Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Masuk Final...

Bismillahirahmanirrahim... Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang kerana berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan inovasi kreatif di MITC Melaka pada 13/14 haribulan 11. Diharap wakil pelajar sekolah terbabit dapat memberikan persembahan yang dapat memberikan hasil yang lebih baik lagi. Jika ada rezeki boleh jadi juara. Jika tidak, sudah memadai dengan memasuki pertandingan ini ke peringkat akhir. Alhamdulillah. Saya akan berada di MITC pada hari yang sama juga sebagai pemantau dan juga pembimbing kepada wakil pelajar ini semasa pertandingan tersebut berlangsung. Jadi marilah bersama-sama beramai-ramai untuk hadir di MITC Ayer Keruh, Melaka pada hari yang dinyatakan. Anda boleh lihat beberapa peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana ianya dianjurkan oleh MOSTI dan beberapa organisasi yang begitu terkenal dalam menjayakan pertandingan ini. Ianya terbuka kepada sekolah-sekolah rendah da

SPTA versi kedua

Kali ini saya ingin memberikan versi terkini litar sistem pembasuh tangan automatik yang telah dibuat ubahsuai untuk menjadikan litar ini mudah berfungsi. Ini kerana litar versi sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana ada yang cuba buat tidak berfungsi atau pun tidak menjadi. Tiada apa yang hendak saya selindungkan kerana rata-rata litar ini yang melebihi 10 unit telah dibuat dan berjaya. Alhamdulillah. Tetapi bagi memastikan ramai yang gembira, saya telah mereka semula litar yang nampak lebih mudah dan bilangan komponennya dikurangkan. Fungsinya tetap sama. Apa pun saya masih tidak menjamin litar ini berfungsi dengan baik serta-merta kepada sesiapa yang berminat untuk membinanya sendiri. Buat masa ini sudah 3 unit litar ini terbina walaupun litar ini baru saja diubahsuai. Apa yang perlu saya tekankan di sini adalah LED Ir dan photo diode. Seperti litar versi lama sebelum ini photo diode yang tidak sesuai menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi