Projek Banyak Masuk

Bulan Ogos ni saya rasa paling banyak projek masuk. Paling banyak adalah dari student-student seluruh Malaysia. Semua orang dah tahu terutama student, masanya sudah hampir hari presentation final project mereka.
Saya dan team MyEnik agak sibuk sikit dengan projek student ni. Sampaikan susah nak bahagi masa antara kerja-kerja yang saya dan Shahrul. Apa pun kami pilih waktu malam untuk beroperasi di lab MyEnik.
Tambahan pula projek MyEnik sendiri pun masih bertangguh. Terlalu banyak rasanya. Bila waktu malam terpaksa turun ke lab. Waktu siang pula saya dan Shahrul ada kerja masing-masing.
Nampak gayanya MyEnik akan kelam kabut macam dulu juga rasanya. Tapi mungkin tidak. Pengalaman yang dulu menjadi pengajaran. Insyaallah perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

Catatan popular daripada blog ini

Nilaian unit kapasitor

Projek Arduino: Cara Membina Sistem Kawalan Lampu Automatik di Rumah

ESP32 vs Arduino: Mana yang Lebih Sesuai untuk Projek Anda?