Langkau ke kandungan utama

Masuk Final...

Bismillahirahmanirrahim...

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang kerana berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan inovasi kreatif di MITC Melaka pada 13/14 haribulan 11. Diharap wakil pelajar sekolah terbabit dapat memberikan persembahan yang dapat memberikan hasil yang lebih baik lagi. Jika ada rezeki boleh jadi juara. Jika tidak, sudah memadai dengan memasuki pertandingan ini ke peringkat akhir. Alhamdulillah.


Saya akan berada di MITC pada hari yang sama juga sebagai pemantau dan juga pembimbing kepada wakil pelajar ini semasa pertandingan tersebut berlangsung. Jadi marilah bersama-sama beramai-ramai untuk hadir di MITC Ayer Keruh, Melaka pada hari yang dinyatakan.

Anda boleh lihat beberapa peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang mana ianya dianjurkan oleh MOSTI dan beberapa organisasi yang begitu terkenal dalam menjayakan pertandingan ini. Ianya terbuka kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah, organisasi dan orang awam.

Wakil pelajar dari SKSJ ini benar-benar memberi potensi yang paling menyerlah. Diharapkan mereka ini dapat memberi persembahan yang terbaik semasa pertandingan dan pameran berlangsung. Semasa saya melawat dan memantau mereka di sekolah, wakil sekolah ini sedang menyiapkan rekabentuk dan membuat persiapan kepada projek mereka. Tugas saya memberi buah fikiran dan maklumat yang penting agar mereka dapat memberi keyakinan untuk persembahan nanti.

Semoga berjaya.

Post Yang Mesti Anda Baca