Projek Terkini 2018

Assalamualaikum. Salam ceria.

Bertemu kembali. Berita gembiranya saya kembali semula dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada idea elektronik. Buat masa kini saya tidak banyak menghasilkan projek elektronik untuk apa-apa aplikasi. Ini kerana saya banyak tertumpu kepada projek lain.



Pada waktu sebelum ini saya banyak menghasikan idea projek untuk kegunaan pengguna masa kini. Pendek kata saya banyak membuat RnD untuk produk-produk tersebut.

Setelah selesai semua tugasan tersebut, saya berhasrat untuk memberi tumpuan sepenuhnya di blog ini seperti sebelum-sebelumnya. Kini saya telah menghasilkan beberapa produk baru untuk MyEnique seperti ebook, buku pembelajaran dan produk Kit Projek.

Saya akan cuba update sekerap mungkin maklumat di dalam blog ini. Ini akan memberi manfaat kepada semua dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk idea-idea elektronik.

Jika anda berminat untuk menghasilkan projek elektronik tetapi tidak mempunyai idea yang mantap, anda boleh hubungi saya dan saya akan cuba membantu anda untuk idea projek tersebut. Antara projek elektronik yang bersesuaian untuk anda rujuk kepada saya adalah projek elektronik hardware dan programming Arduino.

Semoga ianya memberi faedah kepada semua. InsyaAllah.