Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Banyak nak kena buat prototaip

Buat masa ini selain dari menjalankan tugasan menyiapkan beberapa projek tempahan, pada masa yang sama juga saya sudah mula sikit-sikit memikirkan persiapan untuk projek sete rusnya. Pada hal asal perancangan saya perlu siapkan beberapa kerja yang tertangguh sebelum ini. Tapi saya susah nak tidur malam memikirkan projek yang akan datang ini. Untuk elak dari masalah tersebut saya mulakan sikit sikit dulu sebagai pemanas badan. Nampak gayanya kali ini saya memerlukan pandangan dari anda semua mengenai pelbagai perkara. Semuanya berkaitan dengan pandangan aktiviti dan produk baru. Saya perlukan survey yang boleh menguatkan lagi permintaan terhadap produk tersebut. Cadangan untuk buat kelas online juga mungkin saya akan pertimbangkan dan minta pandangan dari anda juga. Jika ianya baik dan banyak baik dari keburukan, saya akan laksanakannya. Jika tidak, saya akan lupakan hasrat tersebut. Apa pun saya perlu bantu anda juga. Bagi yang ingin bekerjasama saya terima dengan tangan terbuka. Masak

Saya pun ada final project juga

Kalau student IPT ada final projectnya sendiri, saya pun ada juga. Tapi untuk saya punya lagi susah la berbanding projek kat IPT. Yang menilainya pun bukan calang orang. Semuanya terdiri dari golongan profesional. Apa pun semua itu lambat lagi. Sebab saya perlu banyak perkara yang mesti disiapkan sebagai persediaan. Kalau tak bersedia takut-takut tak tak jadi pula. Apa yang saya nak present kan tu? Ada la. Tapi benda tu tak la hebat mana pun cuma ianya boleh diketengahkan je. Tapi mungkin bagi orang lain mereka kata hebat. Tak tahu la nak kata. Benda-benda ni semua sudah lama saya fikirkan dan ada juga yang lambat sehinggakan orang lain sudah dapat dulu. Tapi tak mengapa. Rezeki masing-masing. Apa yang saya ada itulah yang akan saya tunjukkan. Jika dah dapat pada orang lain, tak mengapalah. Mungkin itu idea mereka dan kebetulan pula sama dengan idea saya. Mungkin juga idea saja yang sama tapi kaedahnya pula berbeza. Pada masa kini banyak individu dan organisasi sibuk memikirkan kaedah

MyENik kembali dari bercuti

Assalamualaikum. Salam selamat hari raya. Dan maaf zahir batin. Kini saya kembali bertugas setelah seminggu bercuti raya di kampung halaman. Alhamdulillah selamat rasanya raya tahun ni. Walaupun agak penat dan badan dah mula rasa tak berapa sihat. Agak-agaknya macam mana raya anda? Seronok atau pun tak? Harap-harap seronok la ye. Yang dapat duit raya tu, tahniah la saya ucapkan. Yang banyak bagi duit raya tu pun doa saya semoga anda akan memperolehi keberkatan hidup dan memperolehi rezeki yang melimpah ruah. Amin. Raya tahun ni saya agak sibuk dengan pelbagai persiapan raya. Maklumlah banyak kampung nak kena balik. Itu pun masih ada lagi tempat yang belum sampai. Insyaallah kalau ada masa akan sampai lah juga. Perancangan saya cuti raya ni nak buat beberapa kerja dan persiapan untuk MyEnik. Selain dari kain baju dibawa balik ke kampung, tidak ketinggal juga beberapa peralatan dan barang kerja MyEnik. Rancangan saya sebenarnya nak menyiapkan beberapa kerja yang banyak tidak selesai lagi