Langkau ke kandungan utama

Jumpa saya di MITC sabtu ini...

Bismillahirahmanirrahim...


Pada 12, 13 dan 14 haribulan ini saya akan berada di MITC di Ayer Keroh Melaka sempena pameran dan pertandingan inovasi. Oleh itu saya mengajak anda semua ke sana untuk memeriahkan lagi suasana dan berpeluang berjumpa saya. Saya berada di lot gerai Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang sebagai pemantau sahaja. Pengunjung yang datang berjumpa saya di sana akan mendapat beberapa maklumat berupa pemberian percuma.

Pada masa yang sama saya akan membuat pemerhatian pada seluruh aktiviti pertandingan dan pameran tersebut. Maklumat yang diperolehi nanti digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang untuk membuat konsep pameran dan pertandingan seumpamanya. Jadi mungkin juga akan memasuki pertandingan seumpama ini sebagai mengisi kekosongan penyertaan dan saya galakkan anda juga untuk menyertai pertandingan seumpama ini.

Dalam pada masa sekarang ini, saya masih meneruskan kerja-kerja R&D beberapa litar projek yang berkaitan dengan konsep green energy. Namun masa yang terlalu suntuk disebabkan oleh hal-hal penting yang lain membuatkan peruntuk masa di lab untuk R&D sangat terhad. Insyaallah setelah segala urusan selesai, kerja R&D diteruskan semula sementara menantik
an lab baru yang akan siap tidak lama lagi.


Insyaallah jika terhasilnya projek green energy ini dengan jayanya, idea ini akan dibawa ke MOSTI untuk tindakan selanjutnya. Namun begitu saya sangat berhati-hati dengan segala apa yang saya telah lakukan untuk menghasilkan produk dan idea ini kerana seperti yang lepas-lepas saya banyak menemui kegagalan apabila idea ini diketengahkan kepada pihak tertentu sebelum gagal untuk sampai ke MOSTI.

Insyaallah dalam masa terdekat ini akan keluar koleksi litar projek elektronik yang telah diolah sepenuhnya oleh saya dalam bahasa Malaysia. Semua ini atas permintaan ramai. Begitu juga dengan beberapa e-book lain untuk mempelajari rekacipta elektronik secara asas.

Jumpa saya di sana....

Post Yang Mesti Anda Baca