Tiada apa yang hendak saya selindungkan kerana rata-rata litar ini yang melebihi 10 unit telah dibuat dan berjaya. Alhamdulillah. Tetapi bagi memastikan ramai yang gembira, saya telah mereka semula litar yang nampak lebih mudah dan bilangan komponennya dikurangkan. Fungsinya tetap sama.
Apa pun saya masih tidak menjamin litar ini berfungsi dengan baik serta-merta kepada sesiapa yang berminat untuk membinanya sendiri. Buat masa ini sudah 3 unit litar ini terbina walaupun litar ini baru saja diubahsuai. Apa yang perlu saya tekankan di sini adalah LED Ir dan photo diode. Seperti litar versi lama sebelum ini photo diode yang tidak sesuai menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi langsung. Untuk kali ini, sebarang photo diode boleh digunakan kerana saya membuat satu bahagian yang boleh dikawal kepekaannya pada satu vr yang disediakan. Kemudian, pastikan diode photo dipasang terbalik. Anod ke negatif dan katod ke positif. Ikut pada diagram.
Satu lagi yang ingin saya pesan, sila uji litar ini di atas breadboard dahulu sebelum terus terjah ke atas pcb. Ini untuk memastikan litar berfungsi dan jika ada kesilapan boleh buat ubahsuai. Untuk sensor, satu tips mudah adalah cari LED infrared TX dan RX. Lebih baik sepasang. TX untuk LED Ir dan RX pula untuk photo diode. Pemasangan masih lagi ikut diagram.
Selamat mencuba dan jangan cepat putus asa.