Catatan

Membuat PCB dengan mudah

Imej
Dengan adanya teknologi canggih seperti komputer dan printer, kerja untuk membina PCB agak mudah dan cepat. Itu pun bergantung kepada skill masing-masing dan juga kemampuan. Saya berminat sangat dengan membina PCB sendiri dan hampir setiap minggu pasti ada 1 atau lebih projek PCB yang telah saya buat. Namun begitu walaupun adanya teknologi terkini, saya lebih suka dengan kaedah manual. iaitu denga menggunakan kerja tangan tanpa perlu guna peralatan komputer, software dan printer. Bagi saya ianya mudah (mungkin sebab saya sudah biasa dengan kaedah tersebut). Sebagai contoh saya mengambil masa kurang 6 jam untuk menyiapkan 3 PCB litar Sistem Pembasuh Tangan Automatik. Manakala kurang dari 2 jam untuk 1 PCB litar projek sistem sensor. Semua tempoh berkenaan termasuk dengan kerja pemasangan dan pematerian komponen. Lihat seperti gambar di bawah ini. Teknik yang saya gunakan adalah teknik penampalan lettering dan teknik maker. Semua cara ini mesti melalui proses penyurihan diagram litar di ...

Membuat Penyambungan Litar

Imej
Untuk membuat penyambungan litar lain kepada litar projek yang asal memang agak susah dan pening. Itu pun kalau tak biasa buat memang susah sikit. Untuk memudahkan kerja, buat lakaran di atas kertas dahulu dan fahamkan lakaran tersebut. Contoh seperti membuat penyambungan motor pam air kepada relay pada litar projek. Perkara sebegini memang banyak sekali saya terima pertanyaan. Konsep relay adalah sama seperti sebuah suis. Guna konsep tersebut untuk membuat penyambungan kepada alatan lain. Lihat contoh seperti litar atas ni. Untuk litar tersebut relay dibuat penyambungan kepada mentol lampu. Konsep yang sama juga dilakukan untuk alatan yang lain. Cuma bezanya adalah penggunaan voltan bagi alatan yang hendak disambungkan. Litar di atas mentol menggunakan punca voltan yang sama dengan litar. B agi mengawal alatan elektrik, punca voltan adalah 220VAC. Jadi buat penyambungan kepada punca voltan tersebut dan bukan terus ke voltan litar. Kebanyakan dari anda semua sangat susah untuk membuat ...

Masalah lagi

Sekarang ni laman MyEnik mengalami masalah tak leh nak buka. Bila buka je keluar wording yang bukan-bukan. Saya kurang pasti apa puncanya. Member saya kata masalah server dan ada yang kata sebab masalah coding web site tu. Saya buat semula dengan scrip baru dan cuba cari masalah yang telah berlaku. Akhirnya saya berjaya menyelesaikannya juga. Tapi banyak kerja la. Apa pun semua dah ok dan boleh buka macam biasa. Puncanya apabila saya dapat tahu dari pelawat MyEnik sendiri yang menghantar e-mail menyatakan masalah tak boleh masuk web site MyEnik. Paling ketara jika buka web site dengan Mozilla Firefox. Kalau Internet Explorer ok je. Patutlah sejak kebelakangan ini suasana sepi je kat MyEnik. Rupa-rupanya tak boleh nak masuk. Kepada pelawat-pelawat, jika ada masalah untuk masuk MyEnik, tolong bagitau kami yek.

Rancangan seterusnya

MyEnik agak slow sikit pada waktu ini kerana ada banyak faktor. Antaranya adalah kami agak sibuk dengan tugasan baru dengan perancangan myenik pada masa depan. Pada masa sama juga, myenik akan mengeluarkan Buku Koleksi Sensor + komponen yang mana ianya dihasilkan dari permintaan pelawat myenik. Insyaallah pada masa terdekat ini akan keluar. Selain itu juga myenik dengan melangkah setapak lagi dengan menghasilkan produk projek kit. Agak lambat sedikit kerana banyak projek kit yang kami uji ini memerlukan masa. Buat masa sekarang sudah lebih dari 10 projek kit sudah berjaya diuji dan mungkin akan dijual pada masa terdekat. Agak menarik projek kit ini lain dari yang lain dan ia menggunakan veroboard dan bukan PCB seperti yang terdapat di pasaran sekarang ini. Sebarang perkembangan terkini akan kami beritahu.

Produk Baru

Dari pemerhatian saya menerusi undian yang terdapat dalam blog ini, projek untuk sensor adalah pilihan yang tertinggi sekali. Tujuan saya membuka pengundian tersebut adalah untuk mengetahui apakah pilihan utama anda. Oleh itu saya akan mengeluarkan produk terbaru MyEnik iaitu Buku Koleksi Sensor. Produk tersebut sama seperti Produk Buku Koleksi LED yang mengandungi buku, cd dan komponen elektronik. Jumlah litar projek belum dipastikan lagi tetapi senarai litar sensor sudah dihimpunkan untuk dibukukan. Jadi bagi mereka yang minat dengan litar sensor anda boleh dapatkan buku ini pada masa terdekat.

Mencari idea

Untuk mencari idea yang bernas dan menepati apa yang dikehendaki mungkin agak sukar jika tidak tahu tekniknya. Bagi sesetengah orang ianya mungkin senang dan idea tersebut muncul dengan mudahnya. Manakala ada juga yang susah sangat untuk memerah idea yang benar-benar baik. Jadi bagaimana untuk menjana idea yang baik. Idea atau ilham datangnya dari Allah. Tidak kiralah sapa pun diri kita, Allah akan memberi ilham jika Dia menghendakiNya. Oleh itu sentiasa berasa tenang dan insyaallah idea akan datang. Banyak kaedah yang boleh dipelajari untuk menghasilkan idea yang bernas dan bermutu yang mana ianya boleh dipelajari di mana-mana. Bagi umat Islam cara terbaik adalah meminta keampunan (istigfar) dan berdoa supaya diberikan idea yang kreatif. Sentiasa tenang dan melakukan teknik pemikiran secara tersusun dan berperingkat satu persatu. Dengan cara tersebut Insyaallah idea akan muncul atas bantuan Allah. Cubalah.

Video Komersial Produk Koleksi LED

MyEnik ada buat satu video komersial untuk produk buku koleksi LED. Tujuannya tak lain adalah nak tunjukkan litar projek yang boleh dibina hanya pada satu kumpulan komponen yang diberikan.Berpandukan kepada buku yang diberi beserta juga dengan CD yang mengandungi maklumat berkaitan dengan semua projek. Maknanya anda kena ada komputer untuk buka CD tersebut. Jangan masuk dalam VCD atau DVD player sudahlah. Sebab Cd yang diberikan tu untuk kegunaan komputer sahaja dan bukanya fail video. Jadi lepas ni akan keluar pula produk buku koleksi Sensor. Sama macam koleksi LED yang mengandungi 13 litar terpilih, koleksi sensor juga pun begitu juga cuma jumlah litar yang boleh dibina kurang dari 10 litar sahaja. Jadi bila buku tu akan keluar? Anda tengok dalam minggu ni. OK