Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Solar Panel

Assalamualaikum. Salam ceria. Pada kali ini saya cuba untuk menyentuh serba sedikit mengenai komponen yang penting untuk menjana tenaga elektrik pada waktu siang iaitu solar panel. Solar panel bentuk asasnya adalah seperti sekeping papan. Lapisan permukaan yang licin seperti cermin atau plastik. Ianya berwarna gelap, hitam atau kebiru-biruan. Solar panel apabila diletak di bawah cahaya matahari ianya akan menghasilkan tenaga elektrik melalui dua terminal keluaran positif dan negatif. Elektrik yang terhasil merupakan voltan DC dan tidak merbahaya apabila disentuh. Solar panel berfungsi menghasilkan tenaga elektrik daripada penerimaan cahaya matahari. Cahaya matahari adalah sumber yang paling utama dan yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak menyimpan cas elektrik. Apakah kegunaan solar panel? Kebanyakan solar panel digunakan untuk mengecas bateri. Bateri yang dicas oleh solar panel digunakan untuk menghidupkan alatan elektrik. Jarang sekali alatan elektrik

Belajar buat projek di page FB

Assalamualaikum dan salam ceria. Bismillah permulaan pembuka kata. Setelah lama saya tidak update informasi di dalam blog ini atas sebab-sebab tertentu antaranya adalah kekangan masa yang terlalu suntuk dan masalah laman blog ini hilang seketika. Maksud hilang adalah laman blog ini seperti disekat dan hilang terus. Dari itu saya telah cuba untuk membina blog baru pada akuan baru dan sehinggalah sampai satu masa ianya hampir siap dan blog MyEnique ini telah muncul kembali. Ia hilang dan muncul kembali tanpa sebarang alasan. Apa pun syukur Alhamdulillah ianya kembali seperti sediakala. Pada kali ini saya ingin memaklumkan satu page fb telah dihasilkan khas untuk peminat projek elektronik. Semua orang boleh menyertainya tanpa syarat. Namun begitu saya lebih sarankan kepada peminat yang baru ingin bermula. Ianya merupakan satu hobi. Hobi yang memerlukan kreativiti dan penggunaan akal fikiran yang kreatif serta inovatif. Bagi pengguna FB, anda bolehlah LIKE page @buatprojekelektronik