Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Kejutan elektrik yang selamat

Kejutan elektrik terjadi pada kenalan tubuh (manusia) dengan sumber kuasa yang menyebabkan arus yang cukup melalui otot, kulit atau rambut. Biasanya, ungkapan yang digunakan untuk menunjukkan pendedahan yang tidak dikehendaki untuk kuasa, maka kesan yang dianggap tidak diingini saat ini tahap minimum manusia dapat merasakan dianggarkan sekitar 1 milliampere (mA). Tapi ini sangat bergantung pada frekuensi daripada isyarat. Arus boleh menyebabkan kerosakan rangkaian atau fibrilasi jika sudah cukup tinggi. Kematian disebabkan oleh kejutan elektrik disebut sebagai kuasa. Secara umum, arus hampir 100 mA boleh dirasai jika mereka melewati bahagian sensitif dari tubuh. Jika voltan kurang dari 200 V, maka kulit manusia, lebih tepatnya stratum korneum, merupakan penyumbang utama impedansi tubuh dalam kes alihan-macroshock dari saat ini antara dua titik pada kulit. Ciri-ciri daripada kulit non-linear namun j ika tegangan di atas 450-600 V, maka kerosakan dielektrik pada kulit berlaku. Jika r

Ujian bekalan kuasa tanpa wayar

Ini merupakan salah satu ujian prototaip bagaimana satu tenaga elektrik boleh disebarkan melalui ruang udara. Kira anda mengetahui dan mengenali ujikaji seperti Tesla dan beberapa yang lain, ini merupakan contoh kecil yang menyerupai contoh projek mereka. Walaupun kecil dan sekadar untuk melihat dan memerhati fungsi dan aplikasi selanjutnya yang boleh dimanfaatkan dari prototaip ini. Jika dilihat pada diagram litar ia terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah pemancar dan kedua adalah penerima. Pada bahagian penerima hanya dapat LED sahaja digunakan untuk menunjukkan voltan yang dipancar diterima. Seperti yang kita ketahui, untuk menghidupkan satu LED perlulah tidak kurang dari 2.5 volt atau bergantung kepada jenis LED seperti ultra bright LED atau LED biasa-biasa. Pada bahagian pemancar, komponen utama adalah gegelung. Gegelung akanmemancarkan gelombang berfrekuensi tertentu yang ditentukan oleh nilai kapasitor. Voltan yang dikenakan tidak boleh melebihi 6

Juara Inovasi Zon Tengah

Alhamdulillah kami menjadi juara peringkat zon tengah. Namun begitu tewas di peringkat kebangsaan. Apa pun tahniah kepada semua peserta yang terlibat. tahun hadapan boleh jadi mentor lagi, Insyaallah. Pertandingan peringkat zon tengah berlangsung di MITC Ayer Keruh, Melaka selama dua hari. Manakala pada peringkat Kebangsaan pula berlangsung di sekitar kompleks sukan Bukit Jalil selama tiga hari yang mana perdana menteri turut hadir memeriahkan karnival inovasi tersebut. Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi kepada yang tidak berjaya. Cuba pada tahun hadapan pula.

Jumpa saya di MITC sabtu ini...

Bismillahirahmanirrahim... Pada 12, 13 dan 14 haribulan ini saya akan berada di MITC di Ayer Keroh Melaka sempena pameran dan pertandingan inovasi. Oleh itu saya mengajak anda semua ke sana untuk memeriahkan lagi suasana dan berpeluang berjumpa saya. Saya berada di lot gerai Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang sebagai pemantau sahaja. Pengunjung yang datang berjumpa saya di sana akan mendapat beberapa maklumat berupa pemberian percuma. Pada masa yang sama saya akan membuat pemerhatian pada seluruh aktiviti pertandingan dan pameran tersebut. Maklumat yang diperolehi nanti digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang untuk membuat konsep pameran dan pertandingan seumpamanya. Jadi mungkin juga akan memasuki pertandingan seumpama ini sebagai mengisi kekosongan penyertaan dan saya galakkan anda juga untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Dalam pada masa sekarang ini, saya masih meneruskan kerja-kerja R&D beberapa litar projek yang berkaitan dengan konsep green energ

Masuk Final...

Bismillahirahmanirrahim... Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang kerana berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan inovasi kreatif di MITC Melaka pada 13/14 haribulan 11. Diharap wakil pelajar sekolah terbabit dapat memberikan persembahan yang dapat memberikan hasil yang lebih baik lagi. Jika ada rezeki boleh jadi juara. Jika tidak, sudah memadai dengan memasuki pertandingan ini ke peringkat akhir. Alhamdulillah. Saya akan berada di MITC pada hari yang sama juga sebagai pemantau dan juga pembimbing kepada wakil pelajar ini semasa pertandingan tersebut berlangsung. Jadi marilah bersama-sama beramai-ramai untuk hadir di MITC Ayer Keruh, Melaka pada hari yang dinyatakan. Anda boleh lihat beberapa peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana ianya dianjurkan oleh MOSTI dan beberapa organisasi yang begitu terkenal dalam menjayakan pertandingan ini. Ianya terbuka kepada sekolah-sekolah rendah da

SPTA versi kedua

Kali ini saya ingin memberikan versi terkini litar sistem pembasuh tangan automatik yang telah dibuat ubahsuai untuk menjadikan litar ini mudah berfungsi. Ini kerana litar versi sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana ada yang cuba buat tidak berfungsi atau pun tidak menjadi. Tiada apa yang hendak saya selindungkan kerana rata-rata litar ini yang melebihi 10 unit telah dibuat dan berjaya. Alhamdulillah. Tetapi bagi memastikan ramai yang gembira, saya telah mereka semula litar yang nampak lebih mudah dan bilangan komponennya dikurangkan. Fungsinya tetap sama. Apa pun saya masih tidak menjamin litar ini berfungsi dengan baik serta-merta kepada sesiapa yang berminat untuk membinanya sendiri. Buat masa ini sudah 3 unit litar ini terbina walaupun litar ini baru saja diubahsuai. Apa yang perlu saya tekankan di sini adalah LED Ir dan photo diode. Seperti litar versi lama sebelum ini photo diode yang tidak sesuai menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi

IC 4017

Ramai tahu dan ada segelintir sahaja yang tidak mengetahui fungsi kegunaan IC CD4017 atau MC4017 atau 4017 sahaja. Jika ingin beli ic ini terutama di kedai elektronik seperti di Jalan Pasar Pudu, hanya sebut ic 4017 sahaja, tidak perlu sebut CD atau MC. Namun ada sesetengah kedai-kedai di kawasan yang kurang popular, perlu disebut sepenuhnya. Ada beberapa kedai (hampir semua) di Jalan Pasar Pudu jika kita meminta ic seperti MC4017, kita akan dapat ic CD4017. Jadi janganlah marah atau panic. Ianya sama sahaja melainkan anda benar-benar cerewet sangat dalam pemilihan barang. Jika anda ingin membina litar projek LED running light, ic ini adalah komponen utamanya selain beberapa komponen lain seperti ic pemasa 555 dan komponen pasif yang lain. IC 4017 ini merupakan ic counter atau divider yang mempunyai 10 keluaran (output). Pada litar projek running light, 10 LED disambung kepada terminal output ic. Oleh itu kerlipan secara berturutan akan kelihatan. Oleh itu secara maksimum keluaran