Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 18, 2009

Simbol asas elektronik

Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka. Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya. Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang i