Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 4, 2009

Proses mereka inverter untuk kenderaan

Pada masa sekarang ini terdapat banyak produk inverter untuk kederaan di pasaran. Semuanya mempunyai fungsi untuk kegunaan tertentu yang telah ditetapkan. Sebelum ini juga saya pernah membbuat dan mereka satu projek kincir angin yang boleh menjana voltan yang boleh menghidupkan lampu. Idea yang saya gunakan adalah menggunakan dinamo basikal sahaja dan ianya hanya boleh menghasilkan 12 volt sahaja. Itu pun jika pusingan dinamo laju dan bukannya perlahan. Untuk itu saya reka satu litar inverter yang mampu menaikkan voltan kecil kepada satu nilai voltan yang besar. Apa yang berlaku memang boleh menjadi tetapi tidak seperti yang diharapkan. Voltan naik dengan tinggi tetapi arus tidak mencukupi untuk menghidupkan satu mentol 12 V. Jalan penyelesaian adalah menggunakan transformer yang betul yang mampu untuk menghasilkan arus yang besar dan mampu untuk menghidupkan mentol.