Membuat PCB dengan mudah

Dengan adanya teknologi canggih seperti komputer dan printer, kerja untuk membina PCB agak mudah dan cepat. Itu pun bergantung kepada skill masing-masing dan juga kemampuan. Saya berminat sangat dengan membina PCB sendiri dan hampir setiap minggu pasti ada 1 atau lebih projek PCB yang telah saya buat.

Namun begitu walaupun adanya teknologi terkini, saya lebih suka dengan kaedah manual. iaitu denga menggunakan kerja tangan tanpa perlu guna peralatan komputer, software dan printer. Bagi saya ianya mudah (mungkin sebab saya sudah biasa dengan kaedah tersebut). Sebagai contoh saya mengambil masa kurang 6 jam untuk menyiapkan 3 PCB litar Sistem Pembasuh Tangan Automatik. Manakala kurang dari 2 jam untuk 1 PCB litar projek sistem sensor. Semua tempoh berkenaan termasuk dengan kerja pemasangan dan pematerian komponen.

Lihat seperti gambar di bawah ini. Teknik yang saya gunakan adalah teknik penampalan lettering dan teknik maker. Semua cara ini mesti melalui proses penyurihan diagram litar di atas kertas.

Gambar di atas menunjukkan proses penampalan lettering dibuat terlebih dahulu. Biasanya saya membuat agakan sendiri tanpa perlu membuat tanda di atas PCB. (Amaran! Jangan Cuba Cara Saya Ini Jika Tidak Boleh Membuat Andaian Jarak Kaki Komponen.) Paling tidak pun buat tanda guna pensel terlebih dahulu SEBAB... sebab jika tersilap anggaran jarak kaki komponen, komponen yang hendak dipasang sudah tidak ngam atau sengat, atau terbalik atau kaki komponen terpaksa dibengkokkan dan ianya nampak tidak cantik atau nama lainnya adalah buruk.


Kemudian lukis laluan litar seperti dalam gambar sebelah ini. Guna marker PCB sahaja. (AMARAN! Jangan Guna Marker Lain Selain Dari PCB Marker). Marker ini kalis air dan pekat. Jika guna marker lain, besar kemungkinan kurang menjadi atau PCB rosak pada laluannya atau tidak pekat atau mudah terguris atau tidak kalis air. Satu lagi yang penting adalah PCB Marker ini sangat mudah rosak atau kering JIKA terlalu lama terbuka atau melakukan kerja slow motion. Skill yang perlu ada adalah boleh menghafal laluan litar yang hendak dilukiskan. Pastikan laluan yang hendak dilukis adalah sekali surihan sahaja. Sebab proses seterusnya adalah menebalkan dan mencantikkan laluan litar yang dilukis tadi.
Seperti gambar di sebelah kanan pula adalah proses setelah menebal dan mencantikkan laluan mengikut sesuka hati saya. Jika saya nak buat corak batik pun boleh. Apa yang saya lukis nanti akan menjadi gambaran yang sama setelah proses eching dilakukan. Pada mula saya mencuba buat PCB ini, saya melukis beberapa garisan lurus menggunakan pembaris. Keadaannya sungguh tidak memuaskan hati dan nampak tidak cantik. Jadi saya guna free hand untuk melukis laluan litar pada PCB. Jika rasa rajin, saya akan lukis betul-betul seperti PCB TV atau yang dibuat dikilang. Apa pun yang penting litar mesti berfungsi dengan baik. Jadi cara yang sama saya guna untuk buat 3 PCB yang sama. Sebab nak buat projek sistem pembasuh tangan automatik sendiri.

Stelah siap membuat kerja tangan di atas PCB, tibalah masa untuk proses eching. Proses eching ambil masa 15 ke 20 minit untuk siap. Bergantung kepada suhu asid dan juga kepekatan bahan kimia tersebut. Teknik kocakan juga penting. Seperti juga sama dengan teknik mendulang. Setelah itu tebuk lubang denga drill dan buat pemasangan komponen. Setelah 6 jam, 3 litar telah berjaya disiapkan. Termasuk dengan pengujian litar sekali.
Walaupun kerja yang saya tunjukkan ini nampak mudah, sebenarnya ia sangat merumitkan seperti kerja lakaran dan surihan di atas PCB. Ketahanan mental dan fizikal kedua-duanya penting digunakan. Jika tidak ia boleh melemahkan semangat. Jangan ambol mudah dengan kerja seperti ini. Jika anda berminat, sudah pasti tiada yang mustahil. Jika rasa kerja ini mudah walaupun anda belum mencubanya, saya nasihatkan untuk anda mencubanya sekali. Selamat mencuba!

Membuat Penyambungan Litar

Untuk membuat penyambungan litar lain kepada litar projek yang asal memang agak susah dan pening. Itu pun kalau tak biasa buat memang susah sikit. Untuk memudahkan kerja, buat lakaran di atas kertas dahulu dan fahamkan lakaran tersebut. Contoh seperti membuat penyambungan motor pam air kepada relay pada litar projek. Perkara sebegini memang banyak sekali saya terima pertanyaan.Konsep relay adalah sama seperti sebuah suis. Guna konsep tersebut untuk membuat penyambungan kepada alatan lain. Lihat contoh seperti litar atas ni. Untuk litar tersebut relay dibuat penyambungan kepada mentol lampu. Konsep yang sama juga dilakukan untuk alatan yang lain. Cuma bezanya adalah penggunaan voltan bagi alatan yang hendak disambungkan. Litar di atas mentol menggunakan punca voltan yang sama dengan litar. B

agi mengawal alatan elektrik, punca voltan adalah 220VAC. Jadi buat penyambungan kepada punca voltan tersebut dan bukan terus ke voltan litar. Kebanyakan dari anda semua sangat susah untuk membuat penyambungan kepada relay untuk alatan atau litar lain. Normal la tu. Dahulu pun saya mula-mula agak keliru. Lepas banyak buat latihan dan ulangkaji, Alhamdulillah boleh faham. Bnayakkan buat percubaan.

Jika berlaku kesilapan atau tak menjadi, itu tidak mengapa. Lagi bagus sebab boleh belajar dari kesilapan. Buat pemerhatian sedikit dan cuba fahami laluan penyambungan yang dibuat. Insyaallah OK.

Masalah lagi

Sekarang ni laman MyEnik mengalami masalah tak leh nak buka. Bila buka je keluar wording yang bukan-bukan. Saya kurang pasti apa puncanya. Member saya kata masalah server dan ada yang kata sebab masalah coding web site tu.

Saya buat semula dengan scrip baru dan cuba cari masalah yang telah berlaku. Akhirnya saya berjaya menyelesaikannya juga. Tapi banyak kerja la. Apa pun semua dah ok dan boleh buka macam biasa.

Puncanya apabila saya dapat tahu dari pelawat MyEnik sendiri yang menghantar e-mail menyatakan masalah tak boleh masuk web site MyEnik. Paling ketara jika buka web site dengan Mozilla Firefox. Kalau Internet Explorer ok je.

Patutlah sejak kebelakangan ini suasana sepi je kat MyEnik. Rupa-rupanya tak boleh nak masuk. Kepada pelawat-pelawat, jika ada masalah untuk masuk MyEnik, tolong bagitau kami yek.

Rancangan seterusnya

MyEnik agak slow sikit pada waktu ini kerana ada banyak faktor. Antaranya adalah kami agak sibuk dengan tugasan baru dengan perancangan myenik pada masa depan. Pada masa sama juga, myenik akan mengeluarkan Buku Koleksi Sensor + komponen yang mana ianya dihasilkan dari permintaan pelawat myenik. Insyaallah pada masa terdekat ini akan keluar.

Selain itu juga myenik dengan melangkah setapak lagi dengan menghasilkan produk projek kit. Agak lambat sedikit kerana banyak projek kit yang kami uji ini memerlukan masa. Buat masa sekarang sudah lebih dari 10 projek kit sudah berjaya diuji dan mungkin akan dijual pada masa terdekat. Agak menarik projek kit ini lain dari yang lain dan ia menggunakan veroboard dan bukan PCB seperti yang terdapat di pasaran sekarang ini.

Sebarang perkembangan terkini akan kami beritahu.