Aktiviti mencabar dan tercabar

Agak lama saya tidak update blog myenik setelah sekian lama saya sibuk dengan pelbagai urusan yang melibatkan projek myenik dan projek peribadi. Saya tidak lah banyak buat projek luar. Cuma banyak tertumpu kepada projek myenik saja. Pada waktu sekarang ini ramai rakan-rakan saya tergolong dari kalangan student inginkan khidmat nasihat untuk membuat projek. Itu sudah menjadi aktiviti setiap tahun. Bermula dari tubuhnya MyEnik ini, dari situlah ramai yang meminta khidmat nasihat untuk pelbagai masalah dan pandangan berkaitan dengan projek elektronik. Semua ini terjadi tanpa dirancang. Apa pun saya terpaksa memasukkan agenda tersebut sabagai salah satu aktiviti myenik.

Akibat sibuk dengan projek student, banyak urusan projek saya tergendala. Banyak juga projek dalam senarai saya. Itu tidak dicampur dengan myenik. Jika dicampur adukkan takut-takut saya tidak mampu untuk menguruskannya. Untuk permulaan ini agak kelam kabut sedikit kerana jadual yang fleksibel tanpa diduga.

Pernah juga ada beberapa rakan saya yang selalu kunjungi myenik bertanyakan soalan kepada saya. Mereka ingin lihat hasil rekaan atau rekacipta saya yang pernah saya buat. Mereka mahukan tengok hasil dari saya. Pada mula-mula myenik beroperasi, saya banyak menunjukkan hasil ciptaan saya di dalam web site myenik. Tetapi itu tidak lama kerana atas nasihat pihak tertentu saya dinasihatkan supaya tidak tunjukkannya kepada umum. Jadi ramai yang tidak sempat untuk melihatnya.

Apabila difikirkan ianya memang benar. Baru-baru ini saya pernah ke TPM (technology park malaysia) di Bukit Jalil untuk melihat peluang saya mengetengahkan rekaan rekacipta saya. Namun urusannya tergendala kerana banyak faktor. Saya hanya dapat mengetahui maklumat mengenai perkara tertentu sahaja. Sebab saya berjanji akan datang semula setelah saya bersedia.

Mengenai hasil rekaan, saya banyak melihat idea-idea dari student serata Malaysia mempunyai kualiti yang bagus. Tapi tidak semua. Namun begitu, hasil idea mereka ini boleh dijadikan harta interlek yang sangat berharga. Jadi terpulang kepada masing-masing untuk menguruskannya. Apabila kita sebut pasal rekacipta banyak yang memikirkan rekaan yang unik seperti robot dan seumpamanya. Bagi saya terpulang kepada pemikiran masing-masing. Saya banyak membuat pemerhatian mengenai idea-idea rekacipta ini. Paling rajin sekali kalau tengok tv rancangan yang berkaitan dengan idea-idea seperti new inventor, american inventor dan seumpamanya. Saya memikirkan bilakah lagi kita akan buat rancangan seperti itu di Malaysia? Kalau boleh memang saya nak buat rancangan seperti tu. Harap-harap adalah mana-mana pihak yang boleh buat rancangan seperti tu.

Pada masa sekarang ini pun sudah banyak alat yang direka untuk menjimatkan minyak kenderaan. Ada jenis alat mekanikal ada pula jenis elektronik. Untuk alat elektronik saya akan rekakan. Selain itu jika kawan-kawan ingin tahu, pada masa ini saya sedang membuat penyelidikan sendiri dan berusaha untuk menghasilkan satu alat penjana elektrik secara percuma. Insyaallah dalam tahun ini saya akan siapkan juga. Alat tu ada beberapa versi mengikut sumber pemindahan tenaga.

Kepada rakan-rakan yang suka dengan rekacipta, teruskan usaha. Apa pun tujuannya, buat yang terbaik.