Pengenalan Kepada ESP32: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Projek
Jika anda baru dalam dunia elektronik DIY, mungkin anda pernah dengar tentang ESP32 , tetapi belum pasti apa yang membuatkan ia begitu popular di kalangan pembuat projek elektronik. ESP32 adalah sebuah microcontroller yang serba boleh, lengkap dengan pelbagai ciri yang menjadikannya pilihan hebat untuk projek-projek berasaskan Internet of Things (IoT), robotik, automasi rumah, dan banyak lagi. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan pengenalan kepada ESP32 serta perkara penting yang perlu anda tahu sebelum memulakan projek. Jom kita tengok apa yang menarik dengan ESP32 ni! Apa Itu ESP32? ESP32 adalah microcontroller yang dibangunkan oleh syarikat Espressif Systems. Microcontroller ini adalah versi upgrade dari model terdahulu, iaitu ESP8266. Yang menariknya, ESP32 dilengkapi dengan lebih banyak ciri berbanding ESP8266, termasuk WiFi dan Bluetooth , yang menjadikan ia sangat sesuai untuk projek yang memerlukan komunikasi tanpa wayar. Selain itu, ESP32 mempunyai dual-core processor yan...