Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2006

Gambar-gambar MyENik

Gambar aktiviti MyEnik LED Fading Capacitive Sensor 10 Saat Pemasa dengan Buzzer Infrared Object Detector (3 set) Litar toggle switch 555 Mobile Phone Wave Detector Banyak gambar yang akan dimuat turun. Sila lawat pada masa akan datang.

Video MyEnik

Video MyEnik Ujikaji LED Meter Suhu Ujikaji ini menggunakan breadboard sebagai tempat uji bagi memudahkan kerja ubahsuai. Terdapat dua keadaan litar yang digunakan untuk beberapa keadaan yang berbeza. Litar pertama direka untuk kepekaan yang tinggi yang mampu mengesan suhu bilik dan juga jika dipegang pada sensor, bacaan akan diperolehi. Sesuai untuk mengukur suhu bilik, suhu air, suhu yang tidak begitu tinggi naik turunnya. Berbeza dengan litar kedua yang mempunyai kepekaan yang rendah sesuai untuk mengukur suhu tinggi. Sebagai contoh haba dari soldering iron, enjin kenderaan atau cerek air. Namun begitu mengukur air secara terus tidak boleh kerana akan merosakkan sensor dengan cepat berbeza jika digunakan secara betul dan tidak terlalu kerap kena pada suhu tinggi. Prototaip Metal Detector Sample prototaip alat pengesan logam atau metal detector menggunakan litar BFO. Terdapat banyak versi untuk penghasilan metal detector ini sehinggakan saya akan merekakan satu alat yang dipanggil go

Siapa saya?

Agak susah sikit untuk saya memperkenalkan diri. Maklumlah sa ya ni agak pemalu sikit dan kurang bercakap banyak. Lebih-lebih lagi mengenai hal-hal yang remeh temeh atau perkara yang melalaikan. Namun begitu saya perlu juga memperkenalkan diri kepada umum mengenai perihal saya dan juga aktiviti yang pernah saya lakukan. Kiranya macam nak promote dan menyakinkan diri la ni. Saya adalah orang yang bertanggungjawab yang menubuhkan dan membangunkan Myenik.com. Saya menyukai rekacipta elektronik. Oleh itu saya mempunyai sejarah pendidikan yang bersangkut paut dengan elektronik. Kerana itu adalah minat saya. Bukan sekadar minat tetapi ianya adalah hobi saya sepenuh masa. Pendidikan awal saya dalam bidang elektronik semasa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Vokasional Ampangan, Seremban (sekarang sudah jadi sekolah teknik). Sebelum itu saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang dan subjek kesukaan adalah kemahiran hidup dan sains. Minat dalam bidang elektronik sebenarn