Langkau ke kandungan utama

Penerangan Kursus Inovasi

Assalamualaikum. Salam ceria.

Setelah lama saya begitu sibuk dengan urusan urusan kerja seperti penghasilan produk dan membuat kerja R&D produk produk baru, kini dengan ada masa sedikit saya dapat luangkan untuk membuat kursus pendek. Pendekatan ini dibuat setelah saya kini memulakan tugas di di Lab MyEnik di Taman Seribu Bunga dengan kerja dan projek baru. Bagi saya, sudah alang-alang saya di situ dan memang hasrat dari dulu lagi nak sambung semula mengajar, oleh yang demikian saya memulakan pengajaran pertama untuk tahun 2015 ini.

Dahulunya saya mengajar dan memberi kursus sebelum saya berhenti seketika kerana tugasan yang lain. Kini saya cuba membahagikan masa antara kursus dan tugasan yang sedia ada menjadikan kedua-duanya berjalan dengan teratur, Insyaallah.

Untuk permulaan ini, bagi sessi pengenalan pemanas badan, saya cuba memulakan kursus inovasi elektronik ini dengan kos yang murah berbanding harga asal RM150 untuk seorang peserta. Insyaallah selepas bermulanya kursus pertama ini akan disusuli beberapa kursus lain yang berkaitan dengan inovasi elektronik.

Memang minat dan kerjaya saya dalam bidang inovasi elektronik. Jadi saya cuba berkongsi kepada umum ilmu dan pengalaman saya dalam bidang tersebut yang mana minat saya bermula sejak dari tahun 1991 lagi. Insyaallah dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para peserta menggunakan ilmu dari pengalaman saya.

Insyaallah di dalam kursus ini cara penyempaian mungkin berlainan dan saya cuba sedaya upaya saya untuk memberi kefahaman kepada semua peserta kursus. Oleh itu untuk kursus ini target kumpulan yang sesuai untuk menyertai kursus ini adalah seperti berikut:

- individu yang baru nak belajar elektronik dan tak tau apa-apa
- individu yang nak refresh ilmu asas elektronik
- individu yang nak cari idea produk/projek
- individu yang baru berminat dalam bidang inovasi elektronik
- individu yang suka sertai kursus

Pada senarai di atas, golongan profesional tidak digalakkan sertai tetapi boleh menyertai jika berminat. Kursus ini berlevelkan asas permulaan tetapi cara penyampaian ilmu tidak sama seperti di sekolah atau di dalam kelas. Oleh itu juga saya sesuaikan kepada golongan yang tidak tahu apa-apa dengan golongan yang dah ada pengetahuan asas.

Kursus ini diadakan di lab saya sendiri. Namun begitu jumlah peserta sangat terhad kepada maksimum 8 orang sahaja. Berbanding sebelum ini jumlah peserta kursus melebihi 20 orang kerana dibuat di dewan kuliah dan di kelas. Jika ada permintaan, saya boleh buat kursus di tempat lain yang lebih besar, namun peserta yang sangat ramai menyukarkan saya untuk mengajar kerana tumpuan yang kurang dan terhad terutama semasa aktiviti amali.

Penyertaan masih dibuka sehingga 17 hb Mac ini. Untuk tempahan sila hubungi saya terus ke 0182879307 atau pertanyaan melalui emel electronicsmyenik@yahoo.com. Yuran sebanyak RM30 sahaja. Sijil penyertaan akan diberikan. Sila lihat jadual pada post sebelum ini.

Terima kasih dan jumpa saya di sana pada 21 atau 22 hb ini.

Post Yang Mesti Anda Baca