Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan.
Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat. Tapi sebelum itu pastikan kedua-dua gelung ini berhasil dan diuji fungsinya. Nilai kapasitor dan juga bilangan lilitan gegelung menentukan keberkesanan litar. Manakala gegelung juga perlu ikut diameter dan juga saiz tembaga tersebut.
Bagi litar yang menggunakan satu gegelung, hablur digunakan atau satu gegelung gandingan diperlukan. Gegelung gandingan tidak perlu dibuat kerana ianya siap untuk dibeli di kedai. Satu cabaran untuk hasilkan litar ini kerana gangungan frekuensi mungkin berlaku hanya dengan sedikit perubahan komponen dan juga susunnya.
Projek ini dibuat untuk keadaan tertentu seperti yang Encik Fareed mahukan. Selain itu juga projek ini boleh digunakan untuk projek-projek yang lain. Tetapi bagi saya projek pengukur paras air seperti guna sensor pengalir adalah lebih popular. Bagi saya untuk hal seperti dimasukkan ke dalam tabung hidrogen rekaan Encik Fareed, saya rasakan ianya sesuai untuk cara terbaru ini kerana ia tidak menyentuh air. Satu lagi kejayaan Encik Fareed menggunakan air yang boleh menukarkan kepada hidrogen untuk dicampur dengan petrol kenderaan dan seterusnya memberi penjimatan berganda kepada penggunaan pertol kenderaan.