Belajar Bina Projek Arduino

Assalamualaikum. Salam ceria.




Kali ini saya nak maklumkan mengenai kit terbaru yang baru saja saya hasilkan setelah lamanya membuat pengujian terhadapat kit tersebut. ianya adalah kit pembelajaran untuk yang nak baru mula mempelajari sistem Arduino.

Kini nak bina projek bukan lagi satu kepayahan. Dahulunya saya merasakan kesukaran untuk menghasilkan dan membina satu projek yang kita suka. Susah nak cari bahan dan susah untuk membinanya. Tambahan pula perlu ada beberapa tool untuk membina projek.

Dengan adanya teknologi Arduino ini, semua projek mudah untuk dibina. Hanya buat pemasangan dengan penyambungan wayar sahaja kepada slot atau papan projek dan kemudian memasukkan programming sahaja. Dan projek sudah boleh berfungsi.



Dengan adanya kaedah programming, kerja untuk modify yang yang kita mahukan menjadi senang. itu pun kalau kita tahu dan faham. Ada sesetengah orang tak sukakan programming yang memeningkan kepala sebab ada banyak kod-kod yang perlu dilihat. Tapi sebenarnya tidaklah perlu kepada pemahaman yang lebih. Cukup sekadar tahu asas saje sudah memadai. Untuk pergi lebih jauh barulah perlu kita belajar lebih dalam lagi.

Kit yang saya hasilkan ini mudah untuk semua. Kod Programming telah pun saya sediakan. Hanya perlu upload saja melalui PC. Semua langkah demi langkah proses pembuatan dan pembinaan projek diterangkan. Ianya diajar dari mula. Kita perlu faham untuk penerangan yang pertama. Kemudian untuk projek seterusnya kita hanya lakukan perkara yang sama seperti yang telah diajar. Mudah.


Banyak projek menarik boleh dibina. Apa yang pasti adalah kita akan puas dan seronok setelah projek berjaya dibina. Jika ada yang bertanya apa gunanya buat semua ini? Jawapan saya adalah bergantung kepada penilaian anda. Apabila sudah merasainya barulah anda akan tahu fungsi dan gunanya.

Klik sini untuk info lanjut mengenai Kit Arduino

Nantikan juga kursus pendek mengenai Arduino dan Kehidupan Harian pada masa terdekat. Insyaallah.