Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 16, 2008

SPTA

Kali ini saya ingin membuat penerangan mengenai litar sistem pembasuh tangan automatik. Litar ini sudah berusia 3 tahun dari mula saya reka. Pada mulanya saya design secara teori je. Kemudian saya buat ujian terhadap litar tersebut. Hasilnya ok. Selepas itu ramai yang minta litar ini dan mencubanya. Dan ramai juga yang gagal berfungsi. Tetapi ada yang berjaya. Apakah faktor yang menyebabkan ia tidak berfungsi. Antaranya adalah sensor yang digunakan dan juga setting litar yang tidak betul. Buktinya, jika anda pernah buat litar ini tidak menjadi, anda boleh bawa jumpa saya. Insyaallah saya akan tunjukkan bahagian mana yang tidak betul.

Litar peka bunyi

Atas permintaan. Saya sertakan satu litar pengesan bunyi. Maksudnya litar peka bunyi. Litar ini boleh beroperasi dengan hanya tepuk tangan atau ketip jari dengan kuat. Terdapat banyak litar seperti ini. Ianya mempunyai fungsi yang sama dan juga hampir sama. Medium utama litar ini adalah mikrofon kecil jenis pemuat. Mikrofon ini berkutub positif dan negatif. Jika sambungan polariti ini terbalik, boleh menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik. Satu cerita masa zaman sekolah dulu, saya pernah buat litar ini dan menyambungkan kepada lampu mentol berkuasa bateri. Saya tinggal di asrama pada masa tu. Jadi saya pun buat la litar projek ini sampai jadi dan sambungkan pula kepada mentol lampu yang telah saya pasang dengan cover yang nampak kemas. Bila siap, saya tunjukkan kepada member satu dorm. Member suka. Tiba satu hari satu spot check diadakan oleh warden asrama. Warden hanya memeriksa locker setiap student. Manalah tau jumpa benda yang bukan-bukan pulak. Sampai di locker saya, saya j