miliknya dan katanya hampir kesemua LED yang dia beli itu ada yang rosak dan ada juga yang berubah warna. Berubah warna??? Saya fikir mungkin LED yang dia beli tu special agaknya. Sebab tu warna LED tu boleh berubah warna. Tapi jangkaan saya salah rupanya. Pada mulanya dia memberitahu bahawa warna LED merahnya berubah warna oren terang dan kemudian warnanya kelam. Dia tanya sekali lagi 'memang macam ni ke warna LED ni? '. Saya berfikir sejenak. Saya pula bertanya 'dengan cara apa awak uji LED tu? ' 'Dengan menggunakan bateri 9 volt yang kotak tu la' jawab dia selamba. Nak nangis saya mendengar penjelasannya. Apa yang boleh saya katakan adalah, semua LED yang bertukar warna itu adalah rosak belaka. Tiada cara untuk menyelamatkan LED itu lagi. Apa yang buat saya terkejut adalah...

Geganti itu adalah Relay

Imej
Kali ini saya ingin memberi penjelasan mengenai relay atau pun geganti. Kita biasa menyebut relay. Tapi sebutan bahasa kita adalah geganti. Kedua-dua istilah ini adalah sama maksudnya. Jadi jangan risau mengenai istilah relay atau geganti. Relay adalah sejenis peranti separa mekanikal dan separa elektronik. Ia adalah sejenis suis. Relay tidak menjana sebarang voltan apatah lagi sebarang arus. Seperti juga satu suis biasa, relay juga bertindak seperti suis. Suis yang boleh disamakan dengan relay adalah suis dua hala. Relay terdapat 5 kaki tidak seperti suis dua hala biasa yang ada 3 kaki dan manusia normal ada 2 kaki. 3 kaki untuk binaan suisnya dan 2 kaki lagi adalah sambungan ke punca voltan. 2 kaki yang disambung pada punca voltan adalah coil atau gegelung yang terdapat di dalam relay. Ia bertindak sebagai magnet menarik plat besi. Jika dilihat pada suis biasa, kita menggunakan tangan untuk menggerakkan butang atau slide suis tersebut. Bagi relay, gegelung atau coil yang menggerakkan...