Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Kuasa magnet

Kehebatan kuasa magnet belum dapat dirungkaikan lagi sehingga sekarang. Malah tenaga yang dihasilkan juga memeningkan kepala para saintis seluruh dunia. Ianya amat misteri sehingga sekarang belum ada jawapan. Pelbagai teori terhasil berkenaan dengan kehebatan kuasa magnet. Magnet kekal boleh dijana mengikut kehendak hati. Manakala magnet sementara boleh dijana sesuka hati. Kehebatan magnet boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Malah setiap hari kita menggunakan tenaganya untuk apa juga aplikasi. Boleh menjana tenaga elektrik dan menjana tenaga-tenaga lain yang kita ketahui dan tidak ketahui. Magnet, elektromagnet menghasilkan satu bentuk atau corak tenaga. Pada masa sama menghasilkan gelombang. Jika dikaji mendalam ia boleh menghasilkan satu daya yang sifar yang kita tidak ketahui dan sukar untuk mencapainya. Jika ianya boleh dicapai sudah tentu tahap teknologi manusia di bumi ini sudah terlalu maju. Tetapi ia boleh mengganggu tahap daya tahan badan manusia dan juga alat elektrik yang

Free Energy bukan satu angan-angan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama menghilangkan diri sibuk dengan pelbagai tugasan, kerja dan projek luar membuatkan saya terpinggir dari blog ini. ramai yang bertanya ke mana saya menghilang. Malah ada yang tidak menghiraukan. Bagi saya tidak perlu untuk dirisaukan. Saya melalui banyak tugas dan kerja yang berkaitan dan tidak berkaitan langsung dengan kerjaya saya sekarang. Tetapi semua ini saya jadikan satu titik rujukan dan pedoman untuk masa hadapan. Sebelum ini saya dan rakan sejawat pernah memikirkan untuk menghasilkan satu produk dan idea free energy. Ianya sudah lama difikirkan dan di perbincangkan. Malah ianya diperdebatkan kerana istilah free energy membuatkan pelbagai persoalan timbul. Bagi saya ianya tiada masalah timbul sehinggakan ada yang rasa ragu-ragu dengan istilah tersebut. Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang lain ahli pintar dalam bidang rekacipta iaitu Brader Sham Hydrogen yang mempunyai idea untuk produknya tersendiri. Namun pemikiran

Selamat menyambut ramadhan

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Kepada yang bertanya khabaran saya, saya sihat dan agak sibuk dengan kerja-kerja yang tidak kena-mengena dengan myenik atau seumpamanya. Namun begitu saya mempunyai masa sedikit untuk menumpukan kepada myenik dan beberapa projek elektronik. Terima kasih kepada anda yang bertanya khabar dan ada juga yang bertanya ke mana saya pergi sebab sudah lama tidak update blog myenik ini. Tambahan pula laman web myenik juga sudah tiada lagi buat sementara waktu. Kemunculan saya adalah untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga anda semua dapat mengharungi Ramadhan ini dengan hati yang gembira dan semoga Allah memberikan Rahmat dan kebaikan kepada kita. Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Nilaian unit kapasitor

Untuk mengetahui nilai kapasitor pada komponen kepasitor adalah dengan membaca tulisan pada komponen tersebut. Tidak seperti perintang yang mewakili warna kod tertentu untuk nilai rintangan tertentu. Bagi kod transistor ia tertera pada badan transistor tersebut. Begitu juga dengan IC. Membaca nilai kapasitor adalah mudah jika kita tahu teknik membacanya. Sama juga dengan kod warna perintang. Pada senarai di bawah ini anda boleh cuba lihat nilai- nilai seperti mikro Farad, nano Farad dan piko Farad. Ketiga-tiga nilai ini sebenarnya sama jika dilihat pada perbezaan titik permuluhannya. Pada penghujungnya adalah kod yang tertera pada komponen. Contohnya seperti 1µF, kod yang tertera pada komponen adalah 104. Jika anda sukar memahami pengiraan untuk membaca nilai kapasitor, anda hanya perlu ingat ini di dalam kepala. Di bawah ini adalah senarai yang biasa digunakan. Untuk nilai yang lain jika tiada terdapat di dalam contoh di bawah ini, anda hanya cari bilangan digit yang sama. Contohnya

Pengesan Logam

Untuk menghasilkan pengesan logam memerlukan setting yang betul betul dan juga paling penting sekali adalah lilitan gegelung yang memerlukan pengiraan yang betul. Selain itu komponen lain juga perlu diikuti dengan betul-betul. Apabila dikatakan dengan projek pengesan logam, ianya berkaitan dengan frekuensi. Jika di lab mempunyai osiloskop, bolehlah dilihat bentuk gelombang pada gegelung yang memancar dan juga yang menerima. Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan. Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat.

Sensor pengukur tahap air

Saya ada menerima beberapa permintaan untuk membuat projek pengukur paras air sejak dari dua tahun dahulu sehingga sekarang. Litar yang digunakan adalah satu sahaja dan ianya dihasilkan dengan beberapa versi mengikut kegunaan. Seperti litar-litar yang biasa digunakan ia memerlukan sensor yang boleh mengukur dan menentukan paras air yang hendak diukur. Sensor yang paling mudah adalah dua batang mengalir yang di masukkan ke dalam air yang hendak diukur. Kedudukan batang pengalir tersebut perlu disusun dengan ukuran tertentu bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada proses pengukuran tersebut. Manakala litar yang digunakan adalah ringkas dan mudah sekali dibina. Ianya semudah menggunakan satu transistor sahaja. Manakala litar yang agak rumit pula menggunakan satu IC 14 kaki dan beberpaa kompnen lain yang menampakan litar tersebut kompleks. Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur m

Jadual yang padat

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kembali saya sekali lagi setelah lama tidak update blog ini. Buat pengetahuan member semua saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara di lab dan juga di luar lab. Begitu juga dengan hal-hal luaran yang perlu saya selesaikan. Oleh itu jadual saya terlalu padat sehinggakan saya sangat jarang dan tiada masa yang lama di online. Untuk masa akan datang ini juga saya belum boleh pastikan lagi saya mempunyai masa secukupnya untuk blog Myenik ini. Begitu juga dengan laman web MyEnik yang sudah tidak beroperasi lagi untuk sementara waktu (belum tahu lagi bila waktunya) atas sebab-sebab tertentu seperti waktu rehat untuk myenik dan juga sedang membuat persediaan projek akan datang. Perjalan agak perlahan kerana saya perlu uruskan beberapa urusan lain lagi. Walaubagaimana pun kepada member-member hanya perlu lawati blog MyEnik ini sahaja untuk dapatkan maklumat-maklumat dan juga info kegiatan saya. Selain MyEnik member boleh menjenguk terus ke blog peribadi sa

Transformer

Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja. Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti: power transformer output transformer driver transformer IF transformer Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan

IC Pengatur Voltan

Dalam litar bekalan kuasa terdapat beberapa bahagian yang perlu dan tidak perlu diketahui. Satu unit bekalan kuasa mengandungi bahagian masukan sehinggalah ke bahagian keluaran. Seperti yang kita ketahui, pada bahagian masukan terdiri dari satu unit transformer dan satu unit litar penerus voltan. Maknanya voltan yang masuk sudah tentulah voltan AC dari sumber bekalan AC plug 3 pin. Kemudian voltan akan melalui transformer untuk menurunkan jumlah voltan seperti 12V, 9V, 5V dan sebaginya. Nilai voltan yang telah diturunkan masih lagi voltan AC. Oleh itu unit penerus voltan diperlukan untuk menukarkan AC kepada DC. Selepas unit litar penerus, voltan telah bertukar menjadi DC. Namun begitu untuk menjadikan lebih sempurna, kita perlukan satu unit litar pengatur voltan. Ia bertujuan untuk mengatur voltan menjadi stabil dan lebih tulen. Antara litar yang mudah dibina adalah litar pengatur voltan yang terdiri daripada IC pengatur voltan 78XX. IC 78XX adalah IC pengatur voltan untuk volt

Tempoh tamat hari ini

Hari ini adalah hari terakhir Pakej e-book Elektronik berada di MyEnik. Mulai esok pakej e-book itu tidak akan dijual lagi. Begitu juga dengan tawaran untuk menjadi ahli kelab Rekacipta Elektronik MyEnik melalui pembelian e-book pakej tersebut. Kelab Rekacipta Elektronik MyEnik akan dilancarkan dalam 2 -3 hari lagi. Dengan kelebihan yang ada melalui kelab ini, saya boleh tumpu perhatian kepada ahli-ahli yang berdaftar. Jadi, ruangan yang seperti diminta telah saya sediakan. Oleh itu terpulang pada anda untuk menggunakannya dan mengambil peluang. Terima kasih.

Ulang tahun yang ke-4

MyEnik telah berusia 4 tahun pada bulan ini dan menyambut usianya dengan pelbagai program akan dilaksanakan. Pada usia 4 tahun kini, MyEnik melalui banyak pengalaman pahit dan manis sehinggakan MyEnik telah melangkah setapak lagi untuk bersaing dalam satu arena dunia elektronik. Bagi MyEnik ianya satu permulaan. Perjalanan masih jauh dan apa yang berlaku sebelum ini dijadikan iktibar atau sandaran pada kenangan (macam nama lagu pulak). Dengan ulang tahun yang ke-4 ini Myenik telah memberikan tawaran harga produk paling hebat setakat ini dan setiap pembeli secara automatik didaftarkan dalam forum rekacipta elektronik atau sebenarnya adalah kelab rekacipta elektronik MyEnik. Di dalam kelab ini disediakan ruangan pertanyaan dan ruangan belajar asas elektronik secara lebih dekat lagi. Memandangkan terlalu ramai yang berminat dan setiap hari menerima banyak email pertanyaan (sampaikan saya pun susah nak kawal), oleh itu saya tubuhkan kelab rekacipta elektronik MyEnik. Terdapat yuran pen

Tawaran Harga e-book

MyEnik menawarkan harga runtuh untuk e-book Pakej Elektronik (sila ke link sini) sempena ulang tahun yang ke-4 pada pertengahan bulan ini. Dengan penawaran ini, ianya adalah sementara sahaja dan anda perlu rebut peluang ini kerana harga asal mungkin akan dinaikkan selepas tarikh luput tawaran. Atau kemungkinan e-book pakej ini akan diberhentikan penjualannya atas sebab tertentu seperti yang dinyatakan dalam web site MyEnik. Rebut peluang ini untuk memilki pakej e-book ini pada harga RM10 sahaja. Ke sini

Sistem bekalan kuasa

Untuk sebarang penggunaan litar bekalan kuasa memerlukan beberapa komponen penting bagi menjadikan satu satu bahagian pada litar berfungsi dengan betul. Jika kita inginkan satu litar bekalan kuasa pada voltan tertentu seperti 12 volt atau 9 volt, pastinya ianya adalah voltan DC. Tiada gunanya voltan AC kerana hanya alatan elektrik sahaja memerlukan voltan AC. Tetapi ianya masih menggunakan voltan DC yang telah ditukar dari voltan AC. Voltan DC adalah voltan terus dan Voltan AC adalah voltan ulang alik. Kedua-duanya berbeza tetapi kedua-dua sifat ini boleh bertukar menjadi satu sama lain. Jika DC ditemui oleh Thomas Edison, AC pula diperkenalkan oleh Nikola Tesla. Itu termaktub dalam sejarah secara formalnya. Tetapi sebenarnya kita tidak ketahui peneroka asal kedua-dua unsur tersebut sedangkan pada zaman piramid pun penggunaan mentol lampu dan bateri DC telah digunakan. Untuk menghasilkan voltan DC dari voltan AC (dari soket dinding rumah 240VAC) memerlukan litar pnerus dan litar pengat

Komponen yang boleh meletup

Terdapat beberapa komponen elektronik yang boleh meletup disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut mungkin kita sedari atau pun tidak. Jadi berhati-hati dengan pemasangan komponen elektronik agar biarlah betul dan selamat. Namun begitu tidak semua komponen elektronik boleh meletup. Meletup bukanlah gambaran seperti satu letupan yang kuat seperti mercun atau pun bom. Letupan pada komponen tidak kuat dan tidak membahayakan. Itu pun tengok pada keadaan. Bunyi letupan seperti satu tepukan tangan yang sederhana kuatnya. Dan bukan seperti bunyi letupan bom dan seumpamanya. Jika sebegitu, saya juga tidak berani meneruskan bidang elektronik ini. Pengalaman saya pada komponen meletup ini sudah banyak kali dan adakalanya sampai kena renjatan elektrik. Sampai sekarang fobia. Antara komponen elektronik yang paling banyak meletup adalah kapasitor, kemudian transistor dan perintang yang melebihi 2Watt. Komponen yang lain juga ada meletup juga tapi terlalu sedikit kesnya. Jika pemasanga

Ajak berbincang

Untuk minggu ini dan masa yang terhad ini sahaja saya offer kepada sesiapa yang inginkan perbincangan mengenai permasalahan elektronik atau yang berkaitan. Caranya, sila ke laman web MyEnik di www.myenik.com dan klik pada bahagian pertanyaan atau hubungi. Guna borang pertanyaan yang disediakan. Masukan maklumat yang dinyatakan dan masukkan masalah yang ingin dibincangkan. Hantarkan borang tersebut dengan klik pada butang hantar. Borang yang saya terima kemudian saya akan balas dengan disertakan maklumat selanjutnya seperti waktu dan bagaimana perbincangan dibuat. Guna peluang ini kerana ianya terhad sementara akan sampai waktu kemuncak saya. Terima kasih.

Sensor keluar masuk

Sekali lagi saya menerangkan mengenai sensor keluar masuk dua arah yang menjadi litar paling hangat dalam permintaan. Litar projek ini sangat mudah untuk dibini hanya dengan berpandukan kepada diagram litar sahaja. Perlu diingat kepada penyambungan kaki kaki komponen yang dilihat pada diagram litar adakalanya boleh jadi lupa atau tidak perasan penyambungannya. Ini adalah pun yang menjadikan litar projek tidak menjadi disebabkan alasan-alasan tersebut. Diagram litar boleh dilihat pada web site MyEnik pada ruangan litar. Ianya litar lama yang mana sebelum ini saya ada menyiarkannya. Tapi sebelum litar tersebut disiarkan, ada satu lagi litar yang sama fungsinya tetapi mengandungi bilangan komponen yang banyak dan merumitkan. Apabila keadaan semakin rumit, fungsi litar boleh menjadi 50-50. Adakalanya tidak berfungsi dengan baik. Untuk litar sensor keluar masuk ini, ia adalah litar yang terbaik dan fungsinya sangat menarik. Itu pun jika cara penyambungan komponen pada litar adalah tepat. Sa

PROKIT diperkenalkan

Satu lagi produk baru MyEnik diperkenalkan. Sila ke SINI untuk lihat produk projek kit tersebut. Ia diberikan nama PROKIT. Buat masa ini hanya 18 jenis PROKIT diperkenalkan dan ada menanti beberapa PROKIT baru yang akan dikeluarkan. Sila ke link ini untuk lihat kesemua PROKIT dan sila berikan cadangan dan pendapat mengenai kesemua produk tersebut. Penghasilkan PROKIT ini adalah dari idea anda yang tidak putus memberi pendapat dan cadangan kepada MyEnik. Buat makluman semua, PROKIT adalah projek kit elektronik yang menggunakan veroboard sahaja. Anda tahu apa itu veroboard kan? Veroboard dan stripboard sama je.  Untuk projek kit yang guna PCB, MyEnik tidak bercadang untuk menghasilkannya. Ini kerana dengan menggunakan veroboard, pada masa yang sama kita boleh mempelajari cara pemasangan projek bermula dari awal. Apabila sudah mahir menggunakan veroboard, beralih kepada PCB sudah tidak menjadi masalah lagi. Sila ke sini atau pergi terus ke web site MyEnik.

Antara EMF detector dan MtD

Jika ada masa terluang saya akan sambung ujikaji saya terhadap satu lagi litar yang berkaitan dengan frekuensi. Frekuensi yang terpilih adalah seperti elektromagnet dan frekuensi gelombang mikro. Saya membuat sedikit ujian terhadap kehadiran gelombang frekuensi telefon dan juga mikrowave yang mana lebih kuat tahap pembebasannya melalui satu alat yang saya rekakan. Alat tersebut pada mulanya menggunakan satu coil kecil yang siap dan boleh dibeli di kedai komponen. Tetapi apa pun tahap kepekaan penerimaanya tidak kuat seperti yang saya harapkan. Oleh itu saya guna coil yang lebih besar dan dibina sendiri. Kos pembinaan agak besar sedikit kerana menggunakan lilitan wayar tembaga bersalut. Tambahan pula diameter dan bilangan lilitan juga perlu dijaga dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang dikehendaki. Jelas terbukti hasilnya sangat memuaskan kerana beberapa alat elektrik boleh dikesan melalui kaedah ini seperti mikrowave, laptop dan handphone. Namun tidak semua alatan elektrik menghasilka

Pengujian semula

Baru-baru ini saya menghabiskan masa dengan menguji berkali-kali litar pengukur jarak dengan membuat perbandingan antara diodfoto dengan transistor foto. Pengujian dilakukan mengikut jenis-jenis sensor dan pemerhatian dibuat dengan membanding tahap sensitiviti sensor. Ternyata sekali memang ada perbezaan ketara dan setiap sensor mempunyai tahap kepekaannya tersendiri. Jadi selepas ini jika ada diagram litar yang menunjukkan penggunaan fotodiod atau sensor infrared, berhati-hati dengan sensor tersebut kerana tahap kepekaan yang berbeza. Ini terbukti setelah ujian dilakukan pada beberapa litar projek baru-baru ini dan juga beberapa tahun sebelum ini. Memang ada bezanya kerana terdapat satu litar yang sesuai dengan sensor tertentu dan tidak pada sensor lain. Jika ditukar sensornya litar tidak berfungsi dengan baik walaupun litar amplifier ditambah atau pun pelarasan kepekaan dibuat ke tahap maksimum. Namun disebalik semua proses yang dilakukan, sensor-sensor yang ada mempunyai kelemahan p

Veroboard bukan untuk semua

Penggunaan verboard bukan untuk semua litar projek dan bukan semua sesuai litar projek boleh dipasang di atas veroboard atau stripboard. Litar projek seperti running light, siren, sensor infrared, power supply kecil dan seumpanya. Tapi litar projek seperti pemancar fm, projek radio frekuensi, metal detector, pengesan gelombang dan seumpanya tidak boleh menggunakan veroboard. Kenapa yek? Susah nak terangkan tapi ikut logik semua boleh faham. Jika dilihat pada bawah veroboard terdapat barisan laluan litar yang tersusun rapi dan rapat-rapat. Jadi jika mengikut hukum arus elektrik, setiap pengaliran arus elektrik terdapatnya kesah aruhan pengaliran. jadi gangguan pasti berlaku pada komponen-komponen elektronik. Tanpa disedari gangguan tersebut tidak terjadi pada litar projek yang tidak melibatkan penghasilan gelombang frekuensi seperti running light atau seumpamanya. Litar pemancar fm menggunakan gegelung (coil). Jika dipasang pada veroboard gangguan akan berlaku pada laluan litar. Tapi ji

Cari kreatifiti kita

Satu sebab saya menghuraikan mengenai kreatifiti dan juga tujuan koleksi litar terdapat dalam web site myenik kerana terpanggil oleh beberapa persoalan mengenai teknik menghasilkan satu rekaan litar projek baru mengikut idea yang telah difikirkan. memang agak sukar bagi mereka yang pertama kalinya mencuba untuk menghasilkan satu rekaan litar projek sendiri. Bagitu juga pada saya, untuk permulaannya memang sukar. Tambahan pula tiada guru yang boleh mengajar rekacipta dengan terperinci sekali. malinkan saya perlu belajar sendiri, cuba sendiri, merasainya sendiri dan menghadapi kegagalan berulang kali. Jika kita litar pada beberapa senarai litar projek yang saya tunjukkan dalam web site MyEnik, hanya beberapa sahaja diagram litar yang saya tunjukkan. Walaupun saya mempunyai beratus-ratus diagram litar projek dalam sismpanan saya. Jadi kenapa hanya sedikit sahaja diagram litar projek yang ditunjukkan? Sebenarnya terdapat banyak sekali diagram litar projek boleh dicari dalam internet dan te

Rekaan terkini setiap masa

Pada kali ini saya banyak luangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang banyak sangat diajukan di dalam e-mail baru MyEnik. Masa yang diperuntukkan juga terpaksa dilebihkan demi membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Namun begitu terdapat juga rakan-rakan lama yang pernah berurusan dengan MyEnik sebelum MyEnik pernah mengalami zaman kejatuhan yang sangat teruk sekali. Selepas MyEnik naik kembali dan merangka semula pengurusan buat beberapa kali ini, banyak tugasan yang diperolehi. Jadi masa juga perlu bijak dibahagikan dengan sempurna. Apa pun saya hanya mampu merancang. Penyusunan semula produk Myenik dan juga penghantaran produk yang lepas-lepas juga sedang dijalankan seperti biasa dan proses ini baru bermula hampir seminggu sehinggalah tiada outstanding lagi. Pada masa yang sama juga saya menjalankan R&D sekali lagi setelah meninggalkannya disebabkan projek-projek tertentu yang perlu dilakukan. Baru-baru ini saya menemui seorang rakan baru yang mempunyai idea rekacipta

Upgrade versi terbaru

Ramai yang mengetahui projek sistem pembasuh tangan automatik mengguna 3 litar projek yang sama. Litar tersebut adalah litar projek pengesan objek infrared. Litar tersebut saya rekakan khas untuk student dari... ala.. lupa pulak. Sebab dah lama dah litar tersebut dibuat dan ianya menjadi litar pilihan setiap tahun kecuali tahun lepas dan tahun ini. Sebabnya saya dah tak siarkan kepada umum. Bukan sebab tak ok tapi sebab saya sudah rekakan versi terbaru yang lebih mantap. Jika dilihat pada gambar, itu adalah prototaip sahaja, sebagai projek ujian dan R&D saya beberapa minggu. Tujuan saya upgrade projek ni sebab ianya sebahagian dari produk terbaru saya (boleh lihat di blog produkreatif) pada masa akan datang. Selain itu juga saya bercadang untuk buka peluang kepada student yang berminat untuk menyambung kembali tradisi membina litar projek ini. Ia akan jadi sistem pembasuh tangan versi 2009. Jika dilihat pada video, itu adalah sebahagian dari kerja R&D saya untuk litar ini. Jadi

Bekalan kuasa ringkas

Dalam setiap litar projek atau apa saja litar elektronik, sistem bekalan kuasa adalah penting. Jika tiada, litar tidak akan berfungsi. Bergantung kepada kita juga yang tentukan samada ingin membuat satu litar bekalan kuasa ringkas atau pun yang lebih canggih dengan jumlah komponen yang banyak dan pelik-pelik. Ianya sama sahaja cuma beza dari segi kualiti keluaran yang dihasilkan. Litar bekalan kuasa penting jika litar projek kita tidak menggunakan bateri dan menggunakan sumber kuasa seperti dari transformer. Seperti yang kita ketahui, sumber kuasa dari transformer adalah arus ulang alik (AC). Manakala untuk menghidupkan sesebuah litar memerlukan voltan terus (DC). Oleh itu litar bekalan kuasa yang terdiri dari litar penerus dan litar pengatur voltan diperlukan.  Andaikata, satu litar projek menggunakan voltan 5 volt untuk beroperasi. Pada masa tersebut kita mempunyai unit bekalan kuasa tetap 12 volt dan satu bateri 9 volt. Jadi bagaimana untuk kita dapatkan sumber kuasa 5 volt? Adakah

Kursus Asas Rekacipta Elektronik

Setelah dipertimbangkan beberapa kali dan ramai juga yang menghantar email supaya diadakan kursus untuk rekacipta elektronik. Pada mulanya saya fikirkan untuk membuat kursus asas elektronik tetapi tajuknya terlalu formal dan sudah biasa didengari. Saya dan beberapa rakan kumpulan sudah berbincang mengenai perancangan ini dari tahun lepas tetapi saya banyak menolak idea ini dan berhasrat untuk menghasilkan buku dan modul pembelajaran sahaja. Baru-baru ini saya terpaksa akur dan bersetuju setelah memikirkan silibus dan topik kursus didalam seminar kursus itu nanti. Ada beberapa email yang saya terima meminta saya untuk membuat kelas belajar elektronik tetapi jawapan saya adalah 'cadangan anda akan dipertimbangkan'. Dari perbincangan yang telah dijalankan, saya berhasrat untuk membuat satu kursus Asas Rekacipta Elektronik yang pertama dengan motonya menjana pendapatan lumayan melalui rekacipta. Selain dari belajar cara-cara mudah untuk menghasilkan satu rekacipta elektronik, saya

Simbol asas elektronik

Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka. Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya. Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang i

Cadangan dari pelawat...

Saya menerima banyak e-mail yang menanyakan pelbagai soalan sama ada yang susah nak jawab dan yang biasa-biasa sahaja. Namun semua persoalan tersebut saya jawab mengikut giliran. Lagi pula ada beberapa e-mail mengandungi soalan yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Dan ada juga email yang sama menghantar beberapa soalan  sekali hantar. Semuanya saya jawabkan jika saya tahu. Jika saya tak mampu untuk menjawabnya saya akan katakan saya tahu setakat yang termampu sahaja. Sebabnya ada juga soalan yang luar dari bidang saya seperti mesin atau enjin. Sikit-sikit tu tahu la juga, cuma bukan dalam kepakaran saya. Majoriti soalan berkisarkan dengan projek elektronik dan juga litar projek. Apa pun ada masanya saya buntu juga bagaimana untuk membuat satu ruangan khas bagi mereka mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yang dicari. Dahulunya saya pernah buatkan satu ruangan khas tetapi kurang pengunjung malah ruangan tersebut tidak disedari oleh kebanyakan pelawat yang masuk. Insyaa

Kegunaan transistor sebagai suis

Kebanyakan litar elektronik yang simple menggunakan relay sebagai suis perantaraan kepada litar luaran yang lain seperti menghidupkan metol 240VAC atau menghidupkan peralatan elektrik. Relay jugalah yang menjadi komponen paling sesuai untuk tugasan tersebut. Manakala komponen lain yang berkaitan seperti SCR atau Triac dan seumpamanya kurang mendapat sambut dari segi penggunaanya kecuali untuk kes-kes tertentu seperti menjimatkan ruang dan mengurangkan berat. Namum begitu relay perlukan komponen lain untuk menghidupkannya. komponen yang sesuai untuk digandingkan adalah transistor. Ya... transistorlah jawapannya. Jika satu-satu litar elektronik atau pun litar projek kit mempunyai keluarannya sekadar nyalaan LED atau bunyi pada speaker, ianya boleh ditukar kepada penggunaan relay sebagai suis. Seperti litar aktif gelap atau litar penggera air dan seumpamanya yang menggunakan komponen selain relay seperti LED atau speaker, dengan menggunakan litar tambahan, relay boleh digunakan.  Ianya be

Surihan veroboard

Sebelum tu saya banyak terlupa untuk memberitahu. Surihan di atas veroboard sebenarnya satu rujukan paling mudah untuk membina projek sebenar di atas veroboard. Nmun begitu panduan seperti tracking yang perlu dipotong adalah penting bagi mengasingkan laluan sambungan di antara komponen. Di bawah ini saya tunjukkan imej yang perlu diketahui berkaitan dengan surihan veroboard. Kotak kecil yang ada dot itu adalah tanda yang menunjukkan track veroboard dipotong. Kemudian vr jenis trimmer pot. Untuk vr yang bersaiz besar biasanya rajah menunjukkan penyambungan wayar sahaja. Untuk diagram seterusnya jika terdapat mana-mana komponen yang agak pelik, saya akan beri sedikit penerangan beserta dengan imej yang sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.

Litar penghalau nyamuk

Walaupun litar ini mampu untuk menghindarkan nyamuk tetapi saya tetap guna ubat nyamuk yang mengeluarkan asap dan yang menggunakan tenaga elektrik. Tapi tidaklah saya anggap litar ini tidak bermakna apa-apa buat saya. Masa umur saya belasan satun dulu, saya selalu juga pergi ke kebun getah, tolong mak cik toreh getah. Jadi di kebun getah memang ramai tahu memang ada banyak nyamuk yang suka mengganggu orang macam saya ni yang tidaklah sepenuh masa pergi ke kebun. Hanya masa cuti sekolah bila balik kampung saja rasa rajin nak ke kebun. Biasanya orang akan guna ubat nyamuk yang keluar asap tu. Dengan cara tersebut nyamuk kurang mengganggu. Oleh itu saya terfikir untuk guna cara lain. Salah satu caranya adalah guna litar projek penghalau nyamuk elektronik. Memang masa tu gila sangat dengan rekacipta elektronik. Jadi idea mencurah-curah tapi tak tahu saluran yang betul masa tu. Bila dah siap, jadi masa untuk test. Masa test tak nampak macam menjadi sangat pun sebab mungkin ada berlaku kesil

Offer percuma

Untuk permulaan ini sebab badan sudah rasa agak sihat sikit berbanding sebelum ini. Untuk itu saya offer kepada semua yang berminat untuk meminta apa saja diagram litar elektronik. Ya... apa saja. Tapi ada syarat la pulak. Syaratnya seperti: - Jangan minta diagram litar TV atau Radio (susah tu saya nak lakar atas veroboard) - Tidak kepada litar yang merbahaya seperti taser, timer bomb, pengganggu siaran tv/radio dan seumpamanya - Bukan diagram litar yang rumit dan banyak komponen seperti litar komputer - Hanya dibenarkan litar projek elektronik yang mudah seperti litar sensor (apa-apa sensor), litar power supply, inverter, converter, yang guna LED, yang guna relay, yang guna dc motor dan seumpamanya. - Bukan litar PIC Semua tawaran ini bermula sekarang (3/3/09) sehingga saya penat. Caranya mudah, hanya pergi ke komen post ini dan mintalah diagram litar yang anda mahu saya siarkan. Insyaallah jika permintaan tersebut masuk akal, saya akan siarkan secara percuma. Buat kebajikan sikit. Ok

Apa pendapat anda?

Apa pendapat anda tentang apa yang saya nak buat ini? Oklah... pada kali ini saya akan tunjukkan satu contoh diagram litar projek yang simple je tapi saya sertakan sekali dengan surihan pada atas veroboard atau stripboard. Agak susah sikit untuk pasang komponen di atas veroboard atau stripboard ini sebab atas beberapa faktor yang perlu dilakukan. Namun begitu bagi anda yang dah biasa guna veroboard ini, petik jari jekan. Penggunaan veroboard ini agak meluas kegunaannya selain dari penggunaan PCB atau papan litar bercetak. Memang benar penggunaan PCB juga tidak boleh diambil mudah juga dan ianya juga menampakkan hasil yang lebih kemas. Namun begitu, veroboard juga boleh jadi lebih menarik dan sangat kemas jika kita tahu menyusun dan menggunakannya. Asal pembelajaran saya dalam bidang elektronik ini banyak menggunakan veroboard untuk membuat latihan pematerian dan juga membuat projek tertentu. Kemudian saya beralih pula pada PCB. Apa pun yang kita tahu, untuk menghasilkan PCB memerlukan

Hai kawan-kawan

Hai kawan-kawan semua dan juga para student baru dan lama. Dah lama sangat saya tak update blog ini seolah-olah tuannya sudah mati. Alhamdulillah saya kembali semula setelah melalui pelbagai pengalaman yang sangat menarik dan tidak lupa juga yang tidak menarik. Kini saya kembali untuk menjalankan semula blog ini dan seterusnya MyEnik. Sebelum ini saya amat sibuk dengan beberapa projek produk baru iaitu produk berasaskan elektronik seperti alarm rumah, alarm kereta dan beberapa alatan elektronik. Semua produk tersebut akan saya siarkan dalam blog ini pada masa akan datang. Apa yang saya ketahui pada masa kini ramai student yang ingin mencari maklumat mengenai projek elektronik. Oleh itu saya buka pintu untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan dan tidak kisah juga jika mempunyai masalah lama yang tidak kesampaian untuk diajukan. Saya buka semula. Untuk pertanyaan anda boleh e-mailkan ke myenik@ymail.com . Selain pertanyaan anda boleh ajukan komen membina, masalah dan juga cadangan

Tiada Pembelian Atau Tempahan

Buat masa ini MyEnik menangguhkan segala pembelian dan juga tempahan untuk tempoh masa yang tidak diketahui bila akan diberitahu. Masalah ini berhubung dengan masalah akaun bank yang telah diceroboh semenjak 3 bulan lalu dan masih dalam siasatan. Segala masalah ini akan diperbaiki secepat mungkin sehingga waktu yang akan diberitahu. Tiada pembayaran akan diterima lagi melalui akaun bank selain dari pembayaran hand by hand atau melalui cek/pos. Masalah akaun bank ini juga melibatkan juga dengan akaun e-mail dan juga akaun hosting web site MyEnik yang telah dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan itu MyEnik telah menanggung pelbagai masalah yang melibatkan teknikal dan sebagainya. Buat masa ini MyEnik bergerak seperti biasa melalui blog sahaja dan tidak pada web site rasmi MyEnik (www.myenik.com) dan juga aktiviti pembelian dan tempahan yang terpaksa ditangguh urusan. Namun segala masalah ini Insyaallah akan kembali seperti biasa tetapi tidak diketahui masanya. Masa

Proses mereka inverter untuk kenderaan

Pada masa sekarang ini terdapat banyak produk inverter untuk kederaan di pasaran. Semuanya mempunyai fungsi untuk kegunaan tertentu yang telah ditetapkan. Sebelum ini juga saya pernah membbuat dan mereka satu projek kincir angin yang boleh menjana voltan yang boleh menghidupkan lampu. Idea yang saya gunakan adalah menggunakan dinamo basikal sahaja dan ianya hanya boleh menghasilkan 12 volt sahaja. Itu pun jika pusingan dinamo laju dan bukannya perlahan. Untuk itu saya reka satu litar inverter yang mampu menaikkan voltan kecil kepada satu nilai voltan yang besar. Apa yang berlaku memang boleh menjadi tetapi tidak seperti yang diharapkan. Voltan naik dengan tinggi tetapi arus tidak mencukupi untuk menghidupkan satu mentol 12 V. Jalan penyelesaian adalah menggunakan transformer yang betul yang mampu untuk menghasilkan arus yang besar dan mampu untuk menghidupkan mentol.