Catatan

Video Komersial Produk Koleksi LED

MyEnik ada buat satu video komersial untuk produk buku koleksi LED. Tujuannya tak lain adalah nak tunjukkan litar projek yang boleh dibina hanya pada satu kumpulan komponen yang diberikan.Berpandukan kepada buku yang diberi beserta juga dengan CD yang mengandungi maklumat berkaitan dengan semua projek. Maknanya anda kena ada komputer untuk buka CD tersebut. Jangan masuk dalam VCD atau DVD player sudahlah. Sebab Cd yang diberikan tu untuk kegunaan komputer sahaja dan bukanya fail video. Jadi lepas ni akan keluar pula produk buku koleksi Sensor. Sama macam koleksi LED yang mengandungi 13 litar terpilih, koleksi sensor juga pun begitu juga cuma jumlah litar yang boleh dibina kurang dari 10 litar sahaja. Jadi bila buku tu akan keluar? Anda tengok dalam minggu ni. OK

Selamat Tahunbaru 2008

Assalamualaikum. Hai semua. Pertamanya saya nak ucap selamat tahun baru 2008. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat memberikat semangat baru kepada kita untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan MyEnik yang kini berusia 3 tahun. Harapan kami di MyEnik dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu dengan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Pada awal tahun baru 2008 ini juga MyEnik akan memperkenalkan produk baru secara berperingkat-peringkat. Diharap nanti dengan adanya produk baru tidak lama lagi segala permintaan dan keinginan peminat litar elektronik dapat memberi kepuasan yang maksima. Insyaallah. Selamat tahun baru.

Knight Rider

Ini adalah litar running light yang telah diubah menjadi litar LED Knight Rider. Kalau anda pernah tengok siri rancang tv yang popular masa tahun 80an dulu iaitu Knigt Rider, pasti anda akan teringatkan kereta yang bernama Kit yang dipandu oleh Mic. Di hadapan bumper kereta tu ada lampu warna merah yang disusun seperti litar di atas. Kerlipannya hampir sama tetapi sebenarnya ia menggunakan litar lain tidak seperti litar yang ditunjukkan dalam video atas. Contoh litar di atas adalah salah satu litar yang boleh digunakan sebagai lampu hiasan pada kereta, motor atau basikal. Litar projek ini terdapat dalam Buku Koleksi Litar LED yang disertakan dengan komponen sekali.

Simple Power Supply

Imej
Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini. Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu leb...

Penghujung tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sudah hampir ke penghujung tahun 2007. Hanya tinggal bulan 12 saja lagi untuk melangkah ke tahun 2008. MyEnik sedang mengorak langkah maju setapak ke hadapan dengan perancangan yang telah disusun rapi untuk pembukaan tahun baru 2008 pada masa akan datang. Saya dan Shahrul kita sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan beberapa produk baru dan buku panduan terbaru. Mungkin agak lama sikit untuk menyiapkannya walaupun masa atau target untuk menyiapkannya sudah semakin hampir. Apa pun begitu kami tetap akan siapkan secepat mungkin. Pada waktu sekarang ini aktiviti dengan student agak perlahan dan hampir tiada urusan. Ini berlaku kerana student dah ramai yang bercuti dan sessi pengajian semester sudah habis. Dengan peluang ini kami melakukan kerja-kerja yang sepatutnya perlu disiapkan untuk perancangan tahun hadapan pula.

Akan ada produk terbaru

Sudah lama saya ber'uzlah mengurung diri semata-mata ingin menyiapkan beberapa projek dan produk terbaru MyEnik. Tapi bagi saya ia masih belum sempurna lagi walaupun senarai produk baru seperti e-book sudah boleh diumumkan. Bukan mudah untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Pada kali ini saya berharap produk terbaru ini akan lebih berkualiti dan teratur. Mungkin sebabkan produk terdahulu nampak tidak tersusun, untuk produk akan datang saya mahukan kesempurnaan. Apakah produk yang akan saya keluarkan? Produk terdiri daripada produk digital seperti e-book, buku bersama dengan cd dan produk lengkap seperti alatan. Apa yang pasti semua produk ini akan benar-benar beroperasi pada januari 2008. Beberapa produk akan muncul tidak serentak. Satu persatu sehingga semua produk semuanya muncul. Tunggu kemunculannya.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya AidilFitri. Setelah lama bercuti raya, kini saya kembali menjalankan aktiviti yang sudah lama direhatkan. Blog ini pun masih belum banyak lagi di-update. Lagi pun pc saya dan Shahrul telah direhatkan agak lama juga walaupun cuti raya sudah habis. PC kami ada masalah. Jadi banyak kerja tergendala. Baru-baru ini kerja membina projek banyak kali terganggu. Saya banyak menggunakan pc untuk membuat kerja-kerja di lab. Bila pc dah takde, kenalah guna manual dan sumber rujukan pula dari buku-buku dan fail simpanan. Kerja agak rumit sikit berbanding sebelum ini. Namun begitu perancangan selepas cuti raya masih diteruskan walaupun banyak halangan ditempuhi. Produk baru MyEnik sudah tidak sabar untuk diumumkan. Masih menanti waktu yang sesuai. Mungkin produk sebelum ini akan mengalami perubahan-perubahan tertentu. Buat beberapa kali, strategi MyEnik akan mengalami perubahan baru yang agak drastik dan boombastik demi menaik taraf perjalanan dan pencapaian MyEnik. Insyaallah sele...