Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 2, 2008

Litar Sensor Keluar Masuk

Jangan fikir litar projek ini tidak memberikan apa-apa makna. Jangan bulat-bulat terima litar ini untuk dibuat projek satu fungsi saje. Cuba fikirkan kaedah yang lain untuk litar ini. Agak susah untuk saya nyatakan direct to the point. Sebab agak tulus jika saya ceritakan semuanya. Anda fikirkan sendiri dan cuba rasa susah sikit untuk memikirkannya. Fungsi litar ini adalah mengesan aktiviti keluar dan masuk dengan sistem pengiraan automatik pada IC 40193. Target atau output litar ini adalah relay yang merupakan peranti yang sesuai. Selain relay anda boleh guna komponen lain seperti SCR, Triac atau Diac. Ikut kesesuaian. Namun relay menjadi pilihan mudah. Sensor utama litar ini adalah LDR. Terdapat 2 LDR iaitu LDR1 dan LDR2. Sistem pengesan adalah bergantung kepada kedua-dua LDR ini. Ia mengesan mengikut turutan. Sama ada LDR1 atau LDR2 yang kesan dahulu dikuti dengan LDR berikutnya, memberikan keadaan keluar atau masuk. Sebagai contoh logik bagi litar ini seperti yang saya tunjukkan in

Upgrade Litar SPTA

Antara beberapa litar projek yang mendapat sambutan paling tinggi adalah Sistem Pembasuh tangan Automatik. Bilangan mereka yang memesan litar projek ini paling ramai berbanding dengan beberapa litar projek lain. Mungkin kerana fungsinya yang sangat unik. Tetapi apa pun jangan terlalu gembira dengan litar projek tersebut kerana ianya adalah idea lama. Ianya adalah rekaan saya yang mengalami pelbagai tahap ujikaji secara berperingkat peringkat. Pada kali ini saya akan mewarwarkan litar projek tersebut telah dikemaskini dengan susunan komponen litar dan juga nilai komponen yang ditukar kepada nilai yang lebih bagus. Lebih bagus di sini bermaksud bahawa setelah menjalani beberapa ujian terhadap litar lama ia mengalami banyak masalah yang sama. Iaitu transistor yang senang rosak. Pada asalnya saya meletakkan nilai transistor C945 dan kemudian ditukar kepada 9013. Kedua-dua transistor tersebut mengalami masalah ketika dipasang. C945 mempunyai susunan kaki yang berbeza dengan transistor lain.