Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Jumpa saya di MITC sabtu ini...

Bismillahirahmanirrahim... Pada 12, 13 dan 14 haribulan ini saya akan berada di MITC di Ayer Keroh Melaka sempena pameran dan pertandingan inovasi. Oleh itu saya mengajak anda semua ke sana untuk memeriahkan lagi suasana dan berpeluang berjumpa saya. Saya berada di lot gerai Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang sebagai pemantau sahaja. Pengunjung yang datang berjumpa saya di sana akan mendapat beberapa maklumat berupa pemberian percuma. Pada masa yang sama saya akan membuat pemerhatian pada seluruh aktiviti pertandingan dan pameran tersebut. Maklumat yang diperolehi nanti digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang untuk membuat konsep pameran dan pertandingan seumpamanya. Jadi mungkin juga akan memasuki pertandingan seumpama ini sebagai mengisi kekosongan penyertaan dan saya galakkan anda juga untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Dalam pada masa sekarang ini, saya masih meneruskan kerja-kerja R&D beberapa litar projek yang berkaitan dengan konsep green energ