Sensor keluar masuk

Sekali lagi saya menerangkan mengenai sensor keluar masuk dua arah yang menjadi litar paling hangat dalam permintaan. Litar projek ini sangat mudah untuk dibini hanya dengan berpandukan kepada diagram litar sahaja. Perlu diingat kepada penyambungan kaki kaki komponen yang dilihat pada diagram litar adakalanya boleh jadi lupa atau tidak perasan penyambungannya. Ini adalah pun yang menjadikan litar projek tidak menjadi disebabkan alasan-alasan tersebut.


Diagram litar boleh dilihat pada web site MyEnik pada ruangan litar. Ianya litar lama yang mana sebelum ini saya ada menyiarkannya. Tapi sebelum litar tersebut disiarkan, ada satu lagi litar yang sama fungsinya tetapi mengandungi bilangan komponen yang banyak dan merumitkan. Apabila keadaan semakin rumit, fungsi litar boleh menjadi 50-50. Adakalanya tidak berfungsi dengan baik. Untuk litar sensor keluar masuk ini, ia adalah litar yang terbaik dan fungsinya sangat menarik. Itu pun jika cara penyambungan komponen pada litar adalah tepat. Satu lagi perkara adalah setting yang baik. Jika tidak litar akan tidak berfungsi dengan betul.

Jika dilihat pada diagram litar, terdapat dua VR (perintang boleh laras). Fungsinya membuat pelarasan pada LDR (perintang peka cahaya) untuk kepekaannya. Ianya bergantung juga kepada sumber cahaya yang jatuh pada LDR. Jadi vr adalah komponen yang penting. Untuk memulakan kendalian litar projek, pastikan VR dilaras pada kedudukan tengah. Ianya tidak pada kedudukan maksimum atau pun minimum. Ini kerana pada logiknya, jika VR dilaras pada 0 Ohm, sekiranya LDR berada pada rintangan hampir pada 0 juga, akan berlaku litar pintas. Sekiranya berlaku, kemungkinan ada komponen yang rosak seperti IC.

Saya melakukan beberapa ujikaji dan beberapa kali IC mengalami kerosakan berpunca litar pintas dari VR dan LDR. Untuk VR, dapatkan yang bersaiz kecil atau jenis trimmer pot. Pastikan juga kesemua nilai komponen mengikuti tepat seperti pada diagram litar. Perubahan nilai juga akan menjadikan litar tidak berfungsi. Untuk sumber cahaya, anda boleh guna cahaya dari LED putih yang terang. Pastikan LED tersebut sentiasa menyala menghala kepada kedua-dua LDR. Kedudukan LDR perlulah rapat tidak lebih dari seinci. Suis pada litar digunakan untuk reset.

Jadi apakah fungsi litar ini? Banyak kegunaannya dari pelbagai sudut. Kalau nak guna untuk hidupkan alatan elektrik atau lampu bilik, litar ini boleh lakukan tugasnya. Atau pun untuk mengetahui sama ada pelanggan sudah keluar dari kedai atau ada tidak. Kelebihan litar ini ia boleh mengira orang keluar masuk. Selain itu juga jika anda boleh modify litar ini boleh disertakan dengan counter display. Jadi kita tahu berapa orang yang masuk dan berapa orang yang keluar dengan melihat pada LED display.