Simbol asas elektronik

Apabila perbincangan mengenai komponen elektronik diadakan, dan apabila kita cuba membaca litar diagram elektronik, apa yang penting adalah memahami simbol-simbol asas elektronik. Tetapi ada pelbagai versi simbol yang digunakan dalam pemetaan diagram elektronik ini. Jadi terpulang kepada pereka litar elektronik memilih bentuk versi simbol elektronik yang sesuai bagi mereka.

Di sini saya sertakan beberapa simbol asas yang mesti kita ketahui dalam memahami diagram litar elektronik. Namun begitu anda perlu faham juga ada beberapa simbol yang berlainan tetapi merupakan nama yang sama seperti simbol perintang. Jika lihat pada simbol perintang, terdapat dua bentuk yang berbeza. Satu berbentuk segiempat panjang dan satu lagi berbentuk gerigi. Kedua-duanya boleh digunakan. Apa yang penting kita perlu kenal kedua-duanya.
Namun begitu dalam melakar lukisan teknik, simbol rasmi untuk perintang adalah yang berbentuk gerigi. Manakala simbol segiempat adalah tidak sah. Tetapi bagi keadaan sekarang ini, kedua-dua simbol boleh digunakan dan tiada masalah pun asalkan kita memahaminya. Sedangkan saya lebih suka menggunakan simbol segiempat panjang.

Jadi bagaimana untuk mengingati kesemua simbol-simbol ini. Banyak cara tetapi cara paling mudah adalah selalulah melihat dan membaca diagram litar elektronik. Selain itu perlu rajin buat projek elektronik. Pada masa yang sama, kita mampu mengingati simbol-simbol ini tanpa perlu menghafalnya seperti menghafal fakta sejarah.