Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Hai kawan-kawan

Hai kawan-kawan semua dan juga para student baru dan lama. Dah lama sangat saya tak update blog ini seolah-olah tuannya sudah mati. Alhamdulillah saya kembali semula setelah melalui pelbagai pengalaman yang sangat menarik dan tidak lupa juga yang tidak menarik. Kini saya kembali untuk menjalankan semula blog ini dan seterusnya MyEnik. Sebelum ini saya amat sibuk dengan beberapa projek produk baru iaitu produk berasaskan elektronik seperti alarm rumah, alarm kereta dan beberapa alatan elektronik. Semua produk tersebut akan saya siarkan dalam blog ini pada masa akan datang. Apa yang saya ketahui pada masa kini ramai student yang ingin mencari maklumat mengenai projek elektronik. Oleh itu saya buka pintu untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan dan tidak kisah juga jika mempunyai masalah lama yang tidak kesampaian untuk diajukan. Saya buka semula. Untuk pertanyaan anda boleh e-mailkan ke myenik@ymail.com . Selain pertanyaan anda boleh ajukan komen membina, masalah dan juga cadangan