Belajar Elektronik, Projek Elektronik, Projek Arduino, Pembentangan Projek, Rekacipta Projek, Inovasi Kreatif
Penerangan Kursus Inovasi
Setelah lama saya begitu sibuk dengan urusan urusan kerja seperti penghasilan produk dan membuat kerja R&D produk produk baru, kini dengan ada masa sedikit saya dapat luangkan untuk membuat kursus pendek. Pendekatan ini dibuat setelah saya kini memulakan tugas di di Lab MyEnik di Taman Seribu Bunga dengan kerja dan projek baru. Bagi saya, sudah alang-alang saya di situ dan memang hasrat dari dulu lagi nak sambung semula mengajar, oleh yang demikian saya memulakan pengajaran pertama untuk tahun 2015 ini.
Dahulunya saya mengajar dan memberi kursus sebelum saya berhenti seketika kerana tugasan yang lain. Kini saya cuba membahagikan masa antara kursus dan tugasan yang sedia ada menjadikan kedua-duanya berjalan dengan teratur, Insyaallah.
Untuk permulaan ini, bagi sessi pengenalan pemanas badan, saya cuba memulakan kursus inovasi elektronik ini dengan kos yang murah berbanding harga asal RM150 untuk seorang peserta. Insyaallah selepas bermulanya kursus pertama ini akan disusuli beberapa kursus lain yang berkaitan dengan inovasi elektronik.
Memang minat dan kerjaya saya dalam bidang inovasi elektronik. Jadi saya cuba berkongsi kepada umum ilmu dan pengalaman saya dalam bidang tersebut yang mana minat saya bermula sejak dari tahun 1991 lagi. Insyaallah dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para peserta menggunakan ilmu dari pengalaman saya.
Insyaallah di dalam kursus ini cara penyempaian mungkin berlainan dan saya cuba sedaya upaya saya untuk memberi kefahaman kepada semua peserta kursus. Oleh itu untuk kursus ini target kumpulan yang sesuai untuk menyertai kursus ini adalah seperti berikut:
- individu yang baru nak belajar elektronik dan tak tau apa-apa
- individu yang nak refresh ilmu asas elektronik
- individu yang nak cari idea produk/projek
- individu yang baru berminat dalam bidang inovasi elektronik
- individu yang suka sertai kursus
Pada senarai di atas, golongan profesional tidak digalakkan sertai tetapi boleh menyertai jika berminat. Kursus ini berlevelkan asas permulaan tetapi cara penyampaian ilmu tidak sama seperti di sekolah atau di dalam kelas. Oleh itu juga saya sesuaikan kepada golongan yang tidak tahu apa-apa dengan golongan yang dah ada pengetahuan asas.
Kursus ini diadakan di lab saya sendiri. Namun begitu jumlah peserta sangat terhad kepada maksimum 8 orang sahaja. Berbanding sebelum ini jumlah peserta kursus melebihi 20 orang kerana dibuat di dewan kuliah dan di kelas. Jika ada permintaan, saya boleh buat kursus di tempat lain yang lebih besar, namun peserta yang sangat ramai menyukarkan saya untuk mengajar kerana tumpuan yang kurang dan terhad terutama semasa aktiviti amali.
Penyertaan masih dibuka sehingga 17 hb Mac ini. Untuk tempahan sila hubungi saya terus ke 0182879307 atau pertanyaan melalui emel electronicsmyenik@yahoo.com. Yuran sebanyak RM30 sahaja. Sijil penyertaan akan diberikan. Sila lihat jadual pada post sebelum ini.
Terima kasih dan jumpa saya di sana pada 21 atau 22 hb ini.
Jadual kursus dan silibus
Berikut adalah jadual aktiviti untuk seharian kursus. Setiap slot mengandungi teori dan amali yang akan diselang selikan atau secara serentak. Ini bagi mengelak rasa bosan dan mengantuk semasa kursus. Kursus ini tidak sama seperti di dalam kelas. Yang penting buka minda dan happy.
JADUAL WAKTU
Kursus 8.00am – 9.00am
Pendaftaran kehadiran peserta kursus
9.00am – 10.00am
Kursus bermula. Pengenalan Inovasi Elektronik (teori dan visual demo)
10.00am 10.15am
Rehat. Jamuan ringan
10.15am – 1.15pm
Asas tatakerja dalam pembuatan elektronik (teori dan amali)
- asas komponen yang kerap digunakan
- asas alatan kerja yang selalu dan perlu digunakan
- asas alatan elektrik dan elektronik - keperluan penting di dalam kerja
- teknik mencari litar elektronik - teknik menggunakan litar yang sesuai
- penerangan jenis jenis litar yang sangat popular
1.15pm – 2.10pm
Rehat. Makan tengah hari. Solat Zohor
2.10pm – 4.00pm
Penerangan Litar projek, kendalian dan fungsi (teori dan amali)
- Fungsi setiap bahagian litar - Penggabungan Litar
- Aktiviti Pemasangan Litar Elektronik
Aktiviti mengikut arahan pemasangan
Aktiviti pemasangan bebas
4.00pm – 4.50pm
Teknik penghasilan produk komersial. Teknik langkah demi langkah menghasilkan produk dari idea-idea.
4.50pm – 5.00pm
Penyampaian Sijil Penyertaan
5.00pm Kursus tamat. Bersurai
Untuk pendaftaran sebelum 17 hb mac 2015 ini, sila hubungi saya melalui call/sms/wassap dengan memberikan nama penuh, alamat, nombor utk dihubungi dan emel.
0182879307 electronicsmyenik@yahoo.com
Arahan pembayaran juga akan diberitahu di dalam talian. Hanya Rm30 sahaja. Nota akan diberikan termasuk makan dan minum. Harga pengenalan sebelum ianya menjadi kepada harga asal. Nota diberikan untuk dibawa balik. Alatan amali disediakan untuk aktiviti amali tetapi tak boleh bawa balik.
Insyaallah di dalam kursus pendek ini, kita semua akan peroleh manfaat dan boleh diamalkan untuk masa akan datang.
Ps: bagi yg menanti kursus metal detector dan power solar, saya galakkan hadiri kursus permulaan ini kerana ia diajar asas elektronik dan amali.
Kursus Inovasi Elektronik
Assalamualaikum. Salam ceria.
Sukacita dimaklumkan kursus Inovasi Elektronik akan diadakan pada 21 dan 22 hb Mac 2015. Kursus berlangsung selama sehari sahaja. Jika anda berminat, pilih hari yang anda rasa sesuai atau masih kekosongan.
Maklumat lanjut akan dinyatakan kemudian.