Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Nilaian unit kapasitor

Untuk mengetahui nilai kapasitor pada komponen kepasitor adalah dengan membaca tulisan pada komponen tersebut. Tidak seperti perintang yang mewakili warna kod tertentu untuk nilai rintangan tertentu. Bagi kod transistor ia tertera pada badan transistor tersebut. Begitu juga dengan IC. Membaca nilai kapasitor adalah mudah jika kita tahu teknik membacanya. Sama juga dengan kod warna perintang. Pada senarai di bawah ini anda boleh cuba lihat nilai- nilai seperti mikro Farad, nano Farad dan piko Farad. Ketiga-tiga nilai ini sebenarnya sama jika dilihat pada perbezaan titik permuluhannya. Pada penghujungnya adalah kod yang tertera pada komponen. Contohnya seperti 1µF, kod yang tertera pada komponen adalah 104. Jika anda sukar memahami pengiraan untuk membaca nilai kapasitor, anda hanya perlu ingat ini di dalam kepala. Di bawah ini adalah senarai yang biasa digunakan. Untuk nilai yang lain jika tiada terdapat di dalam contoh di bawah ini, anda hanya cari bilangan digit yang sama. Contohnya

Pengesan Logam

Untuk menghasilkan pengesan logam memerlukan setting yang betul betul dan juga paling penting sekali adalah lilitan gegelung yang memerlukan pengiraan yang betul. Selain itu komponen lain juga perlu diikuti dengan betul-betul. Apabila dikatakan dengan projek pengesan logam, ianya berkaitan dengan frekuensi. Jika di lab mempunyai osiloskop, bolehlah dilihat bentuk gelombang pada gegelung yang memancar dan juga yang menerima. Setiap pengesan logam mempunyai frekuensinya tersendiri dan juga cara penghasilan litar juga berbeza. Dari segi pembinaan gegelung pula berbeza dari satu ke satu yang lain. Perbezaannya menyerupai beberapa bentuk seperti bulat, dua bulatan yang disamakan, dua bulatan yang bedekatan, bentuk bulan sabit, dan sebagainya. Bagi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan adalah berbentuk bulatan seperti yang saya tunjukkan. Segulung gegelung tembaga ini disertakan atau disatukan kedua-dua gelung pemancar dan penerima. Kemudian kedua-duanya diikat dengan kuat-kuat.

Sensor pengukur tahap air

Saya ada menerima beberapa permintaan untuk membuat projek pengukur paras air sejak dari dua tahun dahulu sehingga sekarang. Litar yang digunakan adalah satu sahaja dan ianya dihasilkan dengan beberapa versi mengikut kegunaan. Seperti litar-litar yang biasa digunakan ia memerlukan sensor yang boleh mengukur dan menentukan paras air yang hendak diukur. Sensor yang paling mudah adalah dua batang mengalir yang di masukkan ke dalam air yang hendak diukur. Kedudukan batang pengalir tersebut perlu disusun dengan ukuran tertentu bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada proses pengukuran tersebut. Manakala litar yang digunakan adalah ringkas dan mudah sekali dibina. Ianya semudah menggunakan satu transistor sahaja. Manakala litar yang agak rumit pula menggunakan satu IC 14 kaki dan beberpaa kompnen lain yang menampakan litar tersebut kompleks. Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur m

Jadual yang padat

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Kembali saya sekali lagi setelah lama tidak update blog ini. Buat pengetahuan member semua saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara di lab dan juga di luar lab. Begitu juga dengan hal-hal luaran yang perlu saya selesaikan. Oleh itu jadual saya terlalu padat sehinggakan saya sangat jarang dan tiada masa yang lama di online. Untuk masa akan datang ini juga saya belum boleh pastikan lagi saya mempunyai masa secukupnya untuk blog Myenik ini. Begitu juga dengan laman web MyEnik yang sudah tidak beroperasi lagi untuk sementara waktu (belum tahu lagi bila waktunya) atas sebab-sebab tertentu seperti waktu rehat untuk myenik dan juga sedang membuat persediaan projek akan datang. Perjalan agak perlahan kerana saya perlu uruskan beberapa urusan lain lagi. Walaubagaimana pun kepada member-member hanya perlu lawati blog MyEnik ini sahaja untuk dapatkan maklumat-maklumat dan juga info kegiatan saya. Selain MyEnik member boleh menjenguk terus ke blog peribadi sa