Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Transformer

Salah satu komponen yang penting dalam membina unit bekalan kuasa. Walaupun ianya simple tetapi jangan ambil mudah dengan komponen ini. Transformer atau pun pengubah adalah komponen yang berupaya mengubah nilai voltan sama ada nilai naik atau pun nilai menurun. Transformer mengandungi dua binaan gegelung yang diberi nama gegelung primari dan gegelung sekunder. Untuk primari adalah masukan dan sekunder adalah keluaran. Itu yang perlu kita tahu. Tetapi, sekunder juga boleh jadi masukan dan primari (untuk kes tertentu seperti untuk buat inverter). Itu tidak perlu risau. Hanya ingat yang mula-mula saja. Transformer mempunyai pelbagai saiz. Dari bersaiz sekecil kotak mancis sehinggalah sebesar rumah. Untuk penerangan ini, saya terangkan yang biasa digunakan dalam projek elektronik. Antara jenis-jenis transformer adalah seperti: power transformer output transformer driver transformer IF transformer Semua jenis-jenis trasformer yang disebutkan di atas untuk sekadar pengetahuan

IC Pengatur Voltan

Dalam litar bekalan kuasa terdapat beberapa bahagian yang perlu dan tidak perlu diketahui. Satu unit bekalan kuasa mengandungi bahagian masukan sehinggalah ke bahagian keluaran. Seperti yang kita ketahui, pada bahagian masukan terdiri dari satu unit transformer dan satu unit litar penerus voltan. Maknanya voltan yang masuk sudah tentulah voltan AC dari sumber bekalan AC plug 3 pin. Kemudian voltan akan melalui transformer untuk menurunkan jumlah voltan seperti 12V, 9V, 5V dan sebaginya. Nilai voltan yang telah diturunkan masih lagi voltan AC. Oleh itu unit penerus voltan diperlukan untuk menukarkan AC kepada DC. Selepas unit litar penerus, voltan telah bertukar menjadi DC. Namun begitu untuk menjadikan lebih sempurna, kita perlukan satu unit litar pengatur voltan. Ia bertujuan untuk mengatur voltan menjadi stabil dan lebih tulen. Antara litar yang mudah dibina adalah litar pengatur voltan yang terdiri daripada IC pengatur voltan 78XX. IC 78XX adalah IC pengatur voltan untuk volt

Tempoh tamat hari ini

Hari ini adalah hari terakhir Pakej e-book Elektronik berada di MyEnik. Mulai esok pakej e-book itu tidak akan dijual lagi. Begitu juga dengan tawaran untuk menjadi ahli kelab Rekacipta Elektronik MyEnik melalui pembelian e-book pakej tersebut. Kelab Rekacipta Elektronik MyEnik akan dilancarkan dalam 2 -3 hari lagi. Dengan kelebihan yang ada melalui kelab ini, saya boleh tumpu perhatian kepada ahli-ahli yang berdaftar. Jadi, ruangan yang seperti diminta telah saya sediakan. Oleh itu terpulang pada anda untuk menggunakannya dan mengambil peluang. Terima kasih.

Ulang tahun yang ke-4

MyEnik telah berusia 4 tahun pada bulan ini dan menyambut usianya dengan pelbagai program akan dilaksanakan. Pada usia 4 tahun kini, MyEnik melalui banyak pengalaman pahit dan manis sehinggakan MyEnik telah melangkah setapak lagi untuk bersaing dalam satu arena dunia elektronik. Bagi MyEnik ianya satu permulaan. Perjalanan masih jauh dan apa yang berlaku sebelum ini dijadikan iktibar atau sandaran pada kenangan (macam nama lagu pulak). Dengan ulang tahun yang ke-4 ini Myenik telah memberikan tawaran harga produk paling hebat setakat ini dan setiap pembeli secara automatik didaftarkan dalam forum rekacipta elektronik atau sebenarnya adalah kelab rekacipta elektronik MyEnik. Di dalam kelab ini disediakan ruangan pertanyaan dan ruangan belajar asas elektronik secara lebih dekat lagi. Memandangkan terlalu ramai yang berminat dan setiap hari menerima banyak email pertanyaan (sampaikan saya pun susah nak kawal), oleh itu saya tubuhkan kelab rekacipta elektronik MyEnik. Terdapat yuran pen

Tawaran Harga e-book

MyEnik menawarkan harga runtuh untuk e-book Pakej Elektronik (sila ke link sini) sempena ulang tahun yang ke-4 pada pertengahan bulan ini. Dengan penawaran ini, ianya adalah sementara sahaja dan anda perlu rebut peluang ini kerana harga asal mungkin akan dinaikkan selepas tarikh luput tawaran. Atau kemungkinan e-book pakej ini akan diberhentikan penjualannya atas sebab tertentu seperti yang dinyatakan dalam web site MyEnik. Rebut peluang ini untuk memilki pakej e-book ini pada harga RM10 sahaja. Ke sini

Sistem bekalan kuasa

Untuk sebarang penggunaan litar bekalan kuasa memerlukan beberapa komponen penting bagi menjadikan satu satu bahagian pada litar berfungsi dengan betul. Jika kita inginkan satu litar bekalan kuasa pada voltan tertentu seperti 12 volt atau 9 volt, pastinya ianya adalah voltan DC. Tiada gunanya voltan AC kerana hanya alatan elektrik sahaja memerlukan voltan AC. Tetapi ianya masih menggunakan voltan DC yang telah ditukar dari voltan AC. Voltan DC adalah voltan terus dan Voltan AC adalah voltan ulang alik. Kedua-duanya berbeza tetapi kedua-dua sifat ini boleh bertukar menjadi satu sama lain. Jika DC ditemui oleh Thomas Edison, AC pula diperkenalkan oleh Nikola Tesla. Itu termaktub dalam sejarah secara formalnya. Tetapi sebenarnya kita tidak ketahui peneroka asal kedua-dua unsur tersebut sedangkan pada zaman piramid pun penggunaan mentol lampu dan bateri DC telah digunakan. Untuk menghasilkan voltan DC dari voltan AC (dari soket dinding rumah 240VAC) memerlukan litar pnerus dan litar pengat

Komponen yang boleh meletup

Terdapat beberapa komponen elektronik yang boleh meletup disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut mungkin kita sedari atau pun tidak. Jadi berhati-hati dengan pemasangan komponen elektronik agar biarlah betul dan selamat. Namun begitu tidak semua komponen elektronik boleh meletup. Meletup bukanlah gambaran seperti satu letupan yang kuat seperti mercun atau pun bom. Letupan pada komponen tidak kuat dan tidak membahayakan. Itu pun tengok pada keadaan. Bunyi letupan seperti satu tepukan tangan yang sederhana kuatnya. Dan bukan seperti bunyi letupan bom dan seumpamanya. Jika sebegitu, saya juga tidak berani meneruskan bidang elektronik ini. Pengalaman saya pada komponen meletup ini sudah banyak kali dan adakalanya sampai kena renjatan elektrik. Sampai sekarang fobia. Antara komponen elektronik yang paling banyak meletup adalah kapasitor, kemudian transistor dan perintang yang melebihi 2Watt. Komponen yang lain juga ada meletup juga tapi terlalu sedikit kesnya. Jika pemasanga