Sekarang ni mungkin masa yang paling genting sekali untuk mencari idea untuk final projek. Sampaikan ada yang terasa tekanan yang amat dasyat sekali. Kena pula lecturer tolak idea yang kita fikirkan terlalu lama dan kita rasakan itu yang terbaik. Apa pun bawa berbincang dengan lecturer mengenai idea asal dan minta pendapat jika ada perubahan.
Masa saya dulu pun begitu juga. Bila terfikirkan satu idea yang canggih lalu ditunjuk kepada lecturer, serta-merta lecturer terima tanpa banyak soal. Persoalannya idea tersebut terlalu berat untuk dilaksanakan. Apa bermain difikiran adalah 'boleh ke?'.
Sebenarnya imaginasi kita yang mempengaruhi segala tindakan. Saya berfikir seolah-olah ianya telah berlaku dan mudah untuk dilaksanakan. Pada masa itu saya yakin boleh lakukan walaupun member satu group dah mula mempersoalkan kebolehan idea yang saya cadangkan.
Tapi saya bukan seperti hentam keromo. Buat dengan melulu tanpa mengetahui perjalanan yang sebenarnya. Yang penting sekali adalah pemerhatian dan keputusan yang diperolehi. (pening kan?). Saya buat beberapa kajian dan pengujian pada litar yang ingin dimasukkan ke dalam projek. Semasa proses untuk student cari idea untuk final project masing-masing, saya dah mula buat pengujian litar untuk idea projek yang telah saya fikirkan. Sebab, bila litar tak menjadi, saya boleh tukar dengan idea lain, sedangkan pada masa itu baru awal perjalanan. Maknanya saya masih belum terlewat.
Bila kerja kita dah ok (boleh relax sikit), masa tu boleh la tolong member lain yang kekeringan idea.