Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penerangan Litar

Projek Paparan Teks Melalui Telefon Pintar

Imej
 Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya nak terangkan sedikit mengenai satu projek yang pernah dibina untuk memaparkan teks melalui kawalan telefon pintar atau smart phone. Ianya melalui sistem Android. Seperti menghantar sms melalui telefon dan teks tersebut dipaparkan melalui paparan LED Dot Matrix yang disusun memanjang.   Banyak kebaikan pada projek ini. Anda boleh fikirkan maksud saya. Manakala paparan teks pula boleh dipaparkan mengikut apa perkataan yang kita mahu. Ianya seperti SELAMAT DATANG atau TERIMA KASIH atau SEMOGA ANDA CERIA dan TAWARAN HEBAT HARI INI!  Anda mungkin lebih mengetahui dari saya apakah yang boleh dibuat atau dipasang di mana tempat yang sesuai. Mungkin di lobi-lobi atau di foyer atau di laluan masuk atau di premis perniagaan. Anda mungkin lebih tahu. Proses untuk membina projek ini memerlukan langkah demi langkah yang teratur. Objektif projek ini adalah memaparkan teks pada paparan LED Matrix dengan kawalan dan ke...

Projek suka-suka

Imej
Assalamualikum dan salam ceria. Kali ini saya nak tunjukkan satu projek mudah untuk dibuat dalam masa 5 minit. Saya buat projek ini ketika ada masa menunggu sebelum student datang ke lab saya. Masa yang ada saya buat projek mudah ini untuk memenuhi ruang masa. Oleh itu saya kongsikan kepada semua litar ini bersama dengan videonya sekali. Jika anda ada masa, (tak lama, 5 hingga 10 minit je) bolehlah cuba litar mudah ini. Bentuk kerlipan berbeza dengan kerlipan litar yang hampir serupa dengan litar ini. Perbezaan adalah kepada penambahan diod dan kapasitor 100 mikro Farad. Guna LED ultra bright sahaja yang berwarna biru atau putih. Jangan guna LED biasa kerana hasil kerlipan yang tidak seperti yang diharapkan. Hanya guna bateri 3 volt sahaja dan ianya tahan lama jika dibiarkan on (sudah seminggu saya biarkan on, masih lagi ok). Selamat mencuba! Nak lagi macam ni? Bagitau saya litar projek mudah yang ingin anda saya buatkan seperti ini.

Pemasa berterusan (24 jam)

Imej
Setiap litar pemasa mempunyai pelbagai karekter tersendiri bagi melaksanakan tugasan mengawal masa yang ditentukan. Sama ada mengawal masa untuk dalam keadaan on atau pun off. Ianya biasa dikawal oleh satu nilai rintangan atau pun nialai kapasitan bagi menentukan jumlah masa yang diperlukan bagi litar pemasa. Pemasa normal, biasanya akan berfungsi pada masa tertentu dan akan off setelah cukup masanya. Sebaliknya ada litar yang off pada masa tertentu dan akan on setelah cukup pemasanya. Dua keadaan ini akan habis tindak balasnya begitu sahaja dan tidak akan mengulangi tindakan seperti pada mulanya. Namun terdapat juga litar pemasa yang berfungsi berterusan untuk aksi yang dikawal setiap masa mengikut apa yang kita mahukan. Ianya bergantung juga kepada aplikasi yang hendak kita kawal. Sebagai contoh saya menggunakan litar pemasa berterusa untuk mengawal pergerakan tray untuk cabinet penetas terul ayam kampong. Target utama adalah mengawal pergerakan servo untuk menggerakkan tra...

"Joule Thief"

Imej
Adakah anda pernah dengar perkataan "Joule thief"? Tiada istilah dalam bahasa melayu. Jika diterjemahkan mungkin bunyinya agak pelik. Saya meminati konsep "Joule thief" ini dan digunakan dalam litar elektronik untuk menggandakan voltan dalam satu litar elektronik. Konsep "Joule thief" ini sinonim dengan penggunaan LED. Kaedah mudah mengaitkan dengan penggunaan LED sebagai peranti penguji yang terbaik. LED yang seperti kita tahu menyala pada kadar arus dan voltan yang paling minima. Oleh itu penggunaan tenaga adalah sangat jimat berbanding dengan mentol berfilamen. Saya sangat meminati litar yang menggnakan kesan kepada LED. Salah satu litar yang paling saya suka adalah litar "Joule thief" yang mana LED dapat dinyalakan dengan hanya satu bateri 1.5 volt sahaja. Seperti yang kita tahu LED tidak mampu menyala jika voltannya kurang daripada voltan had nyalaanyanya. Maksudnya jika satu LED boleh menyala pada voltan 3 volt, maka jika voltan kuran...

Ujian bekalan kuasa tanpa wayar

Imej
Ini merupakan salah satu ujian prototaip bagaimana satu tenaga elektrik boleh disebarkan melalui ruang udara. Kira anda mengetahui dan mengenali ujikaji seperti Tesla dan beberapa yang lain, ini merupakan contoh kecil yang menyerupai contoh projek mereka. Walaupun kecil dan sekadar untuk melihat dan memerhati fungsi dan aplikasi selanjutnya yang boleh dimanfaatkan dari prototaip ini. Jika dilihat pada diagram litar ia terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah pemancar dan kedua adalah penerima. Pada bahagian penerima hanya dapat LED sahaja digunakan untuk menunjukkan voltan yang dipancar diterima. Seperti yang kita ketahui, untuk menghidupkan satu LED perlulah tidak kurang dari 2.5 volt atau bergantung kepada jenis LED seperti ultra bright LED atau LED biasa-biasa. Pada bahagian pemancar, komponen utama adalah gegelung. Gegelung akanmemancarkan gelombang berfrekuensi tertentu yang ditentukan oleh nilai kapasitor. Voltan yang dikenakan tidak boleh melebihi 6 ...

SPTA versi kedua

Imej
Kali ini saya ingin memberikan versi terkini litar sistem pembasuh tangan automatik yang telah dibuat ubahsuai untuk menjadikan litar ini mudah berfungsi. Ini kerana litar versi sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana ada yang cuba buat tidak berfungsi atau pun tidak menjadi. Tiada apa yang hendak saya selindungkan kerana rata-rata litar ini yang melebihi 10 unit telah dibuat dan berjaya. Alhamdulillah. Tetapi bagi memastikan ramai yang gembira, saya telah mereka semula litar yang nampak lebih mudah dan bilangan komponennya dikurangkan. Fungsinya tetap sama. Apa pun saya masih tidak menjamin litar ini berfungsi dengan baik serta-merta kepada sesiapa yang berminat untuk membinanya sendiri. Buat masa ini sudah 3 unit litar ini terbina walaupun litar ini baru saja diubahsuai. Apa yang perlu saya tekankan di sini adalah LED Ir dan photo diode. Seperti litar versi lama sebelum ini photo diode yang tidak sesuai menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi ...

IC 4017

Imej
Ramai tahu dan ada segelintir sahaja yang tidak mengetahui fungsi kegunaan IC CD4017 atau MC4017 atau 4017 sahaja. Jika ingin beli ic ini terutama di kedai elektronik seperti di Jalan Pasar Pudu, hanya sebut ic 4017 sahaja, tidak perlu sebut CD atau MC. Namun ada sesetengah kedai-kedai di kawasan yang kurang popular, perlu disebut sepenuhnya. Ada beberapa kedai (hampir semua) di Jalan Pasar Pudu jika kita meminta ic seperti MC4017, kita akan dapat ic CD4017. Jadi janganlah marah atau panic. Ianya sama sahaja melainkan anda benar-benar cerewet sangat dalam pemilihan barang. Jika anda ingin membina litar projek LED running light, ic ini adalah komponen utamanya selain beberapa komponen lain seperti ic pemasa 555 dan komponen pasif yang lain. IC 4017 ini merupakan ic counter atau divider yang mempunyai 10 keluaran (output). Pada litar projek running light, 10 LED disambung kepada terminal output ic. Oleh itu kerlipan secara berturutan akan kelihatan. Oleh itu secara maksimum keluaran...

Sensor pengukur tahap air

Imej
Saya ada menerima beberapa permintaan untuk membuat projek pengukur paras air sejak dari dua tahun dahulu sehingga sekarang. Litar yang digunakan adalah satu sahaja dan ianya dihasilkan dengan beberapa versi mengikut kegunaan. Seperti litar-litar yang biasa digunakan ia memerlukan sensor yang boleh mengukur dan menentukan paras air yang hendak diukur. Sensor yang paling mudah adalah dua batang mengalir yang di masukkan ke dalam air yang hendak diukur. Kedudukan batang pengalir tersebut perlu disusun dengan ukuran tertentu bagi mendapatkan hasil yang diharapkan pada proses pengukuran tersebut. Manakala litar yang digunakan adalah ringkas dan mudah sekali dibina. Ianya semudah menggunakan satu transistor sahaja. Manakala litar yang agak rumit pula menggunakan satu IC 14 kaki dan beberpaa kompnen lain yang menampakan litar tersebut kompleks. Encik Fareed pernah menganjurkan saya untuk merekakan satu alat pengukur air untuk tabung hidrogen ciptaannya. Jika digunakan alat pengukur m...

IC Pengatur Voltan

Imej
Dalam litar bekalan kuasa terdapat beberapa bahagian yang perlu dan tidak perlu diketahui. Satu unit bekalan kuasa mengandungi bahagian masukan sehinggalah ke bahagian keluaran. Seperti yang kita ketahui, pada bahagian masukan terdiri dari satu unit transformer dan satu unit litar penerus voltan. Maknanya voltan yang masuk sudah tentulah voltan AC dari sumber bekalan AC plug 3 pin. Kemudian voltan akan melalui transformer untuk menurunkan jumlah voltan seperti 12V, 9V, 5V dan sebaginya. Nilai voltan yang telah diturunkan masih lagi voltan AC. Oleh itu unit penerus voltan diperlukan untuk menukarkan AC kepada DC. Selepas unit litar penerus, voltan telah bertukar menjadi DC. Namun begitu untuk menjadikan lebih sempurna, kita perlukan satu unit litar pengatur voltan. Ia bertujuan untuk mengatur voltan menjadi stabil dan lebih tulen. Antara litar yang mudah dibina adalah litar pengatur voltan yang terdiri daripada IC pengatur voltan 78XX. IC 78XX adalah IC pengatur voltan untuk volt...

Sensor keluar masuk

Imej
Sekali lagi saya menerangkan mengenai sensor keluar masuk dua arah yang menjadi litar paling hangat dalam permintaan. Litar projek ini sangat mudah untuk dibini hanya dengan berpandukan kepada diagram litar sahaja. Perlu diingat kepada penyambungan kaki kaki komponen yang dilihat pada diagram litar adakalanya boleh jadi lupa atau tidak perasan penyambungannya. Ini adalah pun yang menjadikan litar projek tidak menjadi disebabkan alasan-alasan tersebut. Diagram litar boleh dilihat pada web site MyEnik pada ruangan litar. Ianya litar lama yang mana sebelum ini saya ada menyiarkannya. Tapi sebelum litar tersebut disiarkan, ada satu lagi litar yang sama fungsinya tetapi mengandungi bilangan komponen yang banyak dan merumitkan. Apabila keadaan semakin rumit, fungsi litar boleh menjadi 50-50. Adakalanya tidak berfungsi dengan baik. Untuk litar sensor keluar masuk ini, ia adalah litar yang terbaik dan fungsinya sangat menarik. Itu pun jika cara penyambungan komponen pada litar adalah tepat. Sa...

Antara EMF detector dan MtD

Imej
Jika ada masa terluang saya akan sambung ujikaji saya terhadap satu lagi litar yang berkaitan dengan frekuensi. Frekuensi yang terpilih adalah seperti elektromagnet dan frekuensi gelombang mikro. Saya membuat sedikit ujian terhadap kehadiran gelombang frekuensi telefon dan juga mikrowave yang mana lebih kuat tahap pembebasannya melalui satu alat yang saya rekakan. Alat tersebut pada mulanya menggunakan satu coil kecil yang siap dan boleh dibeli di kedai komponen. Tetapi apa pun tahap kepekaan penerimaanya tidak kuat seperti yang saya harapkan. Oleh itu saya guna coil yang lebih besar dan dibina sendiri. Kos pembinaan agak besar sedikit kerana menggunakan lilitan wayar tembaga bersalut. Tambahan pula diameter dan bilangan lilitan juga perlu dijaga dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang dikehendaki. Jelas terbukti hasilnya sangat memuaskan kerana beberapa alat elektrik boleh dikesan melalui kaedah ini seperti mikrowave, laptop dan handphone. Namun tidak semua alatan elektrik menghasilka...

Pengujian semula

Imej
Baru-baru ini saya menghabiskan masa dengan menguji berkali-kali litar pengukur jarak dengan membuat perbandingan antara diodfoto dengan transistor foto. Pengujian dilakukan mengikut jenis-jenis sensor dan pemerhatian dibuat dengan membanding tahap sensitiviti sensor. Ternyata sekali memang ada perbezaan ketara dan setiap sensor mempunyai tahap kepekaannya tersendiri. Jadi selepas ini jika ada diagram litar yang menunjukkan penggunaan fotodiod atau sensor infrared, berhati-hati dengan sensor tersebut kerana tahap kepekaan yang berbeza. Ini terbukti setelah ujian dilakukan pada beberapa litar projek baru-baru ini dan juga beberapa tahun sebelum ini. Memang ada bezanya kerana terdapat satu litar yang sesuai dengan sensor tertentu dan tidak pada sensor lain. Jika ditukar sensornya litar tidak berfungsi dengan baik walaupun litar amplifier ditambah atau pun pelarasan kepekaan dibuat ke tahap maksimum. Namun disebalik semua proses yang dilakukan, sensor-sensor yang ada mempunyai kelemahan p...

Gunanya diod dan transformer

Di sini saya ingin huraikan serba sedikit mengenai diod dan kegunaannya. Seperti yang kita tahu diod fungsinya sebagai penerus voltan. Diod hanya membenarkan arus terus melaluinya. Maknanya ia boleh menukar arus ulang alik (ac) kepada arus terus (dc). Kalau kita tengok pada gelombang arus ulang alik (ac) adalah berbentuk sinus (macam gelombang turun naik). Kalau arus terus pula ianya satu garisan lurus. Fungsi diod boleh menghasilkan gelombang garisan lurus ini, tetapi ada pelbagai peringkat. Jika guna satu diod sahaja sebagai penerus, ia belum boleh menghasilkan gelombang garisan lurus. Hanya satu bahagian sahaja (sama ada atas atau bawah) yang terhasil garisan lurus (kalau lihat pada osiloskop). Sebahagian lagi masih gelombang sinus. Untuk itu, penggunaan diod kedua diperlukan untuk menghasilkan satu garisan lurus atau mendapatkan arus voltan terus (dc) yang sebenarnya. Atau kalau nak lagi bagus, guna empat diod yang dikenali penerus jenis tetimbang. Pada keadaan ini voltan adalah be...

Litar Sensor Keluar Masuk

Imej
Jangan fikir litar projek ini tidak memberikan apa-apa makna. Jangan bulat-bulat terima litar ini untuk dibuat projek satu fungsi saje. Cuba fikirkan kaedah yang lain untuk litar ini. Agak susah untuk saya nyatakan direct to the point. Sebab agak tulus jika saya ceritakan semuanya. Anda fikirkan sendiri dan cuba rasa susah sikit untuk memikirkannya. Fungsi litar ini adalah mengesan aktiviti keluar dan masuk dengan sistem pengiraan automatik pada IC 40193. Target atau output litar ini adalah relay yang merupakan peranti yang sesuai. Selain relay anda boleh guna komponen lain seperti SCR, Triac atau Diac. Ikut kesesuaian. Namun relay menjadi pilihan mudah. Sensor utama litar ini adalah LDR. Terdapat 2 LDR iaitu LDR1 dan LDR2. Sistem pengesan adalah bergantung kepada kedua-dua LDR ini. Ia mengesan mengikut turutan. Sama ada LDR1 atau LDR2 yang kesan dahulu dikuti dengan LDR berikutnya, memberikan keadaan keluar atau masuk. Sebagai contoh logik bagi litar ini seperti yang saya tunjukkan in...

Upgrade Litar SPTA

Imej
Antara beberapa litar projek yang mendapat sambutan paling tinggi adalah Sistem Pembasuh tangan Automatik. Bilangan mereka yang memesan litar projek ini paling ramai berbanding dengan beberapa litar projek lain. Mungkin kerana fungsinya yang sangat unik. Tetapi apa pun jangan terlalu gembira dengan litar projek tersebut kerana ianya adalah idea lama. Ianya adalah rekaan saya yang mengalami pelbagai tahap ujikaji secara berperingkat peringkat. Pada kali ini saya akan mewarwarkan litar projek tersebut telah dikemaskini dengan susunan komponen litar dan juga nilai komponen yang ditukar kepada nilai yang lebih bagus. Lebih bagus di sini bermaksud bahawa setelah menjalani beberapa ujian terhadap litar lama ia mengalami banyak masalah yang sama. Iaitu transistor yang senang rosak. Pada asalnya saya meletakkan nilai transistor C945 dan kemudian ditukar kepada 9013. Kedua-dua transistor tersebut mengalami masalah ketika dipasang. C945 mempunyai susunan kaki yang berbeza dengan transistor lain....

Litar sensor keluar masuk

Imej
Seperti juga litar projek sistem pembasuh tangan automatik atau pun litar pengesan infrared, litar projek yang saya terangkan ini juga sukar untuk berfungsi dengan betul. Seperti yang pernah saya terangkan dahulu, kesilapan utama adalah penggunaan komponen yang tidak mengikut kehendak diagram litar. Selain itu juga pelarasan (setting) litar yang telah siap juga perlu diutamakan. Pelarasan ini termasuklah kepada calibration kefungsian litar dan juga beberapa faktor luaran perlu diambil kira juga. Litar yang saya maksudkan adalah litar projek sensor keluar masuk. Terdapat dua versi litar ini. Versi pertama jumlah komponennya banyak dan saya kuatiri peratusan projek gagal adalah tinggi. Versi kedua jumlah komponen sedikit tetapi fungsi litar lebih bagus dari versi pertama. Namun begitu, kali pertama saya bina litar ini banyak kali mengundang kedukaan. Bagi saya itu bermakna projek saya gagal. Tapi kegagalan tersebut memerlukan sebab. Jadi saya cari sebab mengapa gagal. Akhirnya baru tahu ...

SPTA

Imej
Kali ini saya ingin membuat penerangan mengenai litar sistem pembasuh tangan automatik. Litar ini sudah berusia 3 tahun dari mula saya reka. Pada mulanya saya design secara teori je. Kemudian saya buat ujian terhadap litar tersebut. Hasilnya ok. Selepas itu ramai yang minta litar ini dan mencubanya. Dan ramai juga yang gagal berfungsi. Tetapi ada yang berjaya. Apakah faktor yang menyebabkan ia tidak berfungsi. Antaranya adalah sensor yang digunakan dan juga setting litar yang tidak betul. Buktinya, jika anda pernah buat litar ini tidak menjadi, anda boleh bawa jumpa saya. Insyaallah saya akan tunjukkan bahagian mana yang tidak betul.

Litar peka bunyi

Imej
Atas permintaan. Saya sertakan satu litar pengesan bunyi. Maksudnya litar peka bunyi. Litar ini boleh beroperasi dengan hanya tepuk tangan atau ketip jari dengan kuat. Terdapat banyak litar seperti ini. Ianya mempunyai fungsi yang sama dan juga hampir sama. Medium utama litar ini adalah mikrofon kecil jenis pemuat. Mikrofon ini berkutub positif dan negatif. Jika sambungan polariti ini terbalik, boleh menyebabkan litar tidak berfungsi dengan baik. Satu cerita masa zaman sekolah dulu, saya pernah buat litar ini dan menyambungkan kepada lampu mentol berkuasa bateri. Saya tinggal di asrama pada masa tu. Jadi saya pun buat la litar projek ini sampai jadi dan sambungkan pula kepada mentol lampu yang telah saya pasang dengan cover yang nampak kemas. Bila siap, saya tunjukkan kepada member satu dorm. Member suka. Tiba satu hari satu spot check diadakan oleh warden asrama. Warden hanya memeriksa locker setiap student. Manalah tau jumpa benda yang bukan-bukan pulak. Sampai di locker saya, saya j...

Knight Rider

Ini adalah litar running light yang telah diubah menjadi litar LED Knight Rider. Kalau anda pernah tengok siri rancang tv yang popular masa tahun 80an dulu iaitu Knigt Rider, pasti anda akan teringatkan kereta yang bernama Kit yang dipandu oleh Mic. Di hadapan bumper kereta tu ada lampu warna merah yang disusun seperti litar di atas. Kerlipannya hampir sama tetapi sebenarnya ia menggunakan litar lain tidak seperti litar yang ditunjukkan dalam video atas. Contoh litar di atas adalah salah satu litar yang boleh digunakan sebagai lampu hiasan pada kereta, motor atau basikal. Litar projek ini terdapat dalam Buku Koleksi Litar LED yang disertakan dengan komponen sekali.

Simple Power Supply

Imej
Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini. Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu leb...