Catatan

Produk Baru

Dari pemerhatian saya menerusi undian yang terdapat dalam blog ini, projek untuk sensor adalah pilihan yang tertinggi sekali. Tujuan saya membuka pengundian tersebut adalah untuk mengetahui apakah pilihan utama anda. Oleh itu saya akan mengeluarkan produk terbaru MyEnik iaitu Buku Koleksi Sensor. Produk tersebut sama seperti Produk Buku Koleksi LED yang mengandungi buku, cd dan komponen elektronik. Jumlah litar projek belum dipastikan lagi tetapi senarai litar sensor sudah dihimpunkan untuk dibukukan. Jadi bagi mereka yang minat dengan litar sensor anda boleh dapatkan buku ini pada masa terdekat.

Mencari idea

Untuk mencari idea yang bernas dan menepati apa yang dikehendaki mungkin agak sukar jika tidak tahu tekniknya. Bagi sesetengah orang ianya mungkin senang dan idea tersebut muncul dengan mudahnya. Manakala ada juga yang susah sangat untuk memerah idea yang benar-benar baik. Jadi bagaimana untuk menjana idea yang baik. Idea atau ilham datangnya dari Allah. Tidak kiralah sapa pun diri kita, Allah akan memberi ilham jika Dia menghendakiNya. Oleh itu sentiasa berasa tenang dan insyaallah idea akan datang. Banyak kaedah yang boleh dipelajari untuk menghasilkan idea yang bernas dan bermutu yang mana ianya boleh dipelajari di mana-mana. Bagi umat Islam cara terbaik adalah meminta keampunan (istigfar) dan berdoa supaya diberikan idea yang kreatif. Sentiasa tenang dan melakukan teknik pemikiran secara tersusun dan berperingkat satu persatu. Dengan cara tersebut Insyaallah idea akan muncul atas bantuan Allah. Cubalah.

Video Komersial Produk Koleksi LED

MyEnik ada buat satu video komersial untuk produk buku koleksi LED. Tujuannya tak lain adalah nak tunjukkan litar projek yang boleh dibina hanya pada satu kumpulan komponen yang diberikan.Berpandukan kepada buku yang diberi beserta juga dengan CD yang mengandungi maklumat berkaitan dengan semua projek. Maknanya anda kena ada komputer untuk buka CD tersebut. Jangan masuk dalam VCD atau DVD player sudahlah. Sebab Cd yang diberikan tu untuk kegunaan komputer sahaja dan bukanya fail video. Jadi lepas ni akan keluar pula produk buku koleksi Sensor. Sama macam koleksi LED yang mengandungi 13 litar terpilih, koleksi sensor juga pun begitu juga cuma jumlah litar yang boleh dibina kurang dari 10 litar sahaja. Jadi bila buku tu akan keluar? Anda tengok dalam minggu ni. OK

Selamat Tahunbaru 2008

Assalamualaikum. Hai semua. Pertamanya saya nak ucap selamat tahun baru 2008. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat memberikat semangat baru kepada kita untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan MyEnik yang kini berusia 3 tahun. Harapan kami di MyEnik dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan lalu dengan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Pada awal tahun baru 2008 ini juga MyEnik akan memperkenalkan produk baru secara berperingkat-peringkat. Diharap nanti dengan adanya produk baru tidak lama lagi segala permintaan dan keinginan peminat litar elektronik dapat memberi kepuasan yang maksima. Insyaallah. Selamat tahun baru.

Knight Rider

Ini adalah litar running light yang telah diubah menjadi litar LED Knight Rider. Kalau anda pernah tengok siri rancang tv yang popular masa tahun 80an dulu iaitu Knigt Rider, pasti anda akan teringatkan kereta yang bernama Kit yang dipandu oleh Mic. Di hadapan bumper kereta tu ada lampu warna merah yang disusun seperti litar di atas. Kerlipannya hampir sama tetapi sebenarnya ia menggunakan litar lain tidak seperti litar yang ditunjukkan dalam video atas. Contoh litar di atas adalah salah satu litar yang boleh digunakan sebagai lampu hiasan pada kereta, motor atau basikal. Litar projek ini terdapat dalam Buku Koleksi Litar LED yang disertakan dengan komponen sekali.

Simple Power Supply

Imej
Untuk menguji satu litar projek yang telah siap dipasang mestilah ada punca bekalan kuasa atau power supply. Sama ada guna bateri 9 volt atau guna unit bekalan kuasa yang disambung pada punca voltan AC240V. Ingat! sambung terus 240VAC pada plug soket dinding adalah dilarang dan sememang-memangnya tak boleh. Akibatnya pasti litar tersebut akan meletup dan rosak teruk. Untuk mengatasi masalah ini buat satu unit bekalan kuasa atau guna bateri 9 volt. Anda boleh buat power supply sendiri seperti rajah bawah ini. Kalau diperhatikan pada diagram litar ia menggunakan sedikit saja komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi tertentu. IC1 anda boleh tukar dengan nombor lain seperti 7812, 7809, 7824 atau jika anda ingin guna voltan tetap 5 volt IC 7805 perlu digunakan. Perhatikan dua nombor akhir mewakili voltan keluaran. Jika anda inginkan voltan tetap 12 volt, anda perlu guna IC 7812. Apa-apa pun voltan yang anda suka boleh anda pilih pada senarai IC tersebut asalkan voltan masukan perlu leb...

Penghujung tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sudah hampir ke penghujung tahun 2007. Hanya tinggal bulan 12 saja lagi untuk melangkah ke tahun 2008. MyEnik sedang mengorak langkah maju setapak ke hadapan dengan perancangan yang telah disusun rapi untuk pembukaan tahun baru 2008 pada masa akan datang. Saya dan Shahrul kita sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan beberapa produk baru dan buku panduan terbaru. Mungkin agak lama sikit untuk menyiapkannya walaupun masa atau target untuk menyiapkannya sudah semakin hampir. Apa pun begitu kami tetap akan siapkan secepat mungkin. Pada waktu sekarang ini aktiviti dengan student agak perlahan dan hampir tiada urusan. Ini berlaku kerana student dah ramai yang bercuti dan sessi pengajian semester sudah habis. Dengan peluang ini kami melakukan kerja-kerja yang sepatutnya perlu disiapkan untuk perancangan tahun hadapan pula.